Kolam balak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolam balak

Kolam balak ialah tasik atau takungan semula jadi yang kecil. Kolam balak digunakan untuk menyimpan kayu balak yang bakal digunakan di kilang papan untuk proses pengilangan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kilang papan berjentera terawal dalam revolusi perindustrian tercatat sejarah, telah dibina di atas permukaan sungai yang boleh dilayari, tasik ataupun muara sungai– di mana kayu balak itu boleh diapungkan menuju ke kilang papan atau menuju ke pasar. Kayu balak itu diletakkan di dalam kapal atau tongkang sebelum dipasarkan. Kilang papan wap awal merangkumi takal terisula, untuk mengangkat kayu balak keluar daripada genangan air ke gerabak-gerabak yang menggerakkan kayu balak ke gergaji berkuasa pegun untuk tujuan pemotongan dan lain-lain. Seorang lelaki boleh menolak kayu balak yang terapung dengan mudah ke suatu titik kedudukan yang terdapat takal terisula, yang di mana kayu balak itu akan diangkat menggunakan takal terisula tersebut. Kawasan hutan yang jauh daripada sumber air boleh dicapai dengan mudah dengan pembangunan landasan kereta api. Kilang papan yang bersebelahan dengan kawasan perairan yang boleh dilayari, dikenai sebagai kilang papan kargo (cargo mill). Ia berbeza dengan kilang rel dalaman yang hanya bergantung kepada pengangkutan kereta api yang mengangkut kayu balak dan kayu.[1]

Pengalihan kayu balak telah menggunakan traktor apabila traktor itu telah dijana oleh enjin pembakaran dalaman yang cukup kuat. Kolam balak masih diperlukan kerana untuk memudahkan pergerakan kayu balak dari pusat simpanan ke taka terisula kilang papan. Penyimpanan kayu balak dalam air mempunyai kelebihan tambahan seperti mengurangkan risiko terjadinya kebakaran, membersihkan kekotoran dan tanah yang menempel di kulit kayu yang di mana akan menyebabkan ketumpulan di gigi gergaji, dan mengelakan rekahan kayu balak yang berkemungkinan terjadi akibat kering sebelum dipotong. Kilang kayu kargo kebiasaannya menggunakan sistem benteng balak yang terapung. Benteng balak bertujuan untuk menyimpan kayu balak dari proses penghantaran ke pengilangan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan
  1. ^ a b Oakleaf pp.8,12&17
Karya dipetik
  • Carranco, Lynwood Redwood Lumber Industry Golden West Books, San Marino, California (1982) ISBN 0-87095-084-3
  • Oakleaf, H.B. Lumber Manufacture in the Douglas Fir Region Commercial Journal Company, Chicago