Klatrat hidrat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Klatrat hidrat (atau gas klatrat, gas hidrat, klatrat, hidrat, dsb.) ialah hablur pepejal berasaskan air yang menyerupai ais, di dalamnya molekul bukan kutub kecil (selalunya gas) atau molekul kutub bermoieti hidrofobik besar terkurung di dalam "sangkar" molekul air dengan ikatan hidrogen. Dalam kata lain, klatrat hidrat ialah sebatian klatrat di mana molekul hosnya ialah air dan molekul tamu biasanya gas atau cecair. Tanpa sokongan molekul terkurung, struktur kekisi klatrat hidrat akan runtuh menjadi struktur ais hablur atau cecair air biasa. Kebanyakan gas-gas yang berat molekulnya rendah seperti O2, H2, N2, CO2, CH4, H2S, Ar, Kr, dan Xe, serta beberapa hidrokarbon dan freon atasan, akan membentuk hidrat dalam suhu dan tekanan yang sesuai. Klatrat hidrat bukanlah unsur kimia kerana molekul-molekul yang berasing-asing tidak terikat dengan kekisi. Pembentukan dan penguraian klatrat hidrat ialah fasa peralihan tertib pertama, bukannya tindak balas kimia. Mekanisme pembentukan dan penguraiannya dalam aras molekul masih belum difahami sepenuhnya.[1][2] Klatrat hidrat mula-mula didokumenkan pada tahun 1810 oleh Sir Humphry Davy.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Gao S; House W, Chapman WG (2005). "NMR MRI Study of Gas Hydrate Mechanisms". The journal of physical chemistry. B (American Chemical Society) 109 (41): 19090–19093. doi:10.1021/jp052071w. PMID 16853461. Diperoleh pada 16 November 2013. 
  2. Gao S; Chapman WG, House W (2005). "NMR and Viscosity Investigation of Clathrate Formation and Dissociation". Ind.Eng.Chem.Res. (Americal Chemical Society) 44 (19): 7373–7379. doi:10.1021/ie050464b. Diperoleh pada 16 November 2013. 
  3. Ellen Thomas (November 2004). "Clathrates: little known components of the global carbon cycle". Wesleyan University. Diperoleh pada 16 November 2013. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Shuqiang Gao, Waylon House, and Walter Chapman, “NMR/MRI Study of Clathrate Hydrate Mechanisms”, J. Phys. Chem. B, 109(41), 19090-19093, 2005.
  • N Sultan, P Cochonat, JP Foucher, J Mienert, Effect of gas hydrates melting on seafloor slope instability - ►ifremer.fr [PDF], - Marine Geology, 2004 - Elsevier http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S0025322704002798