Selising

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pekan Selising merupakan sebuah pekan yang terletak dalam jajahan Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia. Pekan Selising dilengkapi dengan Balai Polis, Pejabat Pos, Pusat Kesihatan, Stesen Minyak, Masjid, KADA, Padang Bola. Pekan Selising sebagai pusat perhentian/persimpangan Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu dan juga dari Pekan Kok Lanas.

Secara keseluruhannya., Selising adalah sebuah pekan Melayu yang terletak diantara Kota Bharu dan Pasir Puteh. Namun, dari segiu sejarah pekan Selising telah menjadi satu tempat tumpuan kaum Cina sejak sebelum Perang Dunia ke 2 lagi. Antara Kota Bharu dan Pasir Puteh, selain dari Peringat, Melor (lebih dari 10 keluarga), Danan (2 keluarga), Bukit Abal (2 keluarga ) , Padang Pak Mat dan Kg Kelubi, Selising juga menjadi tumpuan beberapa peniaga kecil Cina yang turut menyumbangkan perkhidmatan kedai runcit, kedai basikal dan tayar basikal, kedai getah, kedai emas , kedai kopi , kedai jahit, dan juga kedai jualan pakaian dan kasut. Walaupun ia pekan kecil, tetapi secara asasnya pekan ini menyediakan bekalan keperluan harian yang mencukupi.

Selising menjadi pusat tumpuan orang kampong berdekatan temasok Kedai Menanti, Bukit Jawa, Banir Belikong, Alor Hijau, Lepah, Banggol, Bukit Bidan, Bukit Merbau dan lain-lain. Namun sejak tahun 1990an kemajuan ekonomi dan pembangunan jalanraya serta kebolehan memiliki kenderaan sendiri dikalangan penduduk berdekatan telah telah mengurangkan peranan Selising sebagai pekan utam di kawasan ini. Padang bola yang luas ditengah pekan ini bukan sahaja merupakan "green lung" kepada pekan ini, malah padang bola ini telah banyak meyumbang kepada perkembangan warisan tradisi serta pusat utama kerajaan menyampaikan berita dan laporan kemajuan semasa. Pekan Selising adalah antara tempat yang terunggul bagi persembahan berdikir barat , wayang kulit dan juga perlawanan bola sepak.

Apa bila wayang kulit, mak yong atau berdikir barat diadakan, orang kampong dari beberapa kampong berkedakatan akan berpusu -pusu ke padang boleh untuk menyaksikan persembahan ini. Pada zaman 1960 an, apa bila penganjur dikir barat atau wayang kulit mahu mengadakan persembahan tersebut, padang ini akan dipagarkan dengan plastik putih dan orang ramai perlu bayar tiket untuk menyaksikan berdikir barat dan wayang kulit. Tak kurang juga penjaja-penjaja yang menjual kacang putih, kuih-kuih, minuman dan lain-lain akan membina gerai-gerai sementara mereka semasa persembahan ini diadakan.

Berdikir barat lazimnya diadakan selepas musim menuai padi. Pada masa itu, padi hanya dituai setahun sekali. Petani yang habis musim padi akan mengadakan dikir barat, main gasing, main wau bulan dan lain-lain aktiviti termasok melaga ikan sepilar. Kadang kala, tukang karut dikir barat dari Selatan Thailand juga turut dijemput. Dahulu, orang Kelantan merujk Selatan Thailand sebagai "barat". Orang Kelantan akan pergi ke Kedah melalui "barat" ia itu selatan Thailand untuk membantu petani Kedah menuai padi. Sejarah Thailand menyatakan wayang kulit dan dikir barat berasal dari jajahan Pathalung, is itu jajahan sawah padi lebih kurang 80 km utara kepada Hatyai. Ini mungkin benar kerana nama dikir barat merujuk kepada "barat" ia itu Selatan Thai.

Walaupun pun elektrik masih belum ada pada tahun 1950 an dan awal 1960 an, orang ramai tetap datang. Pelita ayam , lilin dan juga lampu-lampu pam minyak tanah turut digunakan untuk mencerahkan padang ini. Apabila adanya bulb lampu, penjana elektrik (generator) petrol telah digunakan untuk menjana elekrtik untuk mencerahkan padang ini. Suasana dipadang begitu menjadi meriah seperti berpesta.

