Kingston upon Hull

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kingston upon Hull, England
Bandar Kingston upon Hull
NegaraEngland
DaerahRiding Timur di Yorkshire
Keluasan
 • Jumlah71.5 km2 (27.6 batu persegi)
Penduduk
 (2011)
 • Jumlah573,300
 • Kepadatan3,486/km2 (9,030/batu persegi)
Zon waktuUTC+0 (GMT)
 • Musim panas (DST)UTC+1 (BST)
Laman sesawanghttp://www.hull.gov.uk/

Kingston upon Hull, biasanya disingkatkan kepada Hull, merupakan sebuah bandar pelabuhan dan pihak atasan tempatan tertinggi di Riding Timur di Yorkshire, England.[1]

Hull terletak di tebing utara Humber Estuary di muara anak sungai ini, iaitu Sungai Hull. Selepas Akta Kerajaan Tempatan 1888, Hull menjadi bandar pentadbiran bebas yang tidak tertakluk pada Riding Timur di Yorkshire. Di 53°44′30″U 0°20′0″B, 248 km utara dari London, Hull terletak di tebing utara Humber Estuary. Berdasarkan bancian UK pada tahun 2001, terdapat 243589 orang penduduk dan 104288 rumah tangga di Hull. Ekonomi Hull berasaskan perdagangan dan pelayaran kapal pada zaman silam, penangkapan ikan paus dahulu dan pemburuan ikan kemudian. Hull ada beberapa muzuim berkepentingan negara. Tidak seperti bandar Inggeris lain, Hull tidak ada katedral. Hull ada banyak taman dan kawasan alam sekitar.Satu-satunya akhbar harian tempatan di Hull ialah Akhbar Harian Hull yang masih ada, dan pengedarannya merangkumi kebanyakan tempat di Riding Timur di Yorkshire juga. Sukan di bandar ini termasuk bola sepak profesional, liga ragbi, golf, damak, olahraga dan sukan air.

Jalan utama ke dalam dan luar Hull ialah lebuh raya M62 atau jalan A63 yang merupakan salah 1 laluan timur-barat utama di England Utara. Hull ialah satu-satunya bandar di UK yang ada syarikat rangkaian telefon bebas tersendiri, iaitu KCOM, yang dahulunya dikenali sebagai KC dan Perhubungan Kingston, milik Kumpulan KCOM. Hull menempatkan Universiti Hull yang ditubuhkan pada tahun 1927 dan menerima Hak Diraja pada tahun 1954. Loghat tempatan di sini agak istimewa dan berbeza secara ketara daripada seluruh Riding Timur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kingston upon Hull". Encyclopædia Britannica Online. Encyclopædia Britannica. 2008. Dicapai pada 8 July 2008.