Uraninit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Uraninit
Pitchblende schlema-alberoda.JPG
Pitchblende dari deposit Niederschlema-Alberoda, Jerman
Maklumat am
Kategori Mineral oksida
Formula kimia Uranium dioksida atau uranium(IV) oxide (UO2)
Pengecaman
Warna Hitam keluli ke hitam baldu, hitam keperangan, kelabu muda ke hijau muda; dalam cahaya dipancar, hijau muda, kuning muda ke kelabu gelap
Tabii hablur Besar, berbotrioid, berbutir. Kristal oktahedra jarang.
Sistem hablur Isometrik
Pembelahan Tidak nyata
Fraktur Konkoid ke tidak sekata
Kekerasan skala Mohs 5–6
Kilau Sublogam, bergris, pudar
Sifat-sifat optik Isotropik
Guris Hitam keperangan, kelabu, hijau buah zaitun
Graviti tentu 10.63–10.95; menurun apabila teroksida
Diafaneiti Legap; lutsinar dalam bentuk serpihan nipis
Ciri-ciri lain Radioaktif: lebih daripada 70 Bq/g
Kelainan-kelainan utama
Pitchblende Besar

Uraninit (Inggeris: uraninite) adalah mineral dan bijih radioaktif yang kaya dengan uranium dengan komposisi kimia kebanyakannya UO2, tetapi juga UO3 dan juga oksida-oksida plumbum, torium dan unsur bumi nadir. Ia biasanya dikenali dengan nama pitchblende (daripada pitch disebabkan warna hitamnya, dan blende, satu istilah yang digunakan oleh pelombong Jerman untuk menyatakan mineral-mineral yang kepadatannya mencadangkan bahawa mineral itu mengandungi logam, tetapi ketika mineral itu dinamakan, logam di dalamnya tidak boleh dikeluarkan kerana ia mustahil ataupun tidak boleh dilaksanakan secara ekonomi). Mineral ini telah diketahui sekurang-kurangnys sejak abad ke-15 dari lombong-lombong perak di Pergunungan Bijih, di sempadan Jerman/Republik Czech.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.