Pergi ke kandungan

Kod Ur-Nammu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kod Ur-Nammu
Versi kod pertama yang diketahui di lokasinya sekarang
JenisClay tablet, undang-undang, sumber undang-undang Sunting ini di Wikidata
Bahasa asalBahasa Sumeria Sunting ini di Wikidata
Dibuatkk. 2100 BC – 2050 SM
LokasiMuzium Arkeologi Istanbul (Ni.3191)
PengarangUr-Nammu
TujuanKod undang-undang
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kod Ur-Nammu ialah kod undang-undang tertua yang diketahui sehingga kini. Ia berasal dari Mesopotamia dan ditulis pada tablet, dalam bahasa Sumeria kk. 2100–2050 SM.

Salinan pertama kod dalam dua serpihan ditemui di Nippur, diterjemahkan oleh Samuel Kramer pada tahun 1952. Serpihan ini diletak di Muzium Arkeologi Istanbul. Disebabkan sebahagiannya sahaja yang terpelihara, hanya prolog dan 5 undang-undangnya yang dapat dilihat.[1] Kramer menyatakan bahawa nasib tuah terlibat dalam penemuan tersebut.

Tablet lain seterusnya dijumpai di Ur dan diterjemahkan pada tahun 1965, yang memungkinkan sekitar 30 dari 57 undang-undang untuk disusun semula.[2] Salinan lain yang terdapat di SIppar mengandungi sedikit kelainan.[3]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]
Raja Sumeria Ur-Nammu (duduk), pencipta Kod Ur-Nammu, memberikan pemerintahan kepada Ḫašḫamer, ensi Iškun-Sin (kesan mohor silinder, sekitar 2100 SM).

Kata pengantar secara langsung memberi penghargaan kepada raja Ur-Nammu dari Ur (2112–2095 SM). Status penulis yang menulis undang-undang pada tablet kuneiform ini masih dalam perselisihan. Sebilangan sarjana mengaitkannya dengan putrea Ur-Nammu, Shulgi.[4]

Walaupun diketahui bahawa kod undang-undang sebelumnya sudah ada, seperti Kod Urukagina, kod undang-undang ini mewakili teks undang-undang paling awal yang ada. Undang-undangnya tiga abad lebih tua dari Kod Hammurabi. Undang-undang ini disusun dalam bentuk kasuistri iaitu JIKA (jenayah) MAKA (hukuman) - corak yang diikuti dalam hampir semua kod-kod yang terkemudian. Bagi sebuah kod undang-undang tertua yang masih ada dan diketahui dalam sejarah, ia dianggap sangat maju kerana mengenakan denda pampasan wang untuk kerosakan badan berbanding dengan prinsip lex talionis ('hutang darah dibayar darah') yang diguna kemudiannya dalam undang-undang Babylon. Namun, pembunuhan, rompakan, perzinaan dan rogol adalah kesalahan besar dengan hukuman mati.

Kod ini menunjukkan sekilas struktur masyarakat semasa "Renaissance Sumeri". Di bawah lugal ("lelaki hebat" atau raja), semua anggota masyarakat tergolong dalam salah satu daripada dua strata dasar: sama ada "lu" atau orang bebas, atau hamba (lelaki, arad ; geme wanita). Anak lelaki lu dipanggil dumu-nita sehingga dia berkahwin, menjadi "pemuda" (gurus). Seorang wanita (munus) dari seorang anak perempuan (dumu-mi) menjadi isteri (dam), seterusnya jika dia hidup lebih lama daripada suaminya, menjadi seorang janda (nu-ma-su), yang boleh berkahwin lagi.

Kandungan

[sunting | sunting sumber]

Prolog, yang buasa bagi kod undang-undang Mesopotamia, menyeru para dewa bagi pemerintahan Ur-Nammu, Nanna dan Utu, dan menetapkan "ekuiti dalam negeri".

Satu mina (1/60 talent) dibuat sama dengan 60 shekel (1 shekel = 8.3 gram, atau 0.3 oz.).

Undang-undang yang terselamat

[sunting | sunting sumber]

Antara undang-undang yang masih ada di tablet adalah:[5]

