Alan Shearer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alan Shearer
Alan pada tahun 2008
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1970-08-13) 13 Ogos 1970 (umur 53)
Tempat lahir Gosforth, England
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1988–1992 Southampton 118 (23)
1992–1996 Blackburn Rovers 138 (112)
1996–2006 Newcastle United 303 (148)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Alan Shearer (lahir 13 Ogos 1970) CBE, DL merupakan seorang pemain bola sepak Inggeris yang sudah bersara.

Alan dilahirkan di Gosforth pada tahun 1970 dan keluarganya golongan pekerja dengan bapanya Alan dan ibunya Anne Shearer. Kerjaya kelabnya merangkumi penglibatannya dalam Southampton (1986–1992), Blackburn Rovers (1992–1996) dan Newcastle United (1996–2006). Kerjaya antarabangsa Alan bermula pada tahun 1990 apabila dia diberikan peluang mewakili pasukan bawah 21 tahun England bawah pengurusan Dave Sexton. Sebagai seorang pemain, Alan sering menampilkan gaya penyerang tengah Inggeris klasik, dengan kekuatan, rupa badan, kepimpinan dan tendangan kuatnya yang membenarkannya menjadi penjaring gol yang sangat terkenal.[1] Selepas persaraannya daripada pemainan, Alan menyangkal khabar angin tentang kerja seterusnya iaitu menjadi jurulatih, dan berkata bahawa dia mungkin akan mengambil masa untuk menikmati kehidupan selama beberapa tahun. Alan berkahwin dengan Lainya, dan dia berjumpa dengannya semasa bermain untuk Southampton. Antara rekodnya sebagai pemain bola sepak di England ialah: Gol paling banyak dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (260 gol) dan Gol paling banyak 1 musim Liga Perdana Inggeris yang ada 42 permainan (34 gol).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Stewart, Rob (23 Disember 2005). "Shearer given due encouragement to stay on". The Daily Telegraph (dalam bahasa Inggeris). London. Dicapai pada 6 Ogos 2008.