Khattiya Sawasdipol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Khattiya Sawasdipol
2 Jun 1951(1951-06-02)17 Mei 2010 (umur 58)
Nama gelaran Seh Daeng
Kesetiaan Thailand
Perkhidmatan Tentera Darat Diraja Thai
Pangkat Mejar Jeneral
Arahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri

Khattiya Sawasdipol (Bahasa Thai: ขัตติยะ สวัสดิผล; transkripsi: Khattiya Sawatdiphon; 2 Jun 1951 – 17 Mei 2010), alias Seh Daeng (Bahasa Thai: เสธ.แดง; transkripsi: Se Daeng; Bahasa Melayu: Komander Merah) adalah seorang mejar jeneral dalam Tentera Darat Diraja Thai. Namanya melonjak selepas menjadi komander keselamatan baju merah Barisan Bersatu bagi Demokrasi Menentang Diktator (UDD) yang menentang kerajaan Thailand pimpinan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva.

Pengalaman tentera[sunting | sunting sumber]

Khattiya Sawasdipol mengaku menjadi perisik membantu tentera Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam 1975. Dia juga membantu CIA melawan komunis di Dataran Jars , Laos. Dia juga menyamar sebagai seorang muslim dan menyusup masuk ke dalam kumpulan pemberontak di Aceh,Indonesia.

Hasil tulisan[sunting | sunting sumber]

Beliau menulis beberapa buku 'best seller' dalam bahasa Thai seperti buku 'Seh Daeng'. Dia hampir mencapai status selebriti dan mempunyai ramai pengikut kultus.

UDD[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Oktober 2008, tersebar berita Khattiya Sawasdipol mengesyorkan UDD si baju merah menggunakan bom petrol menyerang kereta perisai tentera Thailand.Jeneral Anupong Paochinda mahu beliau menjadi juru tari aerobik dengan nada menyindir. Pada 14 Januari 2010, pejabat Anupong meledak dengan serangan roket dengan menggunakan pelancar roket M79. Ramai pihak menuding jari menyalahkan Khattiya Sawasdipol di belakang penunjuk perasaan anti kerajaan.

Mati ditembak[sunting | sunting sumber]

Beliau ditembak tepat di kepala oleh penembak curi di hadapan stesen Sky Train Daeng Sala pada 13 Mei 2010. Ketika itu beliau sedang diwawancara oleh wartawan New York Times semasa operasi tentera untuk menawan semula kota Bangkok dari penguasaan UDD si baju merah. dia dikejarkan ke Hospital Huachiew tetapi meninggal dunia pada 16 Mei 2010.

Rujukan[sunting | sunting sumber]