Penculikan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Undang-undang jenayah
Sebahagian daripada siri common law
Unsur-unsur jenayah
Actus reus  · Penyebaban  · Persetujuan
Mens rea  · Niat (jenayah)
Niat dlm undang² Inggeris  · Kesemberonoan
Kebutaan sengaja  · Kecuaian jenayah
Ignorantia juris non excusat
Liabiliti vikarius  · Liabiliti korporat
Liabiliti ketat
Kelas jenayah
Feloni/Kesalahan boleh dakwa  · Hibrid
Misdemeanur/Kesalahan perbicaraan terus
Pelanggaran
Kesalahan terangkum yang lebih ringan
Jenayah terhadap orang
Serangan  · Serangan sentuh  · Rompakan
Penculikan  · Rogol
Kacau-bilau  · Pematian orang  · Pembunuhan
Jenayah terhadap harta
Kecurian  · Larseni  · Jenayah kebakaran
Penggelapan  · Dakwaan palsu
Pemerasan  · Pemalsuan  · Jenayah komputer
Jenayah terhadap keadilan
Halangan terhadap keadilan  · Sogokan
Sumpah bohong  · Kegagalan pelaporan feloni
Jenayah inkoat
Pendorongan  · Cubaan
Konspirasi  · Peserta
Subset
Prosedur jenayah
Kategori:Pembelaan jenayah
Bidang common law yang lain
Undang-undang: Kontrak · Tort  · Harta
Wasiat dan amanah  · Bukti

Penculikan dalam undang-undang jenayah bererti mengambil seseorang tanpa kerelaan, biasanya bagi menahan tanpa kebenaran/tanpa menurut undang-undang yang sah. Ini mungkin dilakukan bagi tujuan wang tebusan atau langkah awal bagi jenayah lain, atau berkait dengan pertikaian penjagaan anak.

Culik dalam Undang-undang Awam Inggeris ("English Common Law")[sunting | sunting sumber]

Penculikan dalam Undang-undang Awam Inggeris memerlukan:

seseorang datang dan membawa bawah umur ("minor") pergi;
dengan kekerasan atau penipuan;
tanpa kerelaan orang yang dibawa; dan
tanpa alasan menurut undang-undang.

Ia adalah sukar bagi menculik tanpa melakukan penahanan palsu, yang merupakan kesalahan undang-undang awam dengan niat atau cuai ("recklessly") menahan mangsa tanpa kuasa undang-undang yang sah. Penggunaan kekerasan bagi mengambil dan menahan juga diaanggap sebagai serangan, dan kesalahan berkait juga mungkin dilakukan sebelum, semasa, dan selepas penahanan.

Bersama pembunuhan, culik merupakan jenayah besar di bawah undang-undang awam ("common law") yang masih belum disatukan menjadi ("statute").

Penculikan kanak-kanak]

Culik dan melarikan ("Kidnapping versus abduction")[sunting | sunting sumber]

Dalam terminologi undang-undang awam dalam kebanyakan perundangan (menurut Black's Law Dictionary), jenayah culik dilabel melarikan ("abduksi"), apabila mangsa adalah wanita. Dalam penggunaan moden, culik atau melarikan kanak-kanak sering-kali dipanggil melarikan kanak-kanak ("Child abduction"), terutama apabila ia dilakukan bukan bagi meminta tebusan tetapi dengan tujuan menyimpan kanak-kanak secara kekal (sering kali dalam kes keluarga kanak-kanak bercerai atau berpisah secara rasmi, di mana keluarga yang tidak memiliki penjagaan sah akan melakukan tindakan ini, juga dikenali sebagai penculikan kanak-kanak ("childnapping"). Masa kini, istilah ini tidak lagi terhad kepada kes mangsa kanak-kanak.

Melarikan kanak-kanak boleh merujuk kepada kanak-kanak diambil tanpa kebenaran ibubapa, tetapi dengan suka rela oleh kanak-kanak.Di England dan Wales, ia merupakan melarikan anak-anak bagi mengambil seseorang yang berusia di bawah 16 tanpa kebenaran ibu bapa.

