Kongres Vienna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Period oil painting of the delegates to the Congress of Vienna.
The Congress of Vienna oleh Jean-Baptiste Isabey, (1819). Meskipun kesemua perwakilan dari negara yang terlibat di dalam perang dijemput, rundingan penting dijalankan oleh "Big Four" (Britain, Russia, Prusia, dan Austria) dan kemudian setiaraja Perancis.

Kongres Vienna merupakan persidangan antara duta-duta dari kuasa-kuasa utama di Eropah yang dipengerusikan oleh negarawan Austria, Klemens Wenzel von Metternich dan diadakan di Vienna, dari akhir September, 1814, hingga 9 Jun, 1815. Tujuannya adalah untuk membahagikan benua Eropah selepas kekalahan Napoleon I dari Perancis dalam Perang Napoleon pada musim bunga sebelumnya. Perbincangan ini bersambung walaupun bekas Maharaja Perancis, Napoleon I pulang daripada pembuangan negeri dan merampas semula kuasa di Perancis pada Mac 1815. Tindakan Terakhir Kongres (Final Act) telah ditandatangani sembilan hari sebelum kekalahan Napoleon yang terakhir dalam Pertempuran Waterloo pada 18 Jun, 1815.

"Kongres Vienna" sebenarnya bukan merupakan persidangan yang benar, tetapi hanya sesi-sesi tidak formal antara kuasa-kuasa besar di Eropah tanpa wakil-wakil dari negeri-negeri kecil.

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]