Unsur nadir bumi

Sebagaimana ditakrifkan oleh ("Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa– IUPAC"), unsur nadir bumi atau logam nadir bumi merupakan set tujuh belas unsur kimia dalam jadual berkala, khususnya lima belas lantanoid tambah skandium dan yttrium.[2] Skandium dan yttrium di anggap unsur nadir bumi kerana ia cenderung terhasil pada mendakan bijih yang sama seperti lantanoid dan mempamerkan ciri-ciri kimia yang sama.
Di sebalik nama mereka, unsur nadir bumi (kecuali prometium yang beradioaktif) banyak terdapat di kerak Bumi, dengan serium merupakan unsur yang ke-25 terbanyak pada 68 bahagian setiap sejuta (sama seperti tembaga). Bagaimanapun, disebabkan ciri-ciri geokimia, unsur nadir bumi biasanya tersebar dan tidak terdapat dalam bentuk terkumpul dan mudah digunakan secara ekonomi dalam kepadatan yang tinggi dengan itu dikenali sebagai galian nadir bumi.[3] Disebabkan oleh jarangnya mineral-mineral ini (sebelum ini digelar "tanah") yang membawa kepada istilah "nadir bumi". Galian seperti itu yang pertama dijumpai adalah gadolinite, sebatian kimia terdiri dari serium, yttrium, besi, silikon dan unsur lain. Galian ini digali dari lombong di kampong Ytterby di Sweden; sebagaimana kebanyakan unsur nadir bumi dinamakan sempena tempat ia dilombong.
Senarai[sunting | sunting sumber]
Satu jadual yang menyenaraikan tujuh belas unsur, nombor-nombor atom dan simbol, etimologi nama, dan penggunaan utama mereka (sila lihat Lantanida#Aplikasi teknologi) disediakan di sini. Beberapa nadir-nadir bumi dinamakan bersempena dengan nama saintis yang menjumpai atau menjelaskan sifat-sifat unsur mereka, dan bagi penemuan geografi.
Z | Simbol | Nama | Etimologi | Penggunaan pilihan |
---|---|---|---|---|
21 | Sc | Skandium | dari bahasa Latin Scandia (Scandinavia), di mana bijih nadir bumi pertama ditemui. | Aloi Aluminium-skandium ringan untuk komponen aeroangkasa, bahan tambahan dalam lampu wap merkuri.[4] |
39 | Y | Yttrium | Dari asal Ytterby, Sweden, di mana bijih nadir bumi pertama ditemui. | Laser garnet yttrium-aluminium (YAG), yttrium vanadat(YVO4) menjadi hos untuk europium TV fosfor merah superkonduktor suhu tinggi YBCO, penapis ketuhar gelombang mikro garnet yttrium besi (YIG).[4] |
57 | La | Lantanum | dari Yunani "lanthanein", bererti yang tersembunyi. | Kaca berindeks biasan tinggi, batu api, penyimpanan hidrogen, elektrod bateri, kanta kamera, pemangkin cecair pemangkin keretakan bagi kilang penapis minyak |
58 | Ce | Serium | dari nama planet kerdil Ceres. | Agen pengoksidaan kimia, serbuk menggilap, warna kuning dalam kaca dan seramik, pemangkin kepada ketuhar bersih sendiri, pemangkin cecair pemangkin keretakan bagi kilang penapis minyak |
59 | Pr | Praseodimium | dari Yunani "prasios", bererti hijau bawang perai, and "didymos", bererti kembar. | Magnet nadir bumi, laser, bahan teras untuk lampu arka karbon, pewarna dalam kaca dan enamel, bahan tambahan dalam kaca Didimium digunakan dalam gogal kimpalan,[4] produk feroserium api keluli (batu api). |
60 | Nd | Neodimium | dari bahasa Yunani "neos", bererti baru, dan "didymos", bererti kembar. | Magnet nadir bumi, laser, warna ungu dalam kaca dan seramik, kapasitor seramik |
61 | Pm | Prometium | dari Titan Prometheus, yang membawa api kepada manusia. | bateri nuklear |
62 | Sm | Samarium | dari Vasili Samarsky-Bykhovets, yang menemui bijih nadir bumi samarskite. | Magnet nadir bumi, laser, penangkapan neutron, maser |
63 | Eu | Europium | dari benua Eropah. | Fosfor merah dan biru, laser, lampu wap merkuri, ejen kelonggaran NMR |
