Hidrogen sulfida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Hidrogen sulfida

Hidrogen sulfida (H2S) adalah gas yang tidak berwarna, beracun, mudah terbakar[1] dan berbau seperti telur busuk. Gas ini boleh timbul dari aktiviti biologi ketika bakteria menguraikan bahan organik dalam keadaan tanpa oksigen (kegiatan anaerobik) seperti di paya dan saluran pembetungan. Gas ini juga muncul dalam gas asli setinggi 30%[2] mahupun terhasil dari kegiatan gunung berapi. Gas ini memainkan peranan utama dalam bergeraknya unsur sulfur melalui semua persekitaran di bumi.[3]

Hidrogen sulfida juga dikenal dengan nama sulfana, sulfur hidrida, gas masam (sour gas), hidrogen bersulfur, asid hidrosulfurik, dan gas kumbahan (sewer gas). IUPAC menerima penamaan "hidrogen sulfida" dan "sulfana"; perkataan terakhir digunakan lebih eksklusif ketika menamakan campuran yang lebih kompleks.

Kimia[sunting | sunting sumber]

Hidrogen sulfida merupakan hidrida kovalen yang secara kimia berkait dengan air (H2O) kerana oksigen dan sulfur berada dalam golongan yang sama di jadual berkala.

Hidrogen sulfida merupakan asid lemah, terpisah dalam larutan akueus menjadi kation hidrogen H+ dan anion hidrosulfida HS:

H2S → HS + H+
Ka = 1.3×10−7 mol/L; pKa = 6.89.


Ion sulfida, S2−, dikenali dalam bentuk pepejal tetapi tidak di dalam larutan akueus (oksida). Pemalar perceraian kedua dari hidrogen sulfida sering dinyatakan sekitar 10−13, tetapi kini diketahui bahawa angka ini merupakan ralat yang disebabkan oleh pengoksidaan sulfur dalam larutan alkali. Anggaran terakhir terbaik untuk pKa2 adalah 19±2[4].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Greenwood, Norman N.; Earnshaw, Alan (1997). Chemistry of the Elements (ed. Kedua). Butterworth-Heinemann. ISBN 978-0-08-037941-8. Cite has empty unknown parameter: |name-list-format= (bantuan)
  2. ^ "Hydrogen Sulfide". Earthworks. Dicapai pada 18 April 2020.
  3. ^ Barton, Larry L.; Fardeau, Marie-Laure; Fauque, Guy D. (2014). "Hydrogen Sulfide: A Toxic Gas Produced by Dissimilatory Sulfate and Sulfur Reduction and Consumed by Microbial Oxidation". The Metal-Driven Biogeochemistry of Gaseous Compounds in the Environment. Metal Ions in Life Sciences. 14. m/s. 237–277. doi:10.1007/978-94-017-9269-1_10. ISBN 978-94-017-9268-4. PMID 25416397.
  4. ^ Giggenbach, W. (1971). Inorg. Chem. 10:1333. Meyer, B.; Ward, K.; Koshlap, K.; & Peter, L. (1983). Inorg. Chem. 22:2345. Myers, R. J. (1986). J. Chem. Educ. 63:687.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]