Jeneral

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jeneral, (bahasa Inggeris: General), ialah pegawai tentera yang berpangkat tinggi. Istilah ini digunakan oleh hampir semua negara di dunia, dan dengan sendirinya sebagai satu pangkat, ataupun sebagai istilah am untuk "pegawai-pegawai jeneral". Dalam kebanyakan negara, gred-gred Jeneral merupakan pangkat-pangkat yang tertinggi dalam hierarki pangkat; bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang mempunyai pangkat yang lebih tinggi, seperti Marsyal Tentera Darat atau Fil Marsyal.

Istilah[sunting | sunting sumber]

"Pegawai Jeneral", merujuk secara am dan dengan tidak begitu khusus sebagai "Jeneral", mana-mana pegawai tentera yang memegang satu-satu pangkat Jeneral. Pangkat jeneral yang tepat boleh ditentukan dengan menggabungkan awalan, umpamanya Mejar Jeneral, atau akhiran, umpamanya Jenderal Besar, (Tentara Nasional Indonesia).

"Jeneral", tanpa awalan atau akhiran (kekadang dirujuk secara informal sebagai "jeneral penuh"), biasanya merupakan pangkat pegawai jeneral yang tertinggi, iaitu lebih tinggi daripada Leftenan Jeneral. Dalam sebilangan angkatan tentera, pangkat yang tertinggi adalah Captain General, General of the Army, atau Colonel General. Kesemua pangkat ini boleh dianggap sebagai sama sahaja, kalau tidak lebih tinggi, dengan Jeneral penuh bergantung kepada pasukan tentera yang dimaksudkan.

Sedangkan secara kelazimannya, "Jeneral" merupakan pangkat tentera darat, istilah ini juga digunakan dalam beberapa tentera udara. Bagaimanapun, negara-negara yang berdasarkan sistem Tentera Udara Diraja British menggunakan (Air) Marshal atau Marsyal Udara sebagai ganti, dengan Pegawai Udara merupakan gelaran am. Dalam kebanyakan angkatan tentera laut di dunia, pangkat yang setanding ialah Laksamana, dengan panggilan Pegawai Berbendera; bagaimanapun, pernah juga berlaku dalam sejarah penggunaan pangkat General at Sea atau Jeneral di Laut, ketika era Oliver Cromwell memerintah England. Dalam Angkatan Pertahanan Israel, tidak terdapatnya pangkat tentera laut yang berasingan, dan istilah Ibrani Aluf digunakan untuk kedua-dua "Jeneral" dan "Laksamana". Pada tahun-tahun kebelakangan ini, angkatan tentera Amerika Syarikat cenderung menggunakan "Pegawai Berbendera" dan "Pangkat Bendera" untuk merujuk kepada jeneral-jeneral dan laksamana-laksamananya sebagai sekumpulan. Bagi Angkatan Tentera British pula, Flag Officer (Pegawai Berbendera), khusus merujuk kepada pegawai tinggi tentera laut, General Officer (Pegawai Jeneral), khusus tentera darat dan Air Officer (Pegawai Udara) khusus bagi tentera udara mereka.

Nama pangkat Jeneral muncul buat pertama kali pada masa penubuhan angkatan tentera profesional dalam abad ke-17. Pada mulanya, istilah ini ditambah sebagai kata sifat kepada nama pangkat-pangkat yang sedia ada, dan menghasilkan gelaran seperti Colonel General (Kolonel Jeneral), Captain General (Kapten Jeneral), Lieutenant General (Leftenan Jeneral), dan Sargeant-Major General (Sarjan Mejar Jeneral). Gelaran-gelaran ini dipergunakan untuk membezakan pegawai-pegawai pemerintah yang terpenting, dan biasanya melibatkan setakat perundingan terhadap keutamaan.


Pangkat Jeneral mengikut kekananan[sunting | sunting sumber]

Yang berikut ialah gred-gred moden yang biasa untuk Jeneral di negara-negara yang bertutur dalam bahasa Inggeris, disenaraikan mengikut kekananan (dari tertinggi hingga ke terendah):

Banyak negara yang tidak bertutur dalam bahasa Inggeris juga mempunyai pangkat-pangkat yang sepadan. Bukan semua negara menggunakan kesemua pangkat ini. Tambahan pula, kekananan gred-gred jeneral tidak semestinya serupa di semua negara, umpamanya di sebilangan negara, Mejar Jeneral merupakan pangkat pegawai Jeneral yang terendah, dan mungkin lebih dekat dengan Brigadier Jeneral, jika adanya pangkat ini).

Sesetengah negara mempunyai atau pernah mempunyai gred-gred Jeneral tambahan, seperti berikut:

  • Kapten Jeneral
  • General of the Air Force (Jeneral Tentera Udara, ini ialah gred lima bintang)
  • General of the Armies (Jeneral Tentera-tentera Darat, ini ialah gred jeneral enam bintang, di mana satu-satu "tentera darat" mengandungi beberapa kor; lihat Organisasi tentera), satu gelaran eksklusif bagi Angkatan Tentera Amerika Syarikat) yang dicipta untuk Jeneral John J. Pershing, dan yang kemudian dianugerahkan kepada George Washington selepas kematiannya.

