Cukur jambul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cukur jambul merupakan adat resam masyarakat Melayu di Malaysia 40 hari selepas kelahiran bayi. Sambutan tidak disambut selepas kelahiran kerana sang ibu masih belum lepas pantang atau belum sihat. Sesetengah tempat memangil adat Melayu ini sebagai:

Acara[sunting | sunting sumber]

Antara acara semasa majlis cukur jambul ialah :

  • Menyembelih kambing atau lembu Aqiqah. Daging dimasak dan dimakan bersama-sama dalam kenduri tersebut. Ayam tidak boleh dijadikan aqiqah.
  • Bacaan Barzanji atau Marhaban: satu bacaan salasilah dan pujian terhadap Nabi Muhamad.
  • Meletakkan bayi di dalam buaian yang dihias indah. Di bawah buaian diletakkan pisau corek dan kemenyan berasap. Tali buaian akan ditarik oleh kanak-kanak.
  • Bayi didukung dan diarak berkeliling tetamu lelaki yang sedang membaca Barzanji di ruang anjung rumah .
  • Beberapa tetamu penting seperti datuk kepada bayi, imam, ketua kampung dan bomoh akan mendoakan dan mengusap jambul atau kepala bayi tersebut.

Alatan[sunting | sunting sumber]

Beberapa bahan semasa majlis cukur jambul ialah:

  • Sedulang bunga rampai;
  • Sebiji kelapa muda berwarna kuning: kelapa tersebut dibelah dan airnya jangan dikeluarkan;
  • Beberapa helai daun tertentu, termasuklah daun sirih alat perenjis;
  • Beras berwarna kuning (telah dilumur dengan kunyit);
  • Beras putih;
  • Air wangi (jika ada, sebagai pembaharuan);
  • Bunga telur: untuk diberi kepada setiap tetamu. Biasanya tetamu lelaki diberi keutamaan.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. Sesetengah tetamu memberi wang kepada bapa atau ibu kepada bayi; contohnya RM1, RM5 atau RM10.
  2. Jika bayi banyak rambut di bahagian depan, akan dipanggil "jempolan".