Komandan Jeneral Marin Diraja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pejabat
Komandan Jeneral Marin Diraja
Bendera Komandan Jeneral
Penyandang
Jeneral Gwyn Jenkins
sejak 25 November 2022
Kementerian Pertahanan
GelaranJeneral
SingkatanCGRM
Anggota bagiMarin Diraja Edit the value on Wikidata
Lapor kepadaPanglima Armada
PenamaSetiausaha Negara bagi Pertahanan
Dilantik olehRaja
Atas nasihat Perdana Menteri, tertakluk pada pengesahan rasmi dari Raja dalam Mesyuarat
Tempoh jawatan1-4 tahun
Dibentuk1825
Pemegang pertamaMejar Jeneral Sir James Campbell
Timbalan/naibTimbalan Komandan Jeneral Marin Diraja
Tapak webAbout The Commandant General - Royal Marines
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Komandan Jeneral Marin Diraja (Commandant General Royal Marines) ialah ketua profesional Marin Diraja. Jawatan itu telah wujud sejak tahun 1943. Peranan ini dipegang oleh seorang Jeneral yang dibantu oleh seorang Timbalan Komandan Jeneral, yang berpangkat Brigedier.[1] Jawatan ini tidak boleh dikelirukan dengan Kapten Jeneral Marin Diraja, iaitu ketua istiadat. Komandan Jeneral Marin Diraja ialah rakan sejawat kepada Komandan Kor Marin Amerika Syarikat.[2]

Peranan sebagai COMUKAMPHIBFOR[sunting | sunting sumber]

Pelantikan ini dipegang serentak dengan jawatan Commander United Kingdom Amphibious Forces (COMUKAMPHIBFOR) (Panglima Pasukan Amfibia United Kingdom). Semenjak kewujudan Fleet Battle Staff (Staf Tempur Armada) pada tahun 2001, peranan ini menjadi dua fungsi sebagai Panglima Pasukan Amfibia UK. COMUKAMPHIBFOR merupakan salah seorang dari dua Panglima Operasi Maritim yang berpangkat jeneral dua bintang (yang seorang lagi Panglima Pasukan Maritim UK (COMUKMARFOR), dengan tanggungjawab tertentu bagi peperangan amfibia dan pesisir pantai. Tidak seperti COMUKMARFOR, COMUKAMPHIBFOR diberi tugas memerintah Combined Joint Task Force (Gabungan Pasukan Petugas Bersama) dan ditugaskan membantu seorang komander dua bintang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1760 tiga kepten tentera laut telah dilantik sebagai kolonel pasukan marin. Walau bagaimanapun, mereka adalah pegawai tentera laut dan ini bermakna pegawai marin paling jauh boleh pergi adalah leftenan kolonel. Sehingga tahun 1771 barulah komandan tiga divisyen (Portsmouth, Plymouth dan Chatham) dilantik.[3] Ketua profesional tunggal pertama Pasukan Marin Diraja ialah Timbalan Ajutan-Jeneral, jawatan yang wujud dari tahun 1825[4] sehingga tahun 1914 apabila jawatan itu dinamakan semula Ajutan-Jeneral:[5][6] pemegang jawatan biasanya berpangkat jeneral penuh.[7] Sejak tahun 1943 ketua profesional Royal Marines adalah Komandan-Jeneral yang memegang pangkat jeneral penuh sehingga tahun 1977, tetapi berubah kepada pangkat leftenan jeneral sehingga tahun 1996, pangkat mejar jeneral sehingga April 2021, pangkat leftenan jeneral sehingga November 2022, dan pangkat jeneral penuh sejak tahun 2022.[8] Leftenan Jeneral Robert Magowan merupakan orang pertama yang memegang jawatan itu dua kali, berkhidmat antara tahun 2016 dan 2017 dan sekali lagi dari tahun 2021 hingga 2022.[9]

Pada 25 November 2022 Royal Marines mengumumkan buat pertama kali sejak 1977, bahawa seorang jeneral penuh akan mengambil alih jawatan itu, orang itu ialah Jeneral Gwyn Jenkins.[10]

Dari tahun 1825 sehingga 1964 markasnya bertukar lokasi beberapa kali dan dikenali sebagai Pejabat Marin Diraja.[11][12]

Komandan Jeneral Marin Diraja[sunting | sunting sumber]

Para Komandan Jeneral mengikut turutan:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Statement from Deputy Commandant General Royal Marines". Royal Navy. 2014-06-09. Dicapai pada 2014-06-14.
  2. ^ "Marine Corps Leadership". Marine Corps. Dicapai pada 20 May 2016.
  3. ^ Nicolas, Paul Harris (1845). Historical Record of the Royal Marine Forces. 1. London: Thomas and William Boone.
  4. ^ "Royal Marines historical time line". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 March 2016. Dicapai pada 27 May 2016.
  5. ^ "British Admiralty". Naval History. Dicapai pada 21 May 2016.
  6. ^ "Punch, or the London Charivari". 11 February 1914. Dicapai pada 27 May 2016.
  7. ^ "Navy List". Admiralty. Dicapai pada 21 May 2016.
  8. ^ "Senior Royal Navy appointments" (PDF). Dicapai pada 20 May 2016.
  9. ^ "New Head Royal Marines Takes Role". forces.net. 30 April 2021. Dicapai pada 30 April 2021.
  10. ^ "Royal Marines appoint new Commandant General". forces.net. 25 November 2022. Dicapai pada 24 March 2023.
  11. ^ "Royal Marine Office". The Navy List. London, England: John Murray. December 1827. m/s. 124.
  12. ^ "Records of Royal Marines". nationalarchives.gov.uk (dalam bahasa Inggeris). London, England: The National Archives. 1688–1983. Dicapai pada 3 January 2019. Division within ADM
  13. ^ City brigadier will lead Royal Marines Diarkibkan 2011-12-09 di Wayback Machine This is Plymouth, 5 November 2011.