Udon Thani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Udon Thani
อุดรธานี
Udon
Perbandaran
อุดรธานี
Udon Thani
Udon Thani
Mohor rasmi bagi Udon Thani
Mohor
Udon Thani terletak di Thailand
Udon Thani
Udon Thani
Koordinat: 17°25′0″N 102°45′00″E / 17.41667°N 102.75000°E / 17.41667; 102.75000Koordinat: 17°25′0″N 102°45′00″E / 17.41667°N 102.75000°E / 17.41667; 102.75000
Country Thailand
Province Udon Thani Province
Districts of Thailand Mueang Udon Thani
Pentadbiran
 • Jenis City Municipality
Keluasan
 • Perbandaran 47 km2 (18 batu persegi)
 • Metro 1,095 km2 (423 batu persegi)
Penduduk (Aug 2012)
 • Perbandaran 153,329
 • Kepadatan 3,262/km2 (8,450/batu persegi)
 • Metro 430,000
 • Kepadatan metro 393/km2 (1,020/batu persegi)
Zon waktu ICT (UTC+7)
Postcode 41000

Udon Thani (Bahasa Thai: อุดรธานี) ialah salah satu wilayah (changwat) Thailand yang terletak di timur laut negara ini. Provinsi-provinsi berjiran termasuk (dari utara ikut arah jam) Nong Khai, Sakon Nakhon, Kalasin, Khon Kaen, Nong Bua Lamphu dan Loei.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Udon Thani terletak di tengah-tengah Penara Khorat antara Khon Kaen dengan Nong Khai, dan pada landasan kereta api yang menuju ke utara dari Khorat ke sempadan Laos. Bagaimanapun, perkhidmatan kereta api kini tamat beberapa kilometer daripada sempadan tersebut. Ibu kota provinsi ini yang mempunyai nama yang sama ialah bandar yang kelima terbesar di Thailand.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Provinsi Udo Thani termasyhur untuk tapak arkeologi Ban Chiang disebabkan tapak ini mengandungi tinggalan-tinggalan Zaman Gangsa. Ban Chiang terletak di sebuah perkampungan desa, hampir 85 batu di timur ibu kota Udon Thani. Ibu kota Udon Thani merupakan salah satu pasaran barang-barang pertanian yang lebih sibuk di timur laut Thailand yang agak kering. Ibu kota ini menerima pertambahan ekonomi yang terbesar pada dekad 1960-an ketika Amerika Syarikat membina Pangkalan Tentera Utara Diraja Udon sebagai sebuah pangkalan tentera bersama semasa Perang Vietnam.

Amerika Syarikat menyerahkan pangkalan ini kepada tentera Thailand pada tahun 1976. Bagaimanapun, terdapat tiga kesan tinggal yang penting terhadap kehadiran pangkalan Amerika Syarikat di provinsi ini:

  1. Sebilangan orang tempatan di kawasan ini dibayar gaji yang lumayan dan membelajari bahasa Inggeris yang membantu mereka mendapat kerja dengan lebih mudah di dunia luar (seperatusan besar kumpulan yang lebih berpendidikan kini bekerja di medan-medan minyak Timur Tengah).
  2. Pangkalan bersama ini mencipta pertalian-pertalian, termasuk dengan Konsulat Amerika Syarikat di ibu kota Udon Thani yang tutup pada tahun 1995, dan dengan Pos Bekas Perajurit Perang Asing (VFW).
  3. Pangkalan dan konsulat menyebabkan kota ini dianggap sebagai sebuah pusat wilayah, dan tanggapan ini masih berterusan.

Cuaca[sunting | sunting sumber]

Udon Thani mempunyai iklim savana tropika (klasifikasi iklim Köppen Aw). Winters agak kering dan sangat panas. Suhu meningkat sehingga bulan April, yang panas dengan purata maksimum harian pada 36.3 ° C (97.3 ° F). Musim tengkujuh berjalan dari akhir bulan April hingga awal Oktober, dengan hujan lebat dan suhu agak sejuk pada waktu siang, walaupun malam tetap hangat. Julat suhu yang dicatatkan di bandar adalah dari 2.5 ° C (36.5 ° F) hingga 43.9 ° C (111.0 ° F).