Penculikan di Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Pusat Maklumat Jenayah Kebangsaan ("National Crime Information Center") mengekalkan daftar orang hilang, dan mengelaskan mereka menurut kategori. Pada 2008, terdapat 778,161 laporan orang hilang dilog pada sistem mereka, dari mana 745,088 akhirnya dikeluarkan. Dari yang dilaporkan hilang, 87,497 telah disenaraikan berada dalam bahaya fizikal, dan 20,562 disenaraikan sebagai hilang tanpa kerelaan.[1]

Daripada 589,761 remaja dilaporkan hilang pada 2008, 13,046 di anggap berada dalam bahaya fizikal. Dari jumlah tersebut, 6,094 dianggap hilang tanpa kerelaan. Sungguhpun FBI tidak mengekalkan statistik rasmi bagi jenayah penculikan, menganggap mereka yang diketahui atau dianggap diculik berlaku dalam kategori tanpa "kerelaan".[2]

Oleh kerana Amerika Syarikat dianggarkan memiliki penduduk sekitar 304 juta orang [3], jika 20,561 orang dilaporkan diculik pada 2008, ia berjumlah kadar penculikan pada kadar 6.7 setiap 100,000 orang; kerana Amerika Syarikat dianggar memiliki penduduk sekitar 74 juta orang berusia di bawah 18 tahun [4], ia menunjukkan kadar penculikan dikalangan 18 tahun pada 8.2 setiap 100,000.

Bentuk penculikan[sunting | sunting sumber]

  • Penculikan pengantin adalah istilah yang digunakan secara bebas, merangkumi sebarang pengantin yang 'cilarikan' tanpa kehendak keluarganya, sungguhpun pengantin wanita sanggup mengahwini 'penculik'. Ia merupakan tradisi dikalangan sesetengah kaum nomad di Asia Tengah. Terdapat peningkatan di Kyrgystan sejak kejatuhan Soviet Union dan berikutan terhakisnya hak wanita.[5]
  • Penculikan Harimau ("Tiger kidnapping") merujuk kepada pengambilan tebusan bagi memaksa orang tersayang atau berkait dengan mangsa melakukan sesuatu, contoh. kanak-kanak diambil bagi memaksa pekedai membuka peti besi. Istilah ini berasal dari pemantauan awal, sebagaimana harimau memburu.

Penculikan masa kini[sunting | sunting sumber]

Penculikan bagi tebusan adalah perkara biasa dipelbagai bahagian dunia masa kini, dan sesetengah bandar dan negara sering digambarkan sebagai "Ibunegara Penculikan Dunia." Pada 2007, gelaran itu kepunyaan Baghdad.[6] Pada 2004, ia adalah Mexico,[7] dan pada 2001 ia adalah Colombia.[8] Haiti juga mengalami eningkatan penculikan sejak beberapa tahun lalu, sebagaimana sebahagian tertentu Afrika.

Dimasa lalu, dan kini disesetengah bahagian dunia (seperti selatan Sudan), penculikan adalah cara biasa bagi mendapatkan hamba dan wang melalui tebusan. Pada masa baru-baru ini, penculikan dalam bentuk "shanghai" atau "Impressment" di mana orang diculik sebagai kelasi kapal dagang pada awal abad ke-19 sebagai pelaut, yang undang-undang anggap buruh tidak bebas ("unfree labour".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Federal Bureau of Investigation "NCIC Missing Person and Unidentified Person Statistics for 2008" available at http://www.fbi.gov/hq/cjisd/missingpersons2008.htm
  2. ^ Federal Bureau of Investigation "NCIC Missing Person and Unidentified Person Statistics for 2008" available at http://www.fbi.gov/hq/cjisd/missingpersons2008.htm
  3. ^ World Fact Book: The United States, available at https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/print/us.html Diarkibkan 2007-10-09 di Wayback Machine
  4. ^ U.S. Census "State & County Quick Facts" available at http://quickfacts.census.gov/qfd/states/00000.html Diarkibkan 2001-03-10 di Wayback Machine
  5. ^ 'Bride Kidnapping' - a Channel 4 documentary
  6. ^ http://www.counterpunch.org/cockburn09302004.html Counterpunch.org
  7. ^ http://www.highbeam.com/doc/1P2-1873798.html Diarkibkan 2007-05-24 di Wayback Machine Highbeam.com
  8. ^ http://news.bbc.co.uk/2/hi/americas/1410316.stm news.bbc.co.uk BBC News

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Damien Lewis; Mende Nazer (2003). Slave. New York: Public Affairs. m/s. 368. ISBN 1-58648-212-2.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Jenis jenayah