Padang Selising ini juga digunakan oleh Jabatan Penerangan untuk menunjukkan wayang gambar percuma. Kain layar putih akan di dirikan ditengah-tengah padang dan sebelah malam, van dari Jabatan Penerangan akan menayangkan gambar-gambar. Bagi orang kampong masa itu yang belum mempunyai TV, inilah hiburan yang terbaik bagi mereka. Mereka akan keluar beramai-ramai dan membawa tikar bersama mereka sebagai alas duduk. Lazimnya, sebelum tayangan gambar, Jabatan Penerangan akan tayangkan filem-filem gambar mengenai pembangunan atau propaganda kerajaan. Antara filem yang paling di gemari masa itu ialah filem P Ramlee, Jin Shamsuddin, Saadiah dan Soloma. Namun, ini sudah tidak lagi dilakukan sejak akhir tahun 1970 an apabila TV berwarna telah menjadi satu perkara biasa dikalangan masyarakat. Wayang kulit dan dikir barat hampir pupus masa itu sebab orang ramai tidak lagi berminat dengan jenis hiburan ini. Boria yang disiar dalam TV lebih menarik minat orang ramai dari dikir barat.

Pada tahun 1950 an, terdapat satu kebakaran besar yang memusnahkan berderetan rumah dan rumah kedai di pekan ini. Maka, pada masa itu Urban Development Authority (UDA) telah membina berpuluh puluh unit rumah kedai yang berjenis rumah kedai papan yang menjadi asas pekan Selising yang sedia ada. Mangsa-mangsa kebakaran tersebut telah diberi peluang untuk mencabut undi lot-lot yang dibina. Tetapi rumah-rumah kedai ini bukan diberi percuma, mangsa-mangsa kebakaran tersebut dan juga lain-lain penduduk perlu membayar harga rumahkedai baru tersebut secara ansuran berpuluh tahun. Rumah-rumah kedai tersebut masih digunakan sehingga hari ini walaupun beberapa rumahkedai papan tersebut telah diroboh dan dibina semula dengan konkrit.

Selising, dari segi tempat hiburan yang sihat boleh dianggapkan lebih maju dari kebanyakan kampong dan pekan lain pada zaman 1960 an kerana pekan ini mempunyai satu panggung wayang yang dikenali sebagai Panggong Kiew. Ia dinamakan sempena nama tuan panggong ini yang bernama Kiew (nama sebenar Koh Boon Chiew –arwah yang sudah meninggal berpuluh tahun dulu). Kita tidak dapat tahu secara tepatnya mulai tahun berapakah Selising mempunyai panggung wayang gambar.

Panggung ini tidak menayangkan gambar setiap hari. Ia hanya ditayang gambar jika ada gambar yang baik. Gambar-gambar yang ditayangkan lazimnya gambar Hindi dan gambar Melayu. Antara gambar Hindi yang sohor masa itu ialah Sangam dan Bobi, bintang filem Hindi seperti Asha Paresh, Sashi Kapoor dan Raj Kapoor mempunyai ramai peminatnya. Panggung Kiew akan hantar lorinya yang dilengkapkan dengan banner gambar serta alat pembesar suara meronda ke kampong -kampong memberi tahu orang ramai mengenai gambar yang akan ditayangkan.

Panggung ini juga akan edarkan "circular" yang disebut "sekelar" oleh orang tempatan mengenai cerita serta gambar pelakun utama filem yang akan ditayangkan. Pelakun utama ini lazimnya dikenali sebagai “kepala cerita”. Itulah cara orang kampong diberitahu mengenai filem yang bakal di tayangkan. Harge tiket pada tahun 1960 hanya 20 sen seorang.

Panggung ini , walau pun di pagar, tetapi adalah jenis "open air" kerana tiada bumbung. Satu amalan yang unik yang diamalkan oleh panggung Kiew ini ialah, jika ia hujan semasa tayangan gambar, tayangan gambar akan dihentikan dan penuntun-penuntun yang simpan kaki tiket boleh datang balik hari keesokan untuk tengok filem itu sekali lagi tanpa perlu bayaran lagi. Bangku duduk adalah bangku papan . Menuntun filem dipanggung ini adalah menarik kerana setiap tumbukan pelakun utama keatas watak antagonis akan diikuti dengan sorakan besar. Begitu juga jika pelakun wanita dicium , sorakan akan berkumandang dalam panggung. Walau pun ringkas kemudahan panggung ini, menonton wayang dalam panggung yang serba ringkas ini adalah mencukupi untuk memberi hiburan kepada orang kampong masa itu. Pada tahun 1950 an, sebuah sekolah rendah Cina yang bernama Sekolah Jiao Kwang di pekan ini terpaksa di tutup kerana tidak cukup pelajar Cina di kampong ini. Tapak asalnya sekarang terdapat antara jalan utama dan belakang klinik Selising. Selepas itu, Sekolah Kebangsaan Rendah Bukit Jawa dibina lebih kurang dalam akhir 1960an atau awal tahun 1970an dan ia diikuti dengan Sekolah Menengah Bukit Jawa.