64 | Gd | Gadolinium | dari Johan Gadolin (1760–1852), untuk menghargai usaha pencarian nadir bumi. | Magnet nadir bumi, kaca indeks biasan tinggi atau garnet, laser, tiub sinar X, memori komputer, penangkapan neutron, ejen kontras MRI, ejen kelonggaran NMR |
65 | Tb | Terbium | dari perkampungan Ytterby, Sweden. | Fosfor hijau, laser, lampu pendarfluor |
66 | Dy | Disprosium | dari bahasa Yunani "dysprositos", bererti susah untuk dapat. | Magnet nadir bumi, laser |
67 | Ho | Holmium | dari Stockholm (dalam Latin, "Holmia"), sebuah bandar dari salah seorang penemu. | Laser |
68 | Er | Erbium | dari perkampungan Ytterby, Sweden. | Laser, keluli vanadium |
69 | Tm | Tulium | dari mitologi Thule dibahagian Utara | Mesin sinar X mudah alih |
70 | Yb | Ytterbium | dari perkampungan Ytterby, Sweden. | laser inframerah , agen penurunan kimia |
71 | Lu | Lutetium | dari Lutetia, kemudian dikenali sebagai Paris. | Pengesan PET Scan, kaca indeks biasan tinggi |
Ringkasan[sunting | sunting sumber]
Singkatan berikut sering digunakan:
- RE = Nadir bumi
- REM = Logam nadir bumi
- REE = Unsur nadir bumi
- REO = Nadir bumi oksida
- LREE = Unsur nadir bumi ringan (La-Gd, Sc, and Y)
- HREE = Unsur nadir bumi berat (Tb-Lu)
Harga nadir bumi[sunting | sunting sumber]
Unsur-unsur nadir bumi tidak mempunyai pertukaran niaga yang sama caranya dengan logam berharga (sebagai contoh, emas dan perak) atau pun logam-logam bukan besi (seperti nikel, timah, tembaga, dan aluminium). Sebaliknya, mereka dijual di dalam pasaran persendirian, yang membuatkan harga mereka sukar untuk diawasi dan dijejaki. Walau bagaimanapun, harga-harga are published periodically Diarkibkan 2012-09-10 di Wayback Machine di laman-laman seperti di mineralprices.com.[5] 17 unsur-unsur biasanya tidak dijual du dakam bentuknya yang asli tetapi sebaliknya ia diedarkan di dalam campuran pelbagai ketulenan ii: Logam Neodymium ≥ 99.5%.[5] Disebabkan harga berubah-ubah berdasarkan kepada kuantiti dan kualiti yang dipinta oleh aplikasi pengguna hujung.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "News and events". US Department of Agriculture. Dicapai pada 2009-06-06.
- ^ Edited by N G Connelly and T Damhus (with R M Hartshorn and A T Hutton), penyunting (2005). Nomenclature of Inorganic Chemistry: IUPAC Recommendations 2005 (PDF). Cambridge: RSC Publ. ISBN 0-85404-438-8. Dicapai pada 2007-12-17.CS1 maint: extra text: editors list (link)
- ^ Rare Earth Elements—Critical Resources for High Technology U.S. Geological Survey, Fact Sheet 087-02
- ^ a b c C. R. Hammond, "Section 4; The Elements", in CRC Handbook of Chemistry and Physics, 89th Edition (Internet Version 2009), David R. Lide, ed., CRC Press/Taylor and Francis, Boca Raton, FL.
- ^ a b [1] Diarkibkan 2012-09-10 di Wayback Machine, Harga pasaran pada mineralprices.com.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Tabuchi, Hiroko (5 October 2010). "Japan Recycles Rare Earth Minerals From Used Electronics". The New York Times.
- Kan, Michael (7 October 2010). "Common gadgets may be affected by shortage of rare earths". New Zealand PC World Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-27. Dicapai pada 6 October 2010.
- Auslin, Michael (13 October 2010). "Japan's Rare-Earth Jolt". Wall Street Journal. Dicapai pada 13 October 2010.
- Aston, Adam (15 October 2010). "China's Rare-Earth Monopoly". Technology Review (MIT). Dicapai pada 17 October 2010.
- Hurst, Cindy (March 2010). "China's Rare Earth Elements Industry: What Can the West Learn?" (PDF). Institute for the Analysis of Global Security (IAGS). Dicapai pada 18 October 2010.
- "Rare earth industry develops outside of China". ipmd.net. 8 February 2011.
- Maywood Site Diarkibkan 2011-10-22 di Wayback Machine