Loyang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebiji dadu loyang bersebelahan sampel bahan mentah zink dan tembaga.

Loyang atau kuningan ialah istilah bagi aloi yang diperbuat daripada tembaga dan zink dalam larutan pepejal. Lazimnya ia mengandungi lebih daripada 50% tembaga dan antara 5 dan 20% zink, dan adalah berbeza dengan gangsa iaitu aloi daripada tembaga dan timah. Walaupun terdapatnya perbezaan antara kedua-dua istilah ini, terdapat juga sesetengah jenis loyang yang dipanggil gangsa. Pancalogam terhasil ini tampak berwarna kekuningan, sedikit menyerupai emas. Ia secara relatifnya tahan kusam, dan sering digunakan sebagai hiasan.

Loyang telah diketahui oleh manusia semenjak zaman prasejarah, jauh lebih lama daripada zaman penemuan zink. Ia dihasilkan melalui peleburan tembaga bersama-sama dengan kalamin, sejenis bijih zink. Sepanjang proses ini, zink disari daripada kalamin dan dengan serta-merta bercampur dengan tembaga. Zink tulen pula adalah terlalu reaktif untuk dihasilkan menggunakan teknik-teknik kerja logam purbakala.