Agama[sunting | sunting sumber]

Penduduk Selising terdiri daripada 95% adalah kaum Melayu Muslim.Selebih nya golongan Cina, Siam dan Muslim keturuan Pakistan.Sebuah masjid utama dibina dekat padang dan klinik Selising.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Suatu ketika dahulu, terdapat 3 pusat pengajian sistem pondok:

  • 1. Pondok Tok Guru Haji Daud (Bapa kepada Datuk Hj Shahir Bekas Imam Besar Masjid Negara).
  • 2. Pondok Haji Zakaria (Pak Ngah Ya)
  • 3. Pondok Tok Guru Haji Mohamad (Pakcu Aji Mat) Surau beliau diberi nama Madrasah Khairiah. Sekarang sudah dinaik taraf kepada Masjid Khairiah.

Imam 1 Masjid Mukim Selising ialah Zain Ariff (Yamin) menantu kepada Al-Marhum Tok Guru Haji Mohamad.

Pada zaman 1940an hingga 1950an, terdapat sebuah sekolah Cina yang bernama Sekolah Jiao Kwang di Selising. Tetapi sekolah ini ditutup kerana tak cukup pelajar. Pelajar Cina dari Selising kemudiannya dihantar ke Sekolah Kai Chih di Pasir Puteh.


Mitos asal nama[sunting | sunting sumber]

Nama kampung ini diambil sempena nama sebuah pokok yang dikenali sebagai "Pohon Selising" yang terdapat banyak di kampung ini pada suatu masa dahulu. Mengikut seorang pendudukan bernama Mek Pit(Puan Wee Kui Gut, umur 90 tahun pada 2013 ia ituisteri kepada arwah Pak Ya yang tinggal di rumah No. 1470, Selsing) daun Selising di gunakan sebagai bahan membuat tikar oleh orang tempatan pada masa itu. Tetapi jenis tumbuhan ini sudah lama tidak kelihatan di pekan ini lagi.

Berdekatan dengan Pekan Selising terdapat sebuah bukit kecil yang bernama Bukit Jawa. Di Bukit Jawa, terdapat sebuah gua gelap yang pada suatu ketika dulu dikaitkan dengan Puteri Saadong. Mitos Puteri Saadong yang dikatakan menetap di Bukit Marak di Daerah Bachok telah menjadikan Bukit Jawa sebagai tempat penginapan nya. Dalam gua ini, dikatakan terdapat pinggang mangkuk yang disimpan oleh penjaga Puteri Saadong. Apabila mahu mengadakan kenduri, orang kampong akan pergi ke gua ini unutk meminjam pinggang mangkuk dari Puteri Saadong. Tetapi,apabila orang kampong tidak kembalikan apa yang dipinjam, Puteri Saadong kecewa dengan perangai orang kampong dan terus tinggalkan gua ini.

Kini, gua ini dipenuhi dengan najis kelawar dan amat licin dan berbahaya. Bau amonia dari najis kelawar ini amat tidak menyenangkan dan gua ini gelap gulita. Terdapat satu batu besar yang akan rata dalam gua ini. Orang kata itulah tempat tidur Puteri Saadong. Bagi yang berminat, tanyalah orang kampong di Bukit Jawa untuk menunjukan jalan masuk ke gua ini.

Disarankan pihak kerajaan tempatan mengguna penuh kesempatan gua ini sebagai tempat peranginan pelancong tempatan.

Politik[sunting | sunting sumber]

Masyarakat[sunting | sunting sumber]

Rata-rata masyarakat Selising adalah mesra dan saling hormat menghormati dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Mungkin kesan dari sejarah pendidikan awal suatu ketika dahulu yang telah terpimpin oleh 3 orang ulama yang benar-benar cintakan keamanan dan keharmonian.

