Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Jalan Bunga Tanjong 2, Tanjung Lobang, 98009, Miri, Sarawak Bumi Kenyalang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Kolej, Sekolah kerajaan |
Moto | OPTIMA |
Nombor sekolah | 6085411795 |
Kod sekolah | YEB4101 |
Faks | 6085411805 |
Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri (KTDTHB atau Kolej) merupakan antara sekolah yang tertua di Sarawak. Mula beroperasi pada tahun 1957, sekolah ini telah banyak melahirkan pemimpin-pemimpin yang kini ramai bergelar menteri. Pada tahun 2009, seramai 213 orang pelajar lelaki dan 318 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 531 orang yang menuntut di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang. Ia mempunyai seramai 58 orang tenaga pengajar.2009
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Sejarah awal Kolej bermula pada tahun 1956 melalui cadangan kerajaan Sarawak melalui inisiatif kerajaan British, Pelan Colombo, untuk menubuhkan beberapa buah sekolah menengah kerajaan berasrama untuk pelajar-pelajar pelbagai kaum dari kawasan luar bandar. Usaha ini menjadi kenyataan apabila pada tahun 1957 Government Secondary School Miri yang merupakan sekolah kerajaan yang pertama di Miri telah dibina. Sebanyak 6 orang tenaga akademik dan 87 orang pelajar telah memulakan sesi persekolahannya yang pertama. Pelajar yang berbilang kaum ini datang dari bahagian Miri dan Limbang. Sebanyak 4 buah kelas telah dibuka iaitu satu kelas Darjah Lima bagi menempatkan pelajar-pelajar bumiputera bahagian Miri dan Limbang dan kelas Peralihan bagi pelajar-pelajar aliran bahasa Cina yang tamat Darjah 6, Tingkatan 4 dan kelas untuk guru-guru pelatih.
Empat orang pegawai bertanggungjawab dalam penubuhan sekolah ini iaitu Encik M.G. Dickson, Pengarah Pelajar pada masa itu, Encik Robert Nicholl, Pegawai Pelajaran Bahagian Miri dan Limbang, Rev. Fr.D.R.Rawlins, Pengetua yang pertama sekolah ini dan Captain D.R Gribble dari Syarikat Minyak Sarawak yang telah banyak memberi bantuan pada masa itu.
Tapak sementara sekolah ini ialah di kawasan bandar Miri. Beberapa bangunan Syarikat Minyak Sarawak (SHELL) yang terletak di belakang masjid lama Miri telah digunakan sebagai bilik darjah sementara, manakala rumah rehat untuk pegawai perkhidmatan kanan SHELL telah digunakan sebagai asrama. Pada tahun 1959 sekolah ini telah berpindah ke tapak barunya di Tanjung Lobang. Berikutan perpindahan tersebut, sekolah ini telah dikenali sebagai Tanjung Lobang School. Pembiayaan membina sekolah ini adalah sumbangan daripada Kerajaan New Zealand di bawah skim Bantuan Rancangan Colombo. Bangunan sekolah yang baharu ini telah dirasmikan pembukaannya pada 24 September 1959 oleh Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, Encik R.L. Hutchens dan Pengarah Pelajaran Sarawak ketika itu.
Selaras dengan pembangunan di Sarawak, Kolej ini pun turut berkembang dengan pesatnya. Walaupun pada peringkat awalnya sekolah ini hanya menempatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dari pedalaman, tetapi pada tahun 1969, sekolah ini telah dikhususkan hanya untuk pelajar Tingkatan 4 ke atas sahaja. Kemudian pada tahun 1963, kelas Tingkatan 6 telah diwujudkan. Disebabkan jumlah pelajar tingkatan 6 yang kian bertambah saban tahun, melebihi jumlah pelajar Tingkatan 4 dan 5, pihak kerajaan mendapati sudah tiba masanya untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang menempatkan pelajar Tingkatan 6 sahaja. Untuk mencapai hasrat berkenaan, tanggal 6 Mei 1969, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Penghulu Tawi Sli, telah merasmikan penganugerahan taraf Tanjong Lobang School kepada kolej ini. Sejak itu, bermulalah era baru dalam sejarah kolej dengan nama baharunya, Tanjong Lobang College. Lawatan Tuan Yang Terutama Gabenor Sarawak ke-2, Tun Datu Tuanku Bujang Tuanku Othman pada tahun 1973, merupakan lawatan pertama sejak sekolah ditukar nama menjadi Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, pada tahun 1971.
