Klang Parade

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Klang Parade
Lokasi Klang, Selangor, Malaysia
Koordinat 3°03′50″N 101°27′12″E / 3.06389°N 101.45333°E / 3.06389; 101.45333
Alamat No 2112, KM2 Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor
Pemilik ARA Asia Dragon Fund
Arkitek Darryl Yamamoto[1]
Keluasan lantai peruncitan 660,102 square feet (61,325 m2)
Bil. tingkat 5
Laman web http://www.klang.parade.com.my

Klang Parade ialah salah satu kompleks membeli belah utama di bandar diraja Klang, Selangor, Malaysia dengan gedung serbaneka Parkson Grand sebagai kedai utama.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Klang Parade dibuka pada tahun 1995. Ia dibina dan dikendalikan oleh Parkson. Pusat membeli-belah ini dijual kepada ARA Asia Dragon Fund pada tahun 2012 dan ditutup antara Julai 2013 dan Januari 2014 bagi tugas-tugas pengubahsuaian.

Pengubahsuai besar-besaran[sunting | sunting sumber]

Pusat membeli-belah ini telah diubah-suai selepas ia dibeli oleh syarikat ARA Asia Dragon Fund pada tahun 2012.[2] Klang Parade dibuka semula pada 27 September 2014.[3]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Bas[sunting | sunting sumber]

Klang Parade boleh diakses dengan menggunakan perkhidmatan bas Seranas 96 dan Smart Selangor. Stesen perkhidmatan bas terletak di Jalan Meru and Jalan Pekan Baru.

  • T713 - Hentian Klang - Klang Parade, Jalan Meru - Hentian Klang
  • KLG2 - SRJK ( C ) Kong Hoe, Jalan Batu Tiga Lama - Kawasan Perniagaan Jalan Pekan Baru - SRJK ( C ) Kong Hoe, Jalan Batu Tiga Lama

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 3°03′52″N 101°27′04″E / 3.06437°N 101.4512443°E / 3.06437; 101.4512443