Peristiwa 13 Mei 1969 lansung tidak memberi sebarang kesan atau menjejas perhubungan kaum di Selising atau mana mana bahagian keseluruhan negeri Kelantan. Ini menunjukkan keeratan antara kaum dan kematangan orang tempatan dari segi perhubungan ras.

Penduduk kampong Melayu di sini lebih suka tinggal dirumah-rumah mereka di kampong. Tetapi hasil kebakaran besar pada tahun 1950an tersebut, satu bentuk pekan yang lebih teratur mula terbentuk dengan terbina nya rumah kedai yang menjadi tapak asas pekan Selising dewasa ini.

Satu pasar yang dianggapkan besar masa itu dibina ditengah-tengah dan ia dipanggil "merket" (ia itu market dalam Bahasa Inggeris). Merket inilah menjadi pusat komersial utama di Selising di mana gerai-gerai nasi berlauk, daging, ikan, ayam , sayur dan buah-buahan memenuhi merket ini.

Ruang kosong ditepi Merket Selising ini juga menjadi tumpuan orang-orang yang menjual ubat, saudagar keturunan Pakistan yang menjual kain dan juga penjaja yang menjual selipar dan kasut getah dalam tahun 1960-1970an. Malah. Wakli Pos Selising masa itu lebih suka menggunakan “Market Square” untuk merujuk kepada rumah-rumah kedai yang mengeliling pasar tersebut.

Hasil dari interaksi antara kaum Cina dengan masyarakat Melayu tempatan yang erat, penduduk Cina di kampong ini juga mempunyai nama gelaran Melayu yang unik. Antaranya, taukeh panggung dipanggil "Kiew" atau "Q" (nama sebenar Koh Boon Chiew), beberapa taukeh getah yang dipanggil "Pak Wee"( nama sebenar Lua Eng Nui), "Taukeh Cabang " kerana dia mempunyai 6 jari dan satunya bercabang (Nama sebenarnya Lua Kho Phai-bapa kepada Dr Lua Hock Bue , Klinik Lua di Kota Bharu), Taukeh Kerani (nama sebenar Lua Boon Khe) ia itu kedai getah disebelah panggung Kiew. Namun, kebanyakan dari mereka ini sudah tiada lagi.

Begitu juga dengan lain-lain penduduk Cina ia itu Taukeh Tee atau "T" kedai basikal, Taukeh Naga ( bapa kepada Tan Poh Boo dan Cikgu Besar Ehna) kerana tuan nya mempunyai tatoo bentuk naga dibahunya , Pak Ya (nama sebenar Lua Kiat Siaw, bapa kepada 3 peguam iaitu Lua Kok Hiyong dan Lua Kok Tin dari Tetuan Lua & Mansor, Kota Bharu dan Lua Ai Siew dari Tetuan Soo Thien Ming & Nasrah Kuala Lumpur), Tukang ( taukeh kedai emas ia itu bapa kepada En Lee Lai Fatt, atau Ah Pat Tongek), Ubi (tukang gigi, ia itu bapa kepada seorang guru yang mengajar di Sek.Men Bukit Jawa Cikgu Lee Yong Hwa), Siput (kedai runcit), Pulut (kedai gambar), Bujang kedai kopi (nama sebenar Lee Tong Yang), Yacob (anak Taukeh Tee, kedai basikal), Yu , taukeh basikal dan ramai lagi. Lain-lain watak yang masih tinggal disana ialah antaranya Kojin (*lua Kok Jin), Siput dan Epoi (Tukang mas). Mandor Cina yang menjaga kebun getah di Bukit Bidan (sekarang ini sebahagian telah di ambil oleh kerajaan untuk dibina sekolah ) masa itu dipanggil Tok Mandor Sahak (Ishak)dan adiknya dipanggil Cik Su . Jalan ke kebun tersebut ia itu Jalan Tok Mandor Ishak diberi sempena namanya. Namun, kebanyakan dari mereka sudah meninggal dunia dan dewasa ini, hanya lebih kurang 12 keluarga Cina yang masih menetap di pekan ini.

Kaum Muslim yang terdiri dari keturunan Pakistan juga agak ramai. Lebih kurang adalah 3-4 keluarga. Mereka juga mempunyai kedai-kedai runcit. Tetapi ramai daripada ahli keluarga mereka ini juga sudah berhijrah dan menetap ditempat lain.

