Kolej Cyberjaya Kota Kinabalu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kolej Cyberjaya Kota Kinabalu (bahasa inggeris: Cyberjaya College Kota Kinabalu; atau dahulu dikenali sebagai Asia Metropolitan College Kota Kinabalu[1][2]) ialah sebuah kolej gabungan dibawah Universiti Cyberjaya (UoC), merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi swasta di Malaysia.

Kolej Cyberjaya Kota Kinabalu
Cyberjaya College Kota Kinabalu (CCKK)
Nama lama
Asia Metropolitan College Kota Kinabalu
Ketua eksekutifKristy Ng Sze Nee
JenisSwasta
Ditubuhkan pada2008
PenggabunganAnak syarikat milik Minda Global Group Berhad[3]
Penggabungan akademik
Universiti Cyberjaya
Ketua akademikJoanna Fu
Lokasi
Ahli lembaga penasihatProfessor Subramaniam Amamalay, Dato’ Hj Abd Rashid Bin Hj Mohd Shariff
Warna             Ungu, Magenta, Putih
Laman sesawangwww.kk.cyberjaya.edu.my
Cyberjaya College Kota Kinabalu

Kolej Cyberjaya Kota Kinabalu[4] telah ditubuhkan sejak 2008 dan merupakan kolej gabungan Universiti Cyberjaya. Kolej ini mengkhusus dalam program sains kesihatan seperti Kejururawatan, Farmasi, Fisioterapi, Penjagaan Kesihatan dan Psikologi. Kolej ini juga mempunyai program tertumpu dalam Pengajian Perniagaan serta pengajian Asasi.

Kolej ini telah menjadi salah satu institusi kolej swasta terbesar di Plaza Juta, Likas. Bangunan utamanya telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman pada 2hb Februari 2010. Kampus ini dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan moden dan makmal terkini untuk pendidikan berkualiti dan pengalaman pelajar.

Anugerah Institusi[sunting | sunting sumber]

Very Competitive 5-Star Rating

Mendapat penarafan 5 Bintang Sangat Kompetitif bagi tahun 2018/2019 di bawah kategori berasaskan Kolej oleh Kementerian Pengajian Tinggi.


Excellent 5-Star Rating

Mendapat penarafan 5 Bintang Cemerlang bagi tahun 2018/2019 di bawah kategori Berasaskan Kluster (Kesihatan & Kebajikan) oleh Kementerian Pengajian Tinggi.[5]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Privacy Policy". Cyberjaya College Kota Kinabalu (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-26.
  2. ^ "Kolej Cyberjaya Kota Kinabalu (Nama Lama : Kolej Asia Metropolitan Kota Kinabalu)". www2.mqa.gov.my. Dicapai pada 2023-09-27.
  3. ^ "Minda Global Group Bhd". Minda Global (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-26.
  4. ^ "Background". Cyberjaya College Kota Kinabalu (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-26.
  5. ^ "Awards & Achievements". Cyberjaya College Kota Kinabalu (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-27.