Parkson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Parkson Corporation Sdn. Bhd.
ڤرك ساون چورڤورشن سنديرين برحد
Industri Retail
Ditubuhkan 1987
Ibu pejabat Klang,Selangor , Malaysia
Induk LION GROUP
Laman sesawang www.parkson.my


Parkson ialah sebuah syarikat peruncit yang popular di Malaysia yang menawarkan barangan-barangan pada kadar sederhana. Parkson ditubuhkan pada tahun 1987 sebagai salah sebuah rangkaian peruncitan terbesar di Malaysia pada ketika itu. Gedung-gedung berjenama Parkson Grand, Parkson Ria dan Parkson Elite semuanya dikendali oleh Parkson.

Cawangan di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Sehingga kini, Parkson mempunyai 38 buah cawangan di seluruh Malaysia. (Barat dan Timur Malaysia).

Bendera Negeri Jumlah Gedung
Flag of Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 6
Flag of Labuan
Wilayah Persekutuan Labuan 1
Flag of Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya 1
Flag of Johor
Johor 3
Flag of Kedah
Kedah 1
Flag of Kelantan
Kelantan 1
Flag of Malacca
Melaka 2
Flag of Negeri Sembilan
Negeri Sembilan 2
Flag of Pahang
Pahang 2
Flag of Perak
Perak 1
Flag of Perlis
Perlis 0
Flag of Penang
Pulau Pinang 4
Flag of Sabah
Sabah 2
Flag of Sarawak
Sarawak 4
Flag of Selangor
Selangor 8
Flag of Terengganu
Terengganu 1 (Akan Datang)

Cawangan luar Malaysia[sunting | sunting sumber]

Parkson di Kemboja[sunting | sunting sumber]

Menteri Perdagangan Kerajaan Kemboja, telah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran komersial berhubung dengan penubuhan Parkson Kemboja Holdings pada 31 Disember, 2010.[perlu rujukan]

Parkson di China[sunting | sunting sumber]

Selain di Malaysia, kehadiran Parkson turut terasa di China, dengan operasinya banyak tertumpu di kawasan-kawasan padat, termasuklah 36 buah gedung serbaneka berjenama Parkson dan dua buah gedung berjenama Xtra.[perlu rujukan]

Parkson di Vietnam[sunting | sunting sumber]

Sehingga november 2008, Parkson kini mempunyai 6 buah gedung di Vietnam iaitu empat buah di Bandar Raya Ho Chi Minh. Manakala, di Hai Phong dan Hanoi terdapat sebuah gedung.[perlu rujukan]

Pembukaan gedung Parkson di Saigontourist Plaza pada 29 Jun 2005 menandakan pintu masuk Parkson sebagai gedung terkemuka di Asia dan yang pertama bertaraf antarabangsa yang terletak di bandar Bandar Raya Ho Chi Minh.[perlu rujukan]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]