Bom petrol
Bom Molotov atau bom petrol ialah sejenis senjata buatan sendiri yang mudah, terdiri daripada bekas kecil berisi minyak petrol serta sering digunakan dalam rusuhan.
Istilah asal untuk bom jenis ini iaitu "koktel Molotov" (Suomi: polttopullo atau Molotovin cocktail) diberikan oleh warga Finland semasa Perang Musim Sejuk[1] sebagai suatu penghinaan ke atas Vyacheslav Molotov, Menteri Luar Soviet, atas rancangan pakatannya bersama wakil sepangkatnya dari Jerman Nazi, Joachim von Ribbentrop yang membahagikan pengaruh dalam negara tersebut serta kawasan berjiranan; terutamanya ke atas propaganda yang disiar menyokong rancangan tersebut.[2]
Mekanisme[sunting | sunting sumber]
Bentuk bom petrol paling asas terdiri daripada botol kaca berisi bahan api petrol dengan sumbu yang biasanya diperbuat daripada kain buruk yang direndam di dalam minyak petrol (atau apa jua bahan mudah terbakar yang lain) yang dilekatkan pada botol menggunakan gabus atau penutup botol.
Untuk menggunakannya, sumbu dinyalakan dan seterusnya botol tersebut dilemparkan kepada sasaran seperti kenderaan ataupun kubu.
Apabila botol tersebut pecah akibat hentakan, titisan dan wap minyak petrol seterusnya dinyalakan oleh sumbu, menyebabkan berlakunya bebola api diikuti api yang marak menyala.
Selain petrol, cecair mudah terbakar lain seperti metanol dan turpentin juga boleh digunakan. Agen pemekat seperti tar dan minyak pelincir juga boleh ditambah pada minyak petrol untuk membantu cecair terbakar pada sasaran serta untuk menghasilkan kepulan asap yang melemaskan.

Kegunaan dalam rusuhan awam[sunting | sunting sumber]
- Bom petrol memainkan peranan penting semasa Revolusi Hungary. Ia hampir-hampir menjadi satu-satunya senjata anti-kereta kebal yang boleh memusnahkan kereta kebal T-34 Soviet.
- Bom Petrol digunakan secara rusuhan di Ireland Utara, disasarkan pada Tentera British.
- Sertakat 2007 bom petrol masih digunakan bagi menentang Pasukan Polis Ireland Utara (PSNI, dahulunya RUC) dan tentera.[3] Ia kerap kali digunakan di dalam serangan terhadap rumah dan perniagaan oleh kedua-dua pihak. Mercun dan bom buatan sendiri kini sering digunakan bersama-sama serangan bom petrol terhadap pihak keselamatan.
- Pada tahun 1980an, perusuh di Korea Selatan menggunakan bom petrol sebagai senjata bagi menentang kerajaan Chun Doo-hwan.
- Semasa Rusuhan Oldham yang sangat ganas pada 26 Mei 2001 di Oldham, England, bom petrol adalah senjata lemparan utama yang digunakan oleh remaja terhadap polis anti-rusuhan.
- Semasa Penyembelihan Sekolah Tinggi Columbine, Eric Harris dan Dylan Klebold membuat dan melemparkan beberapa biji bom petrol tetapi tiada satu pun yang terbakar.
- Bom petrol juga dilemparkan terhadap polis semasa rusuhan Perarakan Copenhagen baru-baru ini serta semasa rusuhan Cigarbox di Copenhagen, Denmark
Pengharaman[sunting | sunting sumber]
Di kebanyakan kawasan, penghasilan bom petrol adalah diharamkan. Penggunaannya terhadap orang awam boleh didakwa di bawah beberapa kesalahan seperti keganasan, pembunuhan, kemusnahan harta benda dsb. di bawah undang-undang. Di Amerika Syarikat, bom petrol dianggap sebagai "senjata pemusnah" seperti yang dikuatkuasakan oleh ATF.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Online Etymology Dictionary: Molotov cocktail. Douglas Harper, 2010.
- ^ The Second Book of General Ignorance. Faber and Faber. 2011. m/s. 76. ISBN 978-0-571-26965-5.
- ^ BBC News, Tuesday, 10 April 2007, 'Petrol bomb is thrown at officers'. BBC News, Wednesday, 28 June 2006, Petrol bomb 'landed outside home'. BBC News, Monday, 21 November 2005, 'Petrol bomb attack during alert'
Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Molotov cocktail. |