Pergi ke kandungan

Klemens von Metternich

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Klemens von Metternich-Winneburg
Lukisan baginda tahun 1815 karya Sir Thomas Lawrence
Kanselor Empayar Austria 1
Dalam jawatan
25 Mei 1821 – 13 Mac 1848
RajaFranz I
Ferdinand I
Didahului olehjabatan dibentuk
Digantikan olehGraf Franz Anton von Kolowrat-Liebsteinsky
sebagai Presiden Kementerian
Menteri Luar Negeri Empayar Austria
Dalam jawatan
8 Oktober 1809 – 13 Mac 1848
RajaFranz I
Ferdinand I
Didahului olehGraf Warthausen
Digantikan olehGraf Charles-Louis de Ficquelmont
Butiran peribadi
Lahir15 Mei 1775
Koblenz, Elektorat Trier
Meninggal dunia11 Jun 1859 (1859-06-12) (umur 86)
Vienna, Empayar Austria
PasanganPutri Eleonore von Kaunitz (k. 1795–1825)
Freiin Antoinette Leykam (k. 1827–1829)
Gräfin Melanie Zichy-Ferraris (k. 1831–1854)
Anak-anakLihat daftar
Ibu bapaFranz Georg Karl, Graf von Metternich-Winneburg
Gräfin Beatrix von Kageneck
PendidikanUniversiti Strasbourg, Universiti Mainz
Dikenali keranaKongres Vienna, Konser Eropah, konservatisme

Klemens Wenzel Nepomuk Lothar, Prince von Metternich-Winneburg zu Beilstein (bahasa Jerman: [ˈmɛtɐnɪç]; 15 Mei 1773 – 11 Jun 1859[1]) ialah seorang diplomat Austria dan negarawan antara yang terpenting dalam era beliau. Berkhidmat sebagai Menteri Luar Negeri dalam Empayar Austria sejak 1809 dan sebagai canselor ketika 1821 sehinggalah pada revolusi liberal 1848 yang memaksanya untuk meletak jawatan.

Antara tugasan pertamanya ialah untuk meredakan kepanasan politik dengan Perancis dan termasuklah perkahwinan Napoleon dengan Austria Marie Louise. Tidak lama kemudian, dia mengusaha kemasukan Austria untuk bersekutu dalam Perang Enam Pakatan. Dia menandatangani Perjanjian Fontainebleau kepada penyingkiran Napoleon dan mengetuai perwakilan Austria di Kongres Vienna yang membahagikan pasca Napoleonik Eropah dengan kuasa-kuasa besar. Beliau telah dianugerahkan gelaran Putera Se-Oktober 1813 atas jasanya berkhidmat kepada Empayar Austria. Dalam bawah jagaannya, Sistem Metternich dalam kongress antarabangsa bersambung lagi sedekad setelah Austria menyebelahi Russia serta Prussia. Menandakan paras tertinggi dalam kepentingan diplomatik dan selepas itu Matternich perlahan-lahan terpinggir dari diplomasi antarabangsa. Asalnya Metternich memegang jawatan Canselor Negeri dari 1821 sehingga 1848 di bawah Francis I dan anaknya Ferdinand I. Setelah ringkasan penyingkiran di London, Brighton, dan Brussels yang berakhir pada 1851, dia kembali ke Mahkamah Viennese untuk menawarkan nasihat kepada pewaris Ferdinand, Franz Josef. Metternich meninggal dunia pada 1859 ketika umur 86 tahun.

Dilahirkan dalam rumah keluarga Metternich pada 1773, merupakan anak kepada seorang diplomat. Dia dinamakan atas nama moyangnya, Clement-Wenceslas, Archbishop of Trier. Metternich menerima pendidikan tinggi di Universiti Strasbourg dan Mainz. Dia membantu semasa penobatan Francis II pada 1792 dan juga yang terdahulunya, Leopold II pada 1790. Selepas perjalanan singkatnya ke England, Metternich diangkat sebagai duta Austria ke Belanda untuk sementara waktu sejak negaranya di bawah kawalan Perancis pada tahun hadapan. Dia mengahwini isteri pertamanya, Eleonore von Kaunitz (dari keturunan Karolina Legnica-Brieg) pada 1795 yang membantunya masuk ke masyarakat Vienna. Walau mengalami beberapa masalah rumah tangga, dia terkesan dengan kematian isterinya pada 1825. Perkahwinan keduanya ialah dengan Baroness Antoinetter Leykam pada 1827 yang meninggal dunia pada 1829. Selepas itu, dia mengahwini Countess Melanie Zichy-Ferraris pada 1831 dan meninggal dunia 5 tahun sebelum kematian suaminya. Sebelum mengambil alih jawatan Menteri Luar Negeri, Metternich sudah menyandang beberapa jawatan kecil termasuklah sebagai duta besar di kerajaan-kerajaan Sachsen, Prusia dan Perancis. Salah seorang anak lelakinya, Richard von Metternich juga seorang diplomat yang berjaya dimana 12 belas anaknya juga mewarisi bakat yang sama. Mengikut tradisi konservatif, Metternich lebih kepada keseimbangan kuasa, khususnya seperti menentang hasrat Rusia meluaskan tanah jajahannya di Eropah dan juga tanah jajahan Kerajaan Uthmaniah. Beliau tidak menyukai liberalisme dan berusaha untuk mencegah perpecahan Empayar Austria, sebagai contohnya dengan menghapuskan pemberontakan nasionalis dalam Austria dari utara Itali. Di tempat asalnya, dia meneruskan polisi yang sama dengan membuat tapisan dan memasang rangkaian pengintip yang luas untuk menyekat kekecohan.