Orang Melayu pada zaman 1950 an hingga awal 1970 tidak ada yang membuka kedai runcit. Mereka lebih tumpu kepada kedai "merpati" dan kedai makanan seperti menjual nasi berlauk, roti canai dan masakan. Tahun 1960 terdapat satu kedai merpati kepunyaan Haji Mamat Toso ditepi pasar yang menjadi tumpuan orang kampong masa itu. Harga teh secawan hanyalah 10 sen masa itu. Harga gula ialah 30 sen sekati.

Antara tukang gunting di kampoung ini pada zaman 1960an dan awal 1970an ialah arwah Ali Kukang. Ali Kukang ini menjadi sohor selepas beliau bertumbuk dengan seorang bernama Haji Manaf (arwah) pada tahun awal 1970an. Ali Kukang mengejar Haji Manaf denngan niat menikamnya dari pasar Selising hingga ke padang Seising pada masa itu tetapi tidak ada peristiwa berdarah berlaku. Peristiwa ini menjadi berita sensasi dalam kapong ini pada masa itu.

Terdapat seorang tukang jahit Melayu yang bernama Pak Harun mempunyai kedai jahitnya sendiri di pekan ini. Tetapi masok tahun pertengahan 1970an, MARA telah mendirikan banyak rumah kedai dan kaum Melayu mulai aktif berniaga. Kini, majoriti kedai perniagaan dan lain-lain kedai di Pekan Selisisng telah dioperasi oleh kaum Melayu yang berjaya.


Jalan[sunting | sunting sumber]

Pekan Selsing berada 18 batu atau hampir 29 km selatan dari Kota Bharu. Dari Selsing ke Paisr Puteh, jaraknya 8 batu atau lebih kurang 13 km. Pada tahun 1960an, jalan dari Selising ke Kok Lanas masih belum di turap dengan tar. Api eletrik hanya dipasang pada lebih kurang tahun 1965. TV warna hitam putih pertama dan peti sejuk dipunyai oleh keluarga Pak Wee (taukeh getah) pada lebih kurang tahun 1966 dan rumahnya dipenuhi oleh orang kampong bila ada gambar P Ramlee ditayangkan dalam TV. Programe " The Three Stooges" , Lesie (Cerita Anjing), The Ring Ting Ring cerita koboi, cerita kartun Gigantor, Ultraman dan cerita sensasi the Zorro dan the Lone Ranger merupakan program kegemaran orang tempatan. Rumah Pak Wee akan menjadi mini theater untuk orang ramai tak kira bangsa masa itu.Dipercaytai rumah Pak Wee juga adalah rumah yang poertama dipasang dengan kipas elektrik pada masa itu.

Jalan dari Alor Hijau ke Bukit Bidan dan Bukit Merbau hampir tak boleh diakses oleh kereta pada tahun 1960 apabuila masok musim hujan. Selut atau tanah dijalan menjadi basah dan lembut. Tanah yang lembut itu kadang kala setebal 4-6 inci. Masa itu, dipekan Selisisng wujudnya perkhimatan motosikal yang membawa pelanggan dari Banggol Pak Esah, Lepah, Berangan dan Bukit Merbau ke Pekan Selising . Di musim hujan , pelanggan ini perlu bawa satu set pakaian untuk ditukar selepas tiba di pekan Selising kerana selut dan tanah akan terlekat dipakaian mereka semasa mereka dibawa keluar dengan motorsikal tersebut. Perjalanan dari Bukit Merbau ke Pekan Selising yang hanya beberapa km pada masa itu memerlukan masa berjam dengan motorsikal.

Kini, jalan dari pekan Selising ke Kok Lanas, jalan dari Pekan Selising -Alor Hijau- Lepah, Banggol Pak Esah- Bukit Abal telah di turap dengan jalan tar. Malah, mulai tahun 2011 satu lampu isyarat (traffic light) telah dipasang di dicabang depan Balai Polis Selising untuk mengawal lalulintas kenderaan yang bertambah di Pekan ini.

Pembangunan pesat di Bukit Bidan juga bermula selepas kerajaan mengambil tanah kebun China kepunyaan adik beradik Wee Tiang Peck dan Wee Tiang Kiang dan membina sebuah sekokah baru di sana. Tuan tanah didepan sekolah tersbeut juga telah membina rumah-rumah jenis bungalow sebelum sekolah baru tersbeut di bina. Jalan dari Alor Hijau ke Bukit TAnah juga sudah lama diturap.