Pada tahun 1976, kelas Tingkatan 4 diwujudkan semula. Tahun demi tahun kolej tetap berkembang selaras dengan dasar Pelajaran Kebangsaan. Kolej ini memperkenalkan kelas aliran Bahasa Malaysia pada tahun 1980 buat pertama kali. Pada tahun 1982, aliran Bahasa Malaysia dalam Tingkatan 6 Sastera diperkenalkan. Pada tahun 1984, murid-murid Tingkatan 1 telah ditawarkan untuk belajar di kolej berdasarkan keputusan Penilaian Darjah 5.
Perubahan Nama Sekolah[sunting | sunting sumber]
Tahun | Nama | Catatan |
---|---|---|
1957 - 1958 | Government Secondary School | Atau Sekolah Menengah Kerajaan (Miri) |
1959 - 1968 | Tanjong Lobang School | Bersempena perpindahan lokasi ke Tanjong Lobang |
1969 - 1975 | Tanjong Lobang College | Bersempena penganugerahan taraf Tanjong Lobang School kepada kolej, dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Penghulu Tawi Sli pada 6 Mei 1969[1] |
1976 - Sekarang | Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang | Bersempena lawatan Tuan Yang Terutama Gabenor Sarawak, Tun Datu Tuanku Haji Bujang, pada tahun 1971, nama beliau diabadikan dalam nama kolej |
Pengetua Sekolah[sunting | sunting sumber]
Bil | Nama | Mula Berkhidmat | Tamat Berkhidmat | Tempoh (Bulan)*anggaran | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
1 | FR. Douglas .R. Rawlins | Feb 1957 | Apr 1958 | 15 | [2] |
2 | Mr A.L. Whiteman | Mei 1958 | Dis 1958 | 8 | |
3 | Mr E.C. Hicks | Jan 1959 | Jun 1959 | 6 | |
4 | Mr W.L.S. Britton | Jun 1959 | Jun 1960 | 13 | |
5 | Mr G.G. Dearnley | Jun 1961 | Dis 1961 | 7 | |
6 | Mr Alan D. Ruthe | Feb 1962 | Dis 1963 | 23 | |
7 | Mr H.A. Henderson | Jan 1964 | Dis 1965 | 24 | |
8 | Mr Robber Nicholl | Jan 1966 | Ogos 1969 | 44 | |
9 | Encik William Hsu Chang Nang | Ogos 1969 | Mei 1972 | 22 | |
10 | Encik Leonard Martin Uning | Mei 1972 | Dis 1973 | 20 | |
11 | Encik Olives Kati Dhobby | Jan 1974 | Dis 1975 | 24 | |
12 | Encik Zainal Abidin Yussuf | Jan 1976 | Dis 1977 | 24 | |
13 | Encik Mohamed Haji Sabil | Ogos 1978 | Dis 1979 | 17 | |
14 | Encik Adi Badiozaman Tuah | Jan 1980 | Ogos 1983 | 32 | |
15 | Encik Bolhan Tahir | Ogos 1983 | Dis 1986 | 41 | |
16 | Cik Rabiah Johari | Feb 1986 | Feb 1989 | 25 | |
17 | Encik Joseph Simon | Feb 1989 | Mei 1994 | 52 | |
18 | Puan Lily Haji Morni | Mei 1994 | Ogos 2003 | 100 | |
19 | Cik Hajah Hasimah Abg Zen | Sept 2003 | - | - |
Falsafah, visi dan misi, moto, dan slogan[sunting | sunting sumber]
Falsafah[sunting | sunting sumber]
- Melahirkan warga yang jelas akan hala tuju dan yakin ke arah yang berkualiti.
- Mewujudkan suasana penyayang dan perpaduan di kalangan warga Kolej.
- Melahirkan pelajar yang proaktif, kritis, kreatif dan inovatif bertunjangkan akhlak mulia dan berketahanan diri yang mantap untuk diri, agama, bangsa, dan negara.
