Jeneral (United Kingdom)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jeneral
General

Lencana bahu
Tentera Darat
Lencana bahu
Marin Diraja
Negara
United Kingdom
Cabang perkhidmatan Bendera Tentera Darat United Kingdom Tentera Darat Britain
Marin Diraja
Kumpulan pangkat Pegawai Jeneral
Pangkat Empat bintang
Singkatan Gen
Kod
NATO
OF-9
Pangkat tinggi seterusnya

Fil Marsyal
Kapten Jeneral Marin Diraja

Pangkat rendah seterusnya

Leftenan Jeneral

Persamaan pangkat tentera laut Laksamana (RN)
Persamaan pangkat tentera udara Ketua Marsyal Udara (RAF)

Jeneral (atau jeneral penuh bagi membezakannya dengan pangkat pegawai jeneral yang lebih rendah) ialah pangkat tertinggi yang boleh dicapai oleh mana-mana pegawai berkhidmat dalam Tentera Darat British. Pangkat ini juga boleh dipegang oleh pegawai Marin Diraja dalam jawatan tiga cabang perkhidmatan, sebagai contoh, Jeneral Sir Gordon Messenger dan Gwyn Jenkins, mantan dan Naib Ketua Turus Pertahanan terkini. Ia berada di atas Leftenan Jeneral dan, dalam Tentera Darat, berada dibawah pangkat Fil Marsyal, yang kini hanya dianugerahkan sebagai pangkat kehormat. Pangkat jeneral mempunyai kod NATO OF-9, dan merupakan pangkat empat bintang.[1] Ia setara dengan Laksamana penuh dalam Royal Navy atau Ketua Marsyal Udara dalam Royal Air Force.

Pegawai-pegawai yang memegang pangkat Leftenan Jeneral dan Mejar Jeneral secara amnya boleh dianggap sebagai Jeneral.

Insignia[sunting | sunting sumber]

Lambang jeneral ialah pedang dan baton bersilang. Ia muncul mengikut lambang lama pangkat Brigedier Jeneral yang kini sudah dimansuhkan. Mejar Jeneral mempunyai satu paku di atas lambang ini; Leftenan Jeneral menggunakan lambang mahkota dan bukannya paku; manakala jeneral penuh memakai kedua-dua paku dan mahkota. Lambang pangkat tertinggi, iaitu Fil Marsyal, berbentuk baton bersilang dalam kalungan yang diatasnya terdapat mahkota.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ranks - British Army Website". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-21. Dicapai pada 2012-08-19.