Metternich dipuji dan dikeji atas beberapa dasar yang dilaksanannya. Penyokongnya mengatakan bahawa dia mengetuai ke atas "Sistem Kongress", dimana diplomasi antarabangsa membantu mencegah peperangan besar di Eropah. Sifatnya sebagai diplomat dipandang tinggi sehingga ada yang menyatakan pencapaiannya sebagai cahaya yang turun atas meja rundingannya. Keputusannya untuk menentang perluasan Rusia dilihat sebagai antara yang terbaik. Pengkritik menggambarkan dia seperti seorang yang mempunyai pemikiran syak-wasangka, prinsip-prinsip koservatif yang melampau dan tak dapat dijangka tindakannya. Mereka berpendapat dia dapat melakukan banyak perubahan untuk menjamin masa depan Austria dimana sebaliknya berlaku. Pada 1817, usul untuk pembaharuan pentadbiran telah ditolak dan penentangannya terhadap nasionalisme Jerman dipersalahkan kerana penyatuan Jerman di bawah pengaruh Prusia dan bukannya Austria. Sejarawan lain berpendapat bahawa beliau mempunyai kuasa yang lebih rendah dari apa yang dikatakan dan dasar beliau hanya dilaksanakan bersesuaian dengan pandangan maharaja.

  1. ^ Palmer 1972, halaman 5–6, 339

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  •  Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). "Metternich-Winneburg, Clemens Wenzel Lothar". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press.
  • Bertier de Sauvigny, Guillaume de (1962). Metternich and his times. Ryde, Peter (trans.). London: Darton, Longman and Todd.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Cecil, Algernon (1947). Metternich (ed. 3rd). London: Eyre and Spottiswoode.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Ford, Franklin L. (1971). Europe, 1780–1830. Hong Kong: Longman. ISBN 978-0-582-48346-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Herre, Franz (1997). Metternich: Staatsmann des Friedens. Augsburg: Bechtermünz Verlag. ISBN 3-86047-813-3.CS1 maint: ref=harv (link) (in German)
  • Jarrett, Mark (2013). The Congress of Vienna and its Legacy: War and Great Power Diplomacy after Napoleon. London: I. B. Tauris & Company, Ltd. ISBN 978-1780761169.
  • Kissinger, Henry (1954). A World Restored: Metternich, Castlereagh and the Problems of the Peace, 1812–1822 (ed. 1999 reprint). London: Weidenfeld & Nicolson. ISBN 978-0-297-64395-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Musulin, Stella (1975). Vienna in the Age of Metternich. London: Faber and Faber. ISBN 0-571-09858-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Nadeau, Ryan (2016). "Creating a Statesman: The Early Life of Prince Clemens von Metternich and its Effect on his Political Philosophy." The Gettysburg Historical Journal 15 (1). ISSN 2327–3917.
  • Okey, Robin (2001). The Habsburg monarchy, c. 1765–1918. Macmillan. ISBN 978-0-333-39654-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Palmer, Alan (1972). Metternich: Councillor of Europe (ed. 1997 reprint). London: Orion. ISBN 978-1-85799-868-9.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Sked, Alan (2008). Metternich and Austria: An Evaluation. Basingstoke, England: Palgrave Macmillan. ISBN 978-1-4039-9114-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Sked, Alan (1983). "Metternich". History Today. 33 (6).CS1 maint: ref=harv (link)
  • Hamilton-Williams, David (1996). Waterloo New Perspectives: the Great Battle Reappraised. Wiley. ISBN 0-471-05225-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • "Clemens Lothar Wenzel, Prince Metternich (1773–1859)". Royal Collection. 2013. Dicapai pada 22 September 2013.
  • Zamoyski, Adam (2007). Rites of Peace: The fall of Napoleon & the Congress of Vienna. ISBN 0-00-712375-2.CS1 maint: ref=harv (link).
  • May, Arthur J. (1933). The Age of Metterchich 1814–1848. Holt, Rinehart and Winston, Inc.;.CS1 maint: extra punctuation (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]