Sebilangan negara lebih suka menamakan pangkat-pangkat jeneral mengikut kuasa pemerintahan nominal (iaitu, pada nama sahaja), umpamanya Perancis mempunyai général d'armée, général de corps d'armée, général de division, dan général de brigade (pada setiap kes, akhiran aerienne digunakan untuk pegawai tentera udara).

Dalam sebilangan negara yang lain, khususnya negara-negara Komanwel), padanan untuk Brigedier Jeneral ialah Brigadier. Bagaimanapun, pangkat ini tidak dianggap oleh angkatan-angkatan tentera tersebut sebagai pangkat pegawai jeneral, walaupun pangkat ini dianggap setaraf (dengan pangkat Brigedier Jeneral) bagi tujuan pembandingan. Angkatan tentera British mempunyai pangkat Brigedier Jeneral sehingga tahun 1922; gelaran ini mula-mulanya ditukarkan kepada "kolonel komandan", dan kemudian kepada "brigadier" pada tahun 1928; pemegang pangkat-pangkat yang baru itu tidak dianggap sebagai pegawai jeneral. Perubahan ini telah dibuat sebagai gerak balas terhadap sungutan-sungutan politik tentang "terlalu banyak jeneral".

Semasa Perang Dunia I dan Perang Dunia II, Tentera Laut Jerman menggunakan pangkat yang dikenali sebagai Generaladmiraal (Laksamana Jeneral), tetapi ini merupakan pangkat tentera laut yang langsung tidak berkaitan dengan pangkat Jeneral angkatan tentera darat.

Pangkat Jeneral Tentera Darat Malaysia[sunting | sunting sumber]

Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera Darat Tentera Laut Tentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil Marsyal Laksamana Armada Marsyal TUDM
Jeneral Laksamana Jeneral TUDM
Leftenan Jeneral Laksamana Madya Leftenan Jeneral TUDM
Mejar Jeneral Laksamana Muda Mejar Jeneral TUDM
Brigedier Jeneral Laksamana Pertama Brigedier Jeneral TUDM
Kolonel Kepten Kolonel TUDM
Leftenan Kolonel Komander Leftenan Kolonel TUDM
Mejar Leftenan Komander Mejar TUDM
Kapten Leftenan Kapten TUDM
Leftenan Leftenan Madya Leftenan TUDM
Leftenan Muda Leftenan Muda Leftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran I Pegawai Waran I Pegawai Waran I
Pegawai Waran II Pegawai Waran II Pegawai Waran II
Staf Sarjan Bintara Kanan Flait Sarjan
Sarjan Bintara Muda Sarjan Udara
Koperal Laskar Kanan Laskar Udara Kanan
Lans Koperal Laskar Kelas I Laskar Udara Kelas I
Laskar Kelas II Laskar Udara Kelas II
Laskar Muda Perajurit Muda

Ketua profesional Tentera Darat Malaysia digelar Panglima Tentera Darat lazimnya ialah seorang pegawai tinggi berpangkat Jeneral. Sekiranya Panglima Angkatan Tentera Malaysia dilantik dari Tentera Darat, maka beliau juga bertaraf empat bintang iaitu berpangkat Jeneral. Setakat ini, hanya dua kali berlaku di mana Panglima Angkatan Tentera dilantik dari selain Tentera Darat, kali pertama pada April 2005 hingga Januari 2007 apabila Laksamana Tan Sri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor menjawat jawatan itu. Kali kedua ialah apabila Jeneral Tan Sri Azizan bin Ariffin TUDM dilantik pada Ogos 2009.

Insignia Jeneral[sunting | sunting sumber]

TAN SRI DR.MUSA

Jeneral
Pakaian Istiadat Pakaian No 3
Army1alt.png Army1.PNG

Insignia bahu Jeneral mengandungi susunan mahkota, empat bintang-bintang dan keris serta "duku ilang" bersilang di dalam kalungan padi. Insignia untuk baju istiadat dan pakaian no 3 adalah hampir sama pada papan bahu (shoulder board) dan epolet (epaulette). Jeneral juga memakai gorget di kolar baju dan dua baris bunga padi di pelindung topi.

Pangkat Jeneral mengikut negara[sunting | sunting sumber]

Rencana-rencana berikut adalah berkaitan dengan pangkat Jeneral yang digunakan oleh angkatan tentera di pelbagai negara:

Pangkat Jeneral yang sepadan[sunting | sunting sumber]

Pangkat Jeneral yang lain[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]



Halaman ini bertujuan untuk menyenaraikan rencana-rencana yang berkaitan dengan the military rank of General. Ini disiapkan semata-mata untuk peminat-peminat perkara ini supaya mereka dapat mengawasi perubahan-perubahan kepada halaman-halaman yang berkaitan melalui pautan Perubahan berkaitan. Senarai ini tidak semestinya lengkap atau kemas kini; jika anda melihat sebuah rencana yang harus disenaraikan, tetapi tidak terdapat dalam senarai ini (atau sebaliknya), tolong kemaskinikan halaman ini.