Kimia nuklear

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kimia nuklear ialah subbidang kimia yang berkait dengan keradioaktifan, proses-proses dan sifat nuklear.

Subbahagian kimia ini berurusan dengan unsur-unsur radioaktif seperti aktinium dan uranium, perkakasan atau struktur yang berkaitan dengan nuklear seperti reaktor nuklear serta cara-cara pengendalian bahan-bahan radioaktif. Kimia nuklear juga mengkaji tentang kesan kesan kimia berkaitan radiasi kepada manusia, haiwan dan tumbuhan. Dari segi nukleus atom, kimia nuklear mendalami sifat-sifat nukleus serta perubahan keadaan nukleus seperti pembebasan dan penyerapan zarah-zarah nukleus.

Kimia nuklear juga mencakupi kajian tentang penggunaan radiasi dalam bidang-bidang lain seperti kaedah radioterapi dalam perubatan. Kimia nuklear juga mengkaji tentang penggunaan radiasi dalam industri seperti penggunaan penyurih radiasi dalam persekitaran dan pengubahsuaian polimer dengan menggunakan radiasi.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Clough, R. L.; Gillen, K. T. (1 January 1989). "Radiation-Oxidation of Polymers". Dicapai 1 April 2018 – melalui www.osti.gov.