Klinik Kesihatan Mentakab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Klinik Kesihatan Mentakab
Kerajaan
Geografi
Lokasi Mentakab, Pahang,  Malaysia
Organisasi
Pembiayaan Kerajaan
Jenis hospital Daerah
Perkhidmatan
Jabatan kecermasan Ya

Klinik Kesihatan Mentakab sebelum ini ialah Hospital Mentakab.[1] Ia ditukar menjadi Klinik Kesihatan Mentakab berikutan pembukaan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh siap pembinaannya pada April 2005 yang mengambil alih peranan Hospital Mentakab.

Klinik Kesihatan Mentakab telah diubahsuai dari Hospital Mentakab dengan kos RM20 juta. Ia akan berkhidmat bagi 50,000 penduduk di bandar Mentakab. Klinik Kesihatan Mentakab kini mempunyai kemudahan farmasi, pakar gigi dan bilik pengimejan selain waktu perkhidmatan dilanjutkan hingga pukul 9 malam.

Beberapa kemudahan seperti rawatan pesakit luar, klinik ibu dan anak serta makmal sedia ada turut dikekalkan bagi menampung lebih 10,000 pesakit sebulan di sekitar Mentakab.


Rujukan[sunting | sunting sumber]