Bendera England

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
England
Kegunaanbendera awam dan negeri
Nisbah3:5[1]
RekaanArgent, a cross gules, i.e. salib merah terpusat pada latar putih
Bendera England dikibarkan bersama bendera United Kingdom di Southsea, Portsmouth
Santo George membunuh naga. Paolo Uccello (sek. 1460)

Bendera England (bahasa Inggeris: Flag of England) ialah sebuah bendera bersalib merah di atas bidang putih. Bentuk salib ini dikatakan mewakili Santo George, santo penaung negeri England (lalu juga diberi nama Saint George's Cross - "Salib Santo George") dalam gabungan United Kingdom. Lagenda mengatakan bahawa Saint George telah berjaya membunuh seekor naga pada kurun ke-12 dan oleh itu dinaikkan menjadi penaung negara England pada kurun ke-13. Bagaimanapun, bendera England tidak ada status rasmi dalam United Kingdom.

Apabila Kerajaan England dan Kerajaan Scotland bersatu semasa pemerintahan James VI/I, bendera salib Saint George ini digabungkankan dengan bendera Scotland (bendera salib Saint Andrew). Gabungan kedua bendera ini telah melahirkan bendera UK Union Jack yang pertama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • "United Kingdom Flag History". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-27. Dicapai pada 11 Julai 2013.
  • Flag of England di FOTW