Kolam Air Panas Tok Bok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

[1]Kolam Air Panas ini terletak di Kampong Rengas,Labok lebih kurang 20 kilometer dari Bandar Machang.Ia berhampiran dengan jalan Mukim Tok Bok ke Selising,Pasir Puteh,tahap kepanasannya amat tinggi dan berbeza dengan kolam-kolam air panas lain yang terdapat di negeri Kelantan,kawasannya dikelilingi kehijauan pokok-pokok dan sawah padi.

Majlis Daerah Machang,kini dalam usaha menaik taraf dan penambah baikan kemudahan awam serta mencantikan lanskap dikawasan Kolam Air Panas bagi memberikan keselesaan kepada para pengunjung,disamping itu juga,ianya bertujuan menarik para pelancong datang ke Daerah Machang,berikut merupakan sedikit catatan sejarah dan pemilik asal Kolam Air Panas Tok Bok ini.

Pemilik Asal Kolam Air Panas Tok Bok adalah Haji Mohd Taib Bin Haji Ibrahim,beliau merupakan seorang Penggawa daerah labok,beliau mula memajukan tapak Kolam Air Panas ini seawal tahun 1950 sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1962,pada asalnya kawasan kolam air panas ini merupakan kawasan sawah padi.

Sebuah telaga dan dua buah kolam dikenal pasti pada peringkat awal penemuannya,Kos sejumlah RM9000 telah diperuntukkan dan dibelanjakan oleh beliau bagi menimbun tanah di kawasan kolam air panas ini,Haji Mohd Taib Bin Haji Ibrahim telah membina sebuah rumah kayu yang tinggi dan dibawahnya beliau memelihara 5 ekor kuda bagi untuk disewakan kepada para pengunjung yang datang ke Kolam air panas ini,kadar bayaran sewaan kuda yang ditetapkan oleh beliau pada ketika itu adalah sebanyak RM0.20 sen.

Beliau juga telah membina pelbagai kemudahan asas seperti rumah tumpangan,surau,tandas dan kedai bagi memenuhi keperluan dan kemudahan bagi para pengunjung yang datang mengunjungi ke kolam air panas ini,bayaran masuk yang ditetapkan oleh Haji Mohd Taib Bin Haji Ibrahim pada ketika itu adalah sebanyak RM0.50 sen bagi setiap pengunjung,pengunjung yang datang ke kolam air panas ini adalah terdiri daripada golongan mereka yang menghidapi penyakit kulit dan strok bagi mendapatkan rawatan selain daripada pengunjung-pengunjung yang biasa,dengan izin Allah SWT,sebahagian besar pengunjung yang telah datang mengunjungi ke kolam ini terutamanya mereka yang menghidapi penyakit seperti yang telah dinyatakan tadi dikhabarkan telah sembuh dangan izin yang maha esa,pihak kerajaan tempatan telah mengambil alih tempat ini darinya seawal tahun 1980 sehinggalah hari ini.