  • 1. Jika seorang lelaki melakukan pembunuhan, lelaki itu mesti dibunuh.
  • 2. Jika seorang lelaki melakukan rompakan, dia akan dibunuh.
  • 3. Jika seorang lelaki melakukan penculikan, dia akan dipenjarakan dan membayar 15 shekel perak.
  • 4. Jika seorang hamba mengahwini seorang hamba, dan hamba itu dibebaskan tetapi tidak boleh meninggalkan rumah tersebut.  
  • 5. Jika seorang hamba mengahwini orang asal (iaitu merdeka), dia harus menyerahkan anak sulung kepada pemiliknya.
  • 6. Jika seorang lelaki melanggar hak orang lain dan mencabul isteri dara seorang pemuda, lelaki itu akan dibunuh.
  • 7. Jika isteri seorang lelaki mengejar lelaki lain dan tidur dengannya, mereka harus membunuh wanita itu, tetapi lelaki itu akan dibebaskan. (§4 dalam beberapa terjemahan)
  • 8. Jika seorang lelaki bergerak secara paksa, dan mencabul hamba perempuan dara lelaki lain, lelaki itu mesti membayar lima shekel perak. (5)
  • 9. Jika seorang lelaki menceraikan isterinya yang pertama, dia harus membayar satu mina perak. (6)
  • 10. Jika ia (bekas) janda yang diceraikannya, dia akan membayar setengah mina perak. (7)
  • 11. Jika lelaki itu tidur dengan janda itu tanpa ada kontrak perkahwinan, dia tidak perlu membayar wang perak. (8)
  • 13. Jika seorang lelaki dituduh [ Terjemahan perkataan seterus dipertikaikan. ada yang menafsirkan sebagai Sihir...], dia mesti mengalami penghakiman air ; jika dia terbukti tidak bersalah, penuduh mesti membayar 3 shekel. (10)[6]
  • 14. Jika seorang lelaki menuduh isteri seorang lelaki lain berzina, dan penghakiman sungai membuktikan dirinya tidak bersalah, maka lelaki yang menuduhnya mesti membayar satu pertiga mina perak. (11)
  • 15. Jika calon menantu bertandang ke rumah calon bapa mentuanya, tetapi bapa mentuanya kemudian memberikan anak perempuannya kepada lelaki lain, bapa mentua harus mengembalikan kepada calon menantu dua kali jumlah hadiah pengantin yang dibawanya. (12)
  • 16. Jika [ teks dihancurkan...], dia akan menimbang dan menyerahkan kepadanya 2 shekel perak.
  • 17. Jika seorang hamba melarikan diri dari sempadan kota, dan seseorang mengembalikannya, pemiliknya harus membayar dua shekel kepada orang yang mengembalikannya. (14)
  • 18. Jika seorang lelaki mencederakan mata lelaki lain hinga tersembul, dia akan membayar ½ mina perak. (15)
  • 19. Jika seorang lelaki telah memotong kaki lelaki lain, dia harus membayar sepuluh shekel. (16)
  • 20. Jika seorang lelaki, dalam masa pergaduhan, menghancurkan anggota badan lelaki lain dengan kayu, dia akan membayar satu mina perak. (17)
  • 21. Jika seseorang memotong hidung lelaki lain dengan pisau tembaga, dia mesti membayar dua pertiga mina perak. (18)
  • 22. Jika seorang lelaki mencederakan gigi orang lain hingga tercabut, dia akan membayar dua shekel perak. (19)
  • 24. [ teks musnah... ] Jika dia tidak mempunyai hamba, dia harus membayar 10 shekel perak. Jika dia tidak mempunyai perak, dia harus memberikan barang lain yang menjadi miliknya. (21)  
  • 25. Jika seorang hamba perempuan, membandingkan dirinya dengan puan pemiliknya, berbicara dengan tidak sopan kepadanya, mulutnya akan dicuci dengan 1 kuart garam. (22)
  • 26. Jika seorang hamba perempuan memukul seseorang yang bertindak dengan kuasa puan pemiliknya, [ teks dihancurkan... ]
  • 28. Jika seorang lelaki muncul sebagai saksi, dan terbukti sebagai penipu, dia mesti membayar lima belas shekel perak. (25)
  • 29. Jika seorang lelaki muncul sebagai saksi, tetapi menarik balik sumpahnya, dia mesti membuat pembayaran, sejauh nilai dalam litigasi kes tersebut. (26)
  • 30. Jika seorang lelaki diam-diam mengusahakan ladang lelaki lain dan dia mengemukakan keluhan, ini bagaimanapun harus ditolak, dan lelaki ini akan kehilangan perbelanjaannya. (27)
  • 31. Jika seorang lelaki membanjiri ladang seorang lelaki dengan air, dia akan membayar tiga kur barli per iku ladang. (28)
  • 32. Jika seorang lelaki membiarkan ladang subur kepada orang lain untuk bercucuk tanam, tetapi dia tidak mengusahakannya, mengubahnya menjadi tandus, dia akan membayar tiga kur barli per iku ladang. (29)

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Kramer, History begins at Sumer, pp. 52–55.
  2. ^ Gurney and Kramer, "Two Fragments of Sumerian Laws," 16 Assyriological Studies, pp. 13–19
  3. ^ Frayne, Ur III Period (2112–2004 B C)" University of Toronto Press, 1997 – Foreign Language Study – 489 pages
  4. ^ Potts, D. T. (1999). The Archaeology of Elam. Cambridge University Press. m/s. 132.
  5. ^ Roth, Martha.
  6. ^ S. N. Kramer. (1954).

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Miguel Civil. "The Law Collection of Ur-Namma." in Cuneiform Royal Inscriptions and Related Texts in the Schøyen Collection, 221–286, edited by A.R. George, 2011, ISBN 9781934309339
  • S. N. Kramer. (1954). "Ur-Nammu Law Code". Orientalia, 23(1), 40.
  • Martha T. Roth. "Law Collections from Mesopotamia and Asia Minor." Writings from the Ancient World, vol. 6. Society of Biblical Literature, 1995, ISBN 0-7885-0104-6
  • Claus Wilcke. "Der Kodex Urnamma (CU): Versuch einer Rekonstruktion." Riches hidden in secret places: ancient Near Eastern studies in memory of Thorkild Jacobson, edited by Zvi Abusch, 2002, ISBN 1-57506-061-2
  • Claus Wilcke, "Gesetze in sumerischer Sprache." Studies in Sumerian Language and Literature: Festschrift für Joachim Krecher, 455–616, in particular 529–573, edited by N. Koslova et al., 2014, ISBN 978-1-57506-354-6