Tetingkap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tetingkap

Dalam bidang pengkomputeran, tetingkap (atau jarangnya tingkap,[1] bahasa Inggeris: window) adalah satu paparan maya disediakan suatu sistem kendali terumah dalam komputer yang biasanya berbentuk segiempat dan mengandungi sejenis antara muka pengguna yang terbahagi[1] ibarat suatu tingkap. Tetingkap secara mutlaknya mempunyai paparan bergrafik serta dikawal oleh kursor.

Kebanyakan tetingkap (atau semuanya) boleh diubah saiznya. Namun saiz tetingkap yang paling besar di atas sesebuah komputer adalah saiz tabir untuk monitornya.

Jenis tetingkap[sunting | sunting sumber]

Pengurus tetingkap selalunya menyediakan lebih daripada satu tetingkap berdasarkan ciri-cirinya. Berikut adalah beberapa jenis tetingkap:

  • Tetingkap gunaan atau dokumen - tetingkap biasa yang mengandungi data untuk dokumen atau gunaan.
  • Tetingkap palet - sering dijumpa terapung di atas tetingkap gunaan lain dan menyediakan peralatan atau maklumat untuk gunaan tersebut. Tetingkap ini juga dipanggil "Tetingkap Utiliti".
  • Kotak dialog - tetingkap yang memaparkan maklumat atau meminta daripada pengguna
  • Perinyu atau "Pemeriksa" - merupakan 'tetingkap di atas tetingkap', tetingkap ini berada di puncak tetingkap lain dalam penggunaan yang sama. Ia menunjukkan sebarang perubahan pada gunaan secara langsung.
  • Kes khas, contohnya tetingkap papan pemuka.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "tingkap". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 83. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)