Kokarde

Kokarde (disebut [ko.kar.dĕ] pinjaman bahasa Belanda,[1] bahasa Inggeris: cockade ) merupakan hiasan simpulan reben atau bahan seumpama yang dipakaikan sebagai hiasan pada topi. Ia pernah lazim di Eropah sebagai menandakan kesetiaan atau pangkat diri lagi-lagi dalam keadaan berpakaian seragam semasa berperang pada abad-abad ke-18 dan 19.[2][3]
Apabila Perancis mula membina bala tentera udaranya sendiri, pesawat-pesawat angkatan tentera ini telah menerapkan rekaan simpulan kokarde negara sendiri pada badan pesawat, peletakkan ini turut ditiru negara-negara lain semasa meletusnya Perang Dunia Pertama sehingga akhirnya dilazimkan sebagai lambang pengenalan pasukan udara masing-masing.
Galeri contoh[sunting | sunting sumber]
-
Kokarde kebangsaan Perancis (Cocarde nationale française)
-
Kokarde Itali (Coccarda tricolore) - ia lazim disematkan oleh pasukan bola sepak yang memenangi Coppa Italia.
-
Kokarde Argentina (Escarapela argentina)
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ van der Sijs, Nicoline (2010). "kokarde". Nederlandse woorden wereldwijd. Den Haag: SDU Uitgevers. ISBN 9789012582148.
- ^ Maxwell, A. (2014). Patriots Against Fashion: Clothing and Nationalism in Europe’s Age of Revolutions. Palgrave Macmillan UK. ISBN 9781137277145. Dicapai pada 5 Mac 2017.
- ^ Newman, S.P. (2010). Parades and the Politics of the Street: Festive Culture in the Early American Republic. University of Pennsylvania Press, Incorporated. m/s. 161. ISBN 9780812200478. Dicapai pada 5 Mac 2017.