Kimia perubatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kimia perubatan atau kimia farmaseutikal ialah sebuah cabang kimia yang berkait rapat dengan kajian reka bentuk, penghasilan, keberkesanan dan pemasaran ubat serta kesan sampingannya.[1][2] Kimia perubatan juga mengkaji ubat-ubatan yang sedia ada selain daripada penghasilan ubat baharu. Tambahan pula, kimia perubatan mengkaji kualiti ubat-ubatan yang terhasil dan kebolehan penggunaan bahan bagi tujuan perubatan.[3]

Ubat-ubatan biasanya melibatkan kimia organik, dengan ubat-ubatan dalam bahagian tersebut bercambah kepada pelbagai jenis. Kimia tak organik serta organologam juga bermanfaat dalam penghasilan ubat.

Cabang ini merupakan cabang yang melibatkan berbagai-bagai disiplin sains, di mana kimia perubatan melibatkan kimia organik, fizikal dan pengkomputeran. Kimia perubatan juga banyak berkaitan dengan kimia organik buatan serta pelbagai bidang biologi seperti biologi molekul, farmakologi, toksikologi dan biokimia. Bidang ini juga memanfaatkan statistik, pengurusan projek dan etika kerja farmaseutikal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Andrew Davis, Simon E Ward, penyunting (2015). Handbook of Medicinal Chemistry: Principles and Practice Editors. Royal Society of Chemistry. doi:10.1039/9781782621836. ISBN 978-1-78262-419-6. 
  2. ^ Roland Barret (2018). Medicinal Chemistry: Fundamentals. London: Elsevier. ISBN 978-1-78548-288-5. 
  3. ^ Roughley, S. D.; Jordan, A. M. (2011). "The Medicinal Chemist's Toolbox: An Analysis of Reactions Used in the Pursuit of Drug Candidates". Journal of Medicinal Chemistry. 54: 3451-3479. doi:10.1021/jm200187y.