- Berusaha untuk membentuk Warga Kolej yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bersahsiah mulia, membina daya ketahan diri ke tahap OPTIMUM sehingga berjaya melahirkan INSAN KAMIL.
Versi Ringkas
Pendidikan di Kolej adalah suatu usaha yang berterusan ke arah mencapai Falsafah Pendidikan Negara.
Usaha ini bertujuan membentuk warga Kolej yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, bersahsiah mulia, membina daya ketahanan diri ke tahap optimum,
sehingga berjaya menghasilkan INSAN KAMIL.
Visi[sunting | sunting sumber]
Tonggak Kecemerlangan Pendidikan
Pillars of Educational Excellence
Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang berusaha gigih dalam menyediakan pendidikan yang berkualiti agar berjaya melahirkan INSAN KAMIL.
Membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan ilmu, berakhlak mulia, berdaya fikir, berliterasi teknologi maklumat dan bersifat global yang berteraskan FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.
Misi[sunting | sunting sumber]
- Mempertingkatkan kecemerlang dari segi pencapaian akademik, sahsiah dan ko-kurikulum.
- Memastikan program yang berkualiti dirancang dan dilaksanakan dengan berkesan.
- Menanamkan sifat keyakinan ke arah memperkembangkan potensi pelajar .
- Melaksanakan tugas yang diberi secara musyawarah dan membangunkan nilai-nilai pemuafakatan.
- Mewujudkan suasana keluarga penyayang dan perpaduan dalam kalangan warga Kolej ke arah "Kolejku Syurgaku".
- Mewujudkan persekitaran yang selamat, seronok, selesa dan kondusif.
- Menggerakkan warga Kolej ke arah pemikiran inovatif, kritis dan kreatif.
- Mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan bercirikan teknologi maklumat.
- Mengusahakan agar prasarana sekolah dilengkapkan dengan kemudahan teknologi maklumat.
- Mewujudkan persekitaran sekolah yang menggalakkan literasi kompetensi komputer.
- Mewujudkan warga Kolej yang berfikrah, bersifat global, dan mampu berinteraksi serta bersaing dalam arena antarabangsa.
- Mewujudkan rangkaian yang bermakna dengan masyarakat.
Moto[sunting | sunting sumber]
OPTIMA
Slogan[sunting | sunting sumber]
Di Sini Pemimpin Dilahirkan
Logo/emblem dan lagu[sunting | sunting sumber]
Makna Logo/Emblem[sunting | sunting sumber]
Bentuk/Simbol[sunting | sunting sumber]
- Burung Kenyalang melebarkan sayapnya = Lambang negeri Sarawak, pernah menjadi sebuah institusi ilmu tersohor di seluruh Sarawak dan sentiasa mencipta kegemilangan
- Segi tiga = Keseimbangan Akademik, Ko-kurikulum dan Sahsiah dalam diri pelajarnya
- Reben = Jalur kejayaan setiap bidang diceburi, sentiasa maju ke hadapan sehingga ke garisan penamat untuk menempa kejayaan
- OPTIMA = Menguasai segala bidang ilmu secara optimum, teori dan praktikal agar menjadi Insan Kamil
Warna[sunting | sunting sumber]
Bil. | Warna | Pengertian |
---|---|---|
1. | Biru | Kedamaian dan perpaduan warga Kolej yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kaum |
2. | Hitam | Kecekalan, usaha, semangat waja, dan berdaya saing |
3. | Kuning | Ilmu pengetahuan dijunjung dunia dan akhirat |
4. | Putih | Ketulusan dan kemurnian akhlak warga yang dihasilkan |
Lagu[sunting | sunting sumber]
Tajuk: Kolej Wira Wawasan
Lirik: Shukri Zain
Penggubah Lagu (Komposer): Encik Meges Laoi
Bersama Kolejku Yang Tercinta,
Semangatkan Wawasan,
Seteguh Waja Mencapai Jaya,
Cemerlang Kolej Di Mata.
Disiplin Dan Ilmu Cahaya Bangsa,
Anak Kenyalang 'kan Gemilang,
Optimum Usaha Kekal Selama,
Ke Arah Bangsa Malaysia.
Korus
- Di Sini Kita Sejiwa Sebangsa,
- Tanjong Lobang Daerah Mesra,
- Abadi Nostalgia Semua Anggota,
- Di Sini Ilmu Ditimba.
- Bangkit Oh! Kita Wira Wawasan,
- Menjunjung Citra Dan Cita,
- Untuk Mu Tanah Air Malaysia,
- Terus Jaya Selamanya.
(Ulang Korus 1x)
Identiti[sunting | sunting sumber]
Pakaian[sunting | sunting sumber]
- Batik Kolej
Sebelum 2009
- Perkataan "OPTIMA" berwarna biru muda, dikelilingi corak bentuk bunga berkelopak biru muda dan putih, catan berulang
- Latar berwarna biru tua turquoise (firus) kehijauan
- Baju batik lengan panjang berbutang di lengan, bersaku dan berseluar slack putih, berkasut hitam/kanvas putih
- Baju kurung dan berkain sarung putih, berkasut hitam/kanvas putih
- Terdapat dalam pasang siap dan kain (jahitan sendiri)
Selepas 2009
- Perkataan "OPTIMA" berwarna biru muda, dikelilingi corak bunga berkelopak biru tua dan keputihan, beserta jalaran bunga berombak
- Latar berwarna biru tua
- Baju batik lengan panjang berbutang di lengan, bersaku dan berseluar slack putih, berkasut hitam/kanvas putih
- Baju kurung batik dan berkain sarung putih, berkasut hitam/kanvas putih
- Terdapat dalam pasang siap dan kain (jahitan sendiri)
- Tali leher Kolej
Pengawas/Ketua Kelas
Sebelum Julai 2006
- Logo Kolej daripada kain berwarna, berlatar kuning coklat
2006 - 2007
- Seperti pelajar biasa
2008 - Sekarang
- Logo Kolej daripada kain berwarna, berlatar hitam
Pelajar biasa
2005 - 2010
- Corak catan logo Kolej berwarna putih berlatar warna biru muda gelap/kehitaman
2010 - 2011
- Logo Kolej daripada kain berwarna, berlatar warna biru muda gelap, mempunyai tiga jalur; merah, kuning dan putih
- Vest Pengawas
2006 - 2007
- Berlogo Kolej daripada kain berwarna, berlatar biru muda gelap
- Butang jenis kain, tebuk
2008 - Sekarang
- Berlogo Kolej daripada kain berwarna, berlatar hitam
- Butang jenis plastik, tebuk
- Baju T-Kolej
Tidak diketahui - Sekarang
- Logo Kolej cetakan berwarna dan perkataan "OPTIMA" berwarna hitam di atasnya, di saku/dada kiri
- Perkataan "Kolej" berulang dari atas ke bawah di sebelah kanan, berlatar titik-titik berwarna biru muda
- Garisan/jalur seperti reben berwarna biru muda, sebagai pembahagi
- Baju berwarna putih, berkolar/round-neck berwarna biru muda, garisan hujung lengan/pergelangan tangan berwarna biru muda
- Terdapat dalam dua jenis; baju lengan pendek (berkolar/round-neck) bersaku dan baju lengan panjang (berkolar/round-neck)tidak bersaku
- Tag nama/ID
Tidak diketahui - 2005
Tag ID Jenis Kertas
- Logo/Emblem dan nama sekolah
- Gambar Saiz Pasport Pelajar
- Nama Penuh
- Nombor Pendaftaran (Tingkatan Satu/Semasa kemasukan)
Penggunaan
- Klip dan tali tag ID
- Pin
2005 - 2009
Tag ID Jenis Perspek
- Logo/Emblem dan nama sekolah
- Gambar Saiz Pasport Pelajar
- Nama Penuh
- Nombor Pendaftaran (Tingkatan Satu/Semasa kemasukan)
Penggunaan
- Klip dan tali tag ID
- Pin
2010
Tag Nama Jenis Perspek
- Logo/Emblem sekolah
- Nama Penuh
Penggunaan
- Klip dan tali tag nama
- Pin
2011 - Sekarang
Pelekat Kekal Jenis Kain
- Logo/Emblem sekolah
- Nama Penuh
Penggunaan
- Tampal kekal di baju/pinafore
- Seluar/Kain Sarung/Pinafore/Skirt
Pengawas
Sebelum Julai 2006
Seluar/Kain sarung/Skirt - Coklat Kekuningan
2006 - 2007
Seluar - Hijau Zaitun (Olive Green)
Kain sarung/Pinafore - Biru tua
2008 - Sekarang
Seluar/Kain sarung/Skirt - Hitam
Pelajar Biasa
- Sama seperti sekolah kerajaan di Malaysia
Infrastruktur[sunting | sunting sumber]
Sebelum 2007[sunting | sunting sumber]
Selepas 2007[sunting | sunting sumber]
Kemudahan[sunting | sunting sumber]
Perkhidmatan Bas
2003/2004 - Sekarang
Capaian Wi-fi
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
Anugerah[sunting | sunting sumber]
Sekolah Bestari
Sekolah Kluster - 2011
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)[sunting | sunting sumber]
Aktiviti[sunting | sunting sumber]
Orientasi (Tingkatan 1, 4, 6 Bawah)
Pesta Tanjong
Sukan Tara/Sukan Sekolah/Sukan Olimpik Mini
Sambutan Bulan Kemerdekaan (Pra, Ambang dan Penutupan)
Sambutan Perayaan Malaysia RIMUP (Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan) : Tahun Baharu Cina, Hari Gawai dan Keamatan, Diwali, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha
Gotong-Royong Perdana
Hari Bertemu Pelanggan (Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru bersama Pelajar)
Karnival Asrama
Majlis Izin Ilmu
Malam Mohon Restu (Pelajar Asrama Kelas Peperiksaan)
Hari Graduasi, Penyampaian Anugerah dan Sijil (Anugerah Pelajar Cemerlang APC)
Aktiviti Pasca-PMR
Aktiviti Istimewa[sunting | sunting sumber]
Sambutan Jubli Emas Kolej ke 50 Tahun (2007)
Reunion Dinner (2005)
Kelas[sunting | sunting sumber]
Tahun | Kelas Menengah Rendah | Kelas Menengah Atas | Tingkatan 6 | Nota |
---|---|---|---|---|
1957 - 1959 | Tiada data (perlu ditambah) | Tiada data (perlu ditambah) | Tiada data (perlu ditambah) | |
1960 - 1969 | 1A, 1B, 1C, 1D, 1E, 1F | Tiada data (perlu ditambah) | Tiada data (perlu ditambah) | |
1970 - 1979 | Tiada data (perlu ditambah) | 4A, 4B, 4C, 4D, 4E, 4F 5A, 5B, 5C, 5D, 5E, 5F |
Tiada data (perlu ditambah) | Kelas F dimansuhkan pada tahun 1980 |
1980 - 1989 | Tiada data (perlu ditambah) | Tiada data (perlu ditambah) | 6 Rendah Sains A, B, C, D 6 Atas Sains A, B, C, D |
|
1990 | Tiada data (perlu ditambah) | Tiada data (perlu ditambah) | Tiada data (perlu ditambah) | |
1991 | Tiada data (perlu ditambah) | Tiada data (perlu ditambah) | Tiada data (perlu ditambah) | |
1992 | Tiada data (perlu ditambah) | Tiada data (perlu ditambah) | Tiada data (perlu ditambah) | |
1993 | Tiada data (perlu ditambah) | Tiada data (perlu ditambah) | Tiada data (perlu ditambah) | |
1994 | Tiada data (perlu ditambah) | Tiada data (perlu ditambah) | Tiada data (perlu ditambah) | |
1995 | Tiada data (perlu ditambah) | Tiada data (perlu ditambah) | Tiada data (perlu ditambah) | |
1996 | Tiada data (perlu ditambah) | Tiada data (perlu ditambah) | Tiada data (perlu ditambah) | |
1997 | Tiada data (perlu ditambah) | Tiada data (perlu ditambah) | Tiada data (perlu ditambah) | |
1998 | Tiada data (perlu ditambah) | Tiada data (perlu ditambah) | Tiada data (perlu ditambah) | |
1999 | Tiada data (perlu ditambah) | Tiada data (perlu ditambah) | Tiada data (perlu