Kleveit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Klevait (Inggeris: cleveite) ialah sejenis uraninit radioaktif tidak tulen yang mengandungi uranium dan ditemui di Norway. Ia mempunyai komposisi UO2 dengan kira-kira 10% daripada uranium digantikan dengan unsur nadir bumi.[1] Ia dinamakan sempena nama ahli kimia Sweden, Per Teodor Cleve.

Klevait merupakan sumber helium di bumi yang pertama diketahui. Mineral ini menghasilkan helium dalam jangka masa yang lama melalui pereputan alfa uranium dan mengumpulkannya di dalam mineral itu. Sampel pertama helium telah diperolehi oleh William Ramsay pada 1895 apabila beliau mengenakan asid kepada mineral ini.[2] Cleve dan Abraham Langlet berjaya mengasingkan helium daripada klevait dalam kira-kira masa yang sama.

Yttrogummite ialah satu varian klevait yang juga ditemui di Norway.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.mindat.org/min-29957.html Mindat
  2. ^ http://www.archive.org/details/becquerelraysthe00raylrich Rayleigh, Robert and John Strutt, 1904, The Becquerel rays and the properties of radium, London, E. Arnold

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.