Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
Kerajaan
Geografi
Lokasi Temerloh, Pahang,  Malaysia
Organisasi
Pembiayaan Kerajaan
Jenis hospital Daerah, Mengajar
Perkhidmatan
Jabatan kecermasan Ya
Pautan
Laman web Laman Web Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah terletak di bandar Temerloh, Pahang. Ia terletak di pertengahan Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuantan.

Hospital ini dibina bagi menggantikan Hospital Mentakab yang telah lama. Pembinaannya dimulakan pada Jun 2002 dan tamat pada 15 Jan 2005. Ia mula beroperasi secara berperingkat pada Mac 2006, dan kemudian dirasmikan Sultan Pahang pada (2006-03-27) 27 Mac 2006 (umur 11) bersamaan 26 Safar 1427H.

Pada peringkat awal, setelah Hospital Temerloh dibuka, Hospital Mentakab telah ditutup. Tetapi setelah mendapat rayuan dan bantahan penduduk Mentakab, Hospital Mentakab dibuka semula dengan nama Klinik Kesihatan Mentakab pada 13 Oktober 2005.

Hospital ini dibina bagi memenuhi tanggungjawab kerajaan memastikan setiap anggota masyarakat mendapat perkhidmatan kesihatan percuma dan dapat membendung penyakit berjangkit seperti taun, malaria, demam denggi, penyakit kusta dan lain-lain.

Pada 25 Januari 2005, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengizinkan pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) dan Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Seri Manjung (KKSM) menjalankan latihan amali perubatan di Hospital ini dan hospital-hospital lain.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]