Kim Go-eun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kim Go-eun
Kelahiran (1991-07-02) 2 Julai 1991 (umur 32)
PendidikanUniversiti Kesenian Kebangsaan Korea
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2012–sekarang
Ejen
  • Jangin
  • Hodu&U
  • BH
Nama Korea
Hangul김고은
Perumian SemakanGim Go-eun
McCune–ReischauerKim Ko-ŭn

Kim Go-eun (lahir 2 Julai 1991) ialah seorang pelakon wanita Korea Selatan.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1994 ketika beliau berumur tiga tahun, keluarga Kim berpindah ke Beijing, China dan tinggal di sana selama 10 tahun, membolehkan beliau menjadi fasih berbahasa Mandarin. Selepas menonton filem arahan Chen Kaige, Together berulang kali, Kim bercita-cita untuk menjadi seorang pembuat filem tetapi beliau kemudiannya menceburi bidang teater. Selepas kembali ke Korea Selatan, beliau menghadiri Sekolah Seni Tinggi Kaywon dan kemudiannya mempelajari drama di Universiti Kesenian Kebangsaan Korea.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2012, Kim mula dikenali selepas melakonkan watak Eun-gyo di dalam filem A Muse. Persembahan lakonan beliau membolehkannya memenangi anugerah Pelakon Baru Wanita Terbaik pada tahun tersebut. Kim kemudiannya mengambil keputusan untuk berehat selama dua tahun dan kembali semula ke universiti untuk menamatkan pengajian. Beliau kembali berlakon pada tahun 2014 menerusi filem thriller, Monster.[1]

Pada tahun 2015, beliau bersama-sama Kim Hye-soo dipilih untuk berlakon di dalam filem Coin Locker Girl, sebuah filem berdasarkan novel Jepun tahun 1980 iaitu Coin Locker Babies. Beliau bersama pengarah dan beberapa barisan pelakon dijemput ke Festival Filem Cannes 2015 untuk filem ini.[2] Kim kemudiannya membintangi filem sejarah, Memories of the Sword yang juga dibintangi Jeon Do-yeon.[3] Ia disusuli dengan filem The Advocate: A Missing Body dimana beliau melakonkan watak seorang pendakwa.[4] Beliau juga muncul di dalam filem Canola bersama pelakon veteran, Youn Yuh-jung.

Kim membuat penampilan drama pertamanya menerusi Cheese in the Trap, berdasarkan webtoon dengan nama yang sama.[5] Beliau juga menyumbangkan suara untuk lagu "Attraction" oleh Tearliner di dalam runut bunyi asal drama ini . Kim berjaya memenangi Anugerah Seni Baeksang bagi kategori Pelakon Baru Wanita Terbaik (Televisyen) untuk persembahan lakonannya di dalam drama ini. Pada tahun yang sama, beliau membintangi drama fantasi Goblin.

Pada bulan Julai 2017, Kim menandatangani kontrak bersama agensi pengurusan, BH Entertainment.[6] Beliau juga dipilih untuk berlakon di dalam filem Byeonsan yang diarahkan oleh Lee Joon-ik.[7]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2012 A Muse Han Eun-gyo
Yeong-a Yeong-a Filem pendek
2013 Neverdie Butterfly Moon Soo-yeon Penampilan istimewa
2014 Monster Bok-soon
2015 Memories of the Sword Seol-hee / Hong-yi
Coin Locker Girl Il-young
The Advocate: A Missing Body Jin Sun-mi
2016 Canola Hye-ji
2018 Sunset in My Hometown Sun-mi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2016 Cheese in the Trap Hong Seol tvN
2016–2017 Goblin Ji Eun-tak

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Kerja Keputusan
2012 Filem & Muzik Antarabangsa Jecheon ke–8 Anugerah Bintang Meningkat Naik Moët
A Muse
Menang
Anugerah Filem Buil ke–21 Pelakon Baru Wanita Terbaik Menang
Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Korea ke–32 Menang
Anugerah Grand Bell ke–49 Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
Pelakon Baru Wanita Terbaik Menang
Anugerah Filem Blue Dragon ke–33 Menang
Anugerah Artis Cantik ke–2
(Yayasan Seni dan Budaya Shin Young-kyun)
Anugerah Artis Baru Menang
Anugerah Pengkritik Filem Busan ke–13 Pelakon Baru Wanita Terbaik Menang
2013 Anugerah Filem KOFRA ke–4 Menang
Anugerah Seni Baeksang ke–49 Pelakon Baru Wanita Terbaik (Filem) Tercalon
Festival Filem Asia New York ke–12 Anugerah Bintang Meningkat Naik Star Asia Menang
2015 Festival Filem Fantastic Antarabangsa Bucheon ke–19 Anugerah Fantasia
Coin Locker Girl
Menang
Anugerah Filem Buil ke–24 Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
2016 Anugerah Seni Baeksang ke–52 Pelakon Baru Wanita Terbaik (Televisyen)
Cheese in the Trap
Menang
Anugerah Bintang APAN ke–5 Pelakon Baru Wanita Terbaik Tercalon
Anugerah Style Icon Bintang Meningkat Naik Mengagumkan Menang
2017 Anugerah Seni Baeksang ke–53 Pelakon Wanita Terbaik (Televisyen)
Goblin
Tercalon
Anugerah Drama Korea ke–10 Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lee, Claire (2014-03-16). "Eun-gyo returns as a Monster". The Korea Herald. Dicapai pada 2014-03-18.
  2. ^ Conran, Pierce (2014-05-14). "KIM Hye-soo and KIM Go-eun Team Up for COIN LOCKER GIRL". Korean Film Biz Zone. Dicapai pada 2014-05-19.
  3. ^ Tae, Sang-joon (2014-01-24). "KIM Go-eun, Star of Monster and Memories of the Sword: To be Remembered as a Good actress, Not as an Overnight Star". Korean Cinema Today. Dicapai pada 2014-01-30.
  4. ^ Lim, Jeong-yeo (2015-09-07). "Lee Sun-kyun and Kim Go-eun on The Advocate: A Missing Body". K-pop Herald. Dicapai pada 2015-09-12.
  5. ^ Ko, Ji-seon (2015-07-28). "Kim Go-eun to star in Cheese in the Trap". K-pop Herald. Dicapai pada 2015-07-29.
  6. ^ "[공식입장] BH엔터 측 "김고은과 최근 전속계약"". OSEN. Dicapai pada 2017-07-17.
  7. ^ "KIM Go-eun and PARK Jung-min Head to BYEONSAN for LEE Joon-ik". Korean Film Biz Zone. 2017-08-21.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]