Data iklim untuk Udon Thani (1981–2010)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tertinggi °C (°F) 37.6
(99.7)
39.2
(102.6)
42.0
(107.6)
43.0
(109.4)
41.2
(106.2)
38.7
(101.7)
37.7
(99.9)
36.5
(97.7)
35.8
(96.4)
36.5
(97.7)
37.0
(98.6)
35.6
(96.1)
43.0
(109.4)
Purata tinggi °C (°F) 30.0
(86)
32.5
(90.5)
34.9
(94.8)
36.3
(97.3)
34.4
(93.9)
33.2
(91.8)
32.6
(90.7)
32.0
(89.6)
31.9
(89.4)
31.6
(88.9)
30.7
(87.3)
29.1
(84.4)
32.4
(90.3)
Min harian °C (°F) 22.8
(73)
25.3
(77.5)
28.0
(82.4)
29.8
(85.6)
28.9
(84)
28.6
(83.5)
28.2
(82.8)
27.8
(82)
27.6
(81.7)
26.9
(80.4)
24.9
(76.8)
22.4
(72.3)
26.8
(80.2)
Purata rendah °C (°F) 16.5
(61.7)
18.9
(66)
21.9
(71.4)
24.4
(75.9)
24.8
(76.6)
25.0
(77)
24.9
(76.8)
24.6
(76.3)
24.2
(75.6)
22.9
(73.2)
19.7
(67.5)
16.3
(61.3)
22.0
(71.6)
Rekod terendah °C (°F) 7.0
(44.6)
9.8
(49.6)
11.4
(52.5)
17.2
(63)
20.5
(68.9)
21.5
(70.7)
21.2
(70.2)
21.1
(70)
21.0
(69.8)
14.2
(57.6)
8.4
(47.1)
4.2
(39.6)
4.2
(39.6)
Curahan hujan mm (inci) 6.3
(0.248)
22.0
(0.866)
49.7
(1.957)
74.1
(2.917)
198.5
(7.815)
229.0
(9.016)
210.9
(8.303)
285.1
(11.224)
239.5
(9.429)
90.1
(3.547)
10.3
(0.406)
2.9
(0.114)
1,418.4
(55.843)
Kelembapan 65 63 60 63 74 78 78 81 81 76 69 67 71
Purata hari hujan 1.7 3.1 5.5 8.0 16.9 19.0 19.6 22.0 17.3 9.5 2.4 1.0 126.0
Jam cahaya matahari 272.8 259.9 275.9 243.0 198.4 156.0 120.9 117.8 144.0 198.4 252.0 257.3 2,496.4
Sumber #1: Thai Meteorological Department[1]
Sumber #2: Office of Water Management and Hydrology, Royal Irrigation Department (sun and humidity)[2]

Lambang[sunting | sunting sumber]

Mohor provinsi menampilkan raksasa mitologi Hindu yang merujuk kepada Thao Kuwane (Vaisravana atau Kubera), dewa Utara. Pokok provinsi ialah pokok Teng (Shorea obtusa), manakala bunga provinsi ialah Pokok Semarak Api (Butea monosperma).

Bahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Peta Amphoe

Provinsi Udon Thani dibahagikan kepada 18 buah daerah (Amphoe) dan 2 daerah kecil (King Amphoe). Daerah-daerah itu dibahagikan lagi kepada 155 buah komun (tambon) dan 1,682 buah desa. Bilangan 12-16 yang hilang merupakan daerah-daerah yang membentuk Nongbua Lamphu pada tahun 1993.

Amphoe King Amphoe
  1. Mueang Udon Thani
  2. Kut Chap
  3. Nong Wua So
  4. Kumphawapi
  5. Non Sa-at
  6. Nong Han
  7. Thung Fon
  8. Chai Wan
  9. Si That
  1. Wang Sam Mo
  2. Ban Dung
  1. Ban Phue
  2. Nam Som
  3. Phen
  4. Sang Khom
  5. Nong Saeng
  6. Na Yung
  7. Phibun Rak
  1. Ku Kaeo
  2. Prachaksinlapakhom

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Climatological Data for the Period 1981–2010". Thai Meteorological Department. m/s. 9. Dicapai 1 August 2016. 
  2. ^ "ปริมาณการใช้น้ำของพืชอ้างอิงโดยวิธีของ Penman Monteith (Reference Crop Evapotranspiration by Penman Monteith)" (PDF) (dalam bahasa Thai). Office of Water Management and Hydrology, Royal Irrigation Department. m/s. 43. Dicapai 1 August 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]