Khatam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Khatam bermaksud tamat. Kata ini pinjaman dari bahasa Arab. Khatam biasanya merujuk kepada sudah habis mengaji al-Quran oleh seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak seharusnya khatam al-Quran sebelum berumur 13 tahun, tetapi bukanlah wajib. Mereka belajar dari guru agama kampung yang dahulunya dipanggil Muallim.

Dalam tradisi masyarakat Melayu, satu majlis khas akan diadakan untuk menyambut khatam. Kadangkala, majlis khatam ini diadakan sekaligus dengan upacara khatan atau cukur jambul[1].

Majlis Khatam al-Quran juga kadang-kadang diadakan sempena suatu perayaan, contohnya ulang tahun pemerintahan seorang Sultan atau menyambut Ramadhan[2]. Dalam majlis ini, biasanya ramai orang (dewasa) akan berfilir-gilir membaca al-Quran sehingga tamat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]