Kementerian Pertahanan (United Kingdom)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kementerian Pertahanan
MinistryofDefence.svg
Lambang MOD
Gambaran keseluruhan
Dibentuk1 April 1964 (Sebagai jabatan moden)
JenisJabatan
Di bawah bidang kuasaUnited Kingdom
Ibu pejabatBangunan Utama, Whitehall, Westminster, London
51°30′14″N 0°07′30″W / 51.5040°N 0.1249°W / 51.5040; -0.1249Koordinat: 51°30′14″N 0°07′30″W / 51.5040°N 0.1249°W / 51.5040; -0.1249
Kakitangan57,140 kakitangan awam (Mei 2018)[1]
Belanjawan tahunan£52 bilion; FY 2019-20 (≈$69.2 bilion)[2]Templat:Vs
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Jabatan
Agensi-agensi anak
Tapak webmod.uk
United Kingdom
Jata Kerajaan UK

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
United Kingdom



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Kementerian Pertahanan (MOD atau MoD) adalah jabatan kerajaan British yang bertanggungjawab bagi melaksanakan dasar pertahanan yang ditetapkan oleh Kerajaan United Kingdom dan merupakan ibupejabat Angkatan Tentera British.

MOD menyatakan bahawa objektif utamanya ialah mempertahankan United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara dan kepentingannya serta mengukuhkan keamanan dan kestabilan antarabangsa.[3] Dengan keruntuhan Soviet Union dan berakhirnya Perang Dingin, pihak MOD tidak meramalkan apa-apa ancaman ketenteraan konvensional jangka pendek; sebaliknya, ia telah mengenal pasti senjata pemusnah besar-besaran, keganasan antarabangsa, dan negara yang gagal dan kecewa sebagai ancaman besar pada kepentingan Britain.[4] MOD juga menguruskan operasi harian angkatan tentera, perancangan luar jangka dan pemerolehan pertahanan.

Para pegawai kanan tentera[sunting | sunting sumber]

General Sir Nicholas Carter, the Chief of the Defence Staff.
Jeneral Sir Nicholas Carter, Ketua Turus Pertahanan.

Ketua Turus Pertahanan[sunting | sunting sumber]

Ketua Turus Pertahanan (CDS) adalah ketua profesional Angkatan Tentera British dan merupakan penasihat kanan tentera kepada Setiausaha Negara bagi Pertahanan dan Perdana Menteri.

CDS di bantu oleh Timbalan Ketua Turus Pertahanan (VCDS) yang mewakili dan bertanggungjawab bagi urusan harian angkatan bersenjata MOD melalui Staf Pusat, bekerja rapat dengan Setiausaha Tetap. Mereka disertai oleh ketua-ketua profesional dari tiga cabang tentera British (Royal Navy, Tentera Darat British dan Tentera Udara Diraja) dan Panglima Markas Angkatan Bersama. Kesemua anggota berada di gred OF-9 dalam sistem pangkat NATO.[5]

Bersama-sama Ketua-Ketua Turus membentuk Jawatankuasa Ketua Turus dengan tanggungjawab memberikan nasihat tentang hal-hal operasi ketenteraan dan persiapan serta pelaksanaan operasi tentera.

Ketua-Ketua Turus adalah seperti berikut.[6]

Para pegawai tentera kanan lain[sunting | sunting sumber]

Ketua Turus dibantu oleh beberapa pegawai tentera kanan lain di gred pangkat OF-8.[5]

  • Panglima Pertahanan Awam – Leftenan Jeneral Richard Nugee
  • Timbalan Ketua Turus Pertahanan (Strategi Tentera dan Operasi) – Leftenan Jeneral Douglas Chalmers
  • Timbalan Ketua Turus Pertahanan (Keupayaan Tentera) – Marsyal Udara Richard Knighton
  • Panglima Operasi Bersama - Laksamana Madya Ben Key
  • Penasihat Pertahanan Kanan Timur Tengah - Ledtenan Jeneral Sir John Lorimer

Di samping itu, terdapat beberapa orang Asistan Ketua Turus Pertahanan, termasuk Setiausaha Khidmat Pertahanan di Istana Diraja Baginda Ratu United Kingdom, yang juga merupakan Asistan Ketua Turus Pertahanan (Anggota).[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1], MOD biannual civilian personnel report: 2018, 17 May 2018
  2. ^ [2] HM Treasury (29 October 2018) - see Chart 1 on page 6
  3. ^ The Defence Vision, Ministry of Defence website.
  4. ^ Strategic Defence Review 1998 Diarkibkan 26 October 2012 di UK Government Web Archive Ministry of Defence, accessed 8 December 2008.
  5. ^ a b "Organogram - Ministry of Defence". data.gov.uk (dalam bahasa Inggeris). 31 March 2016. Dicapai 18 December 2017. 
  6. ^ "Ministry of Defence - Our senior military officials". GOV.UK. Ministry of Defence. Dicapai 23 July 2018. 
  7. ^ [3] Diarkibkan 8 October 2012 di Wayback Machine.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Chester, D. N and Willson, F. M. G. The Organisation of British Central Government 1914–1964: Chapters VI and X (2nd edition). London: George Allen & Unwin, 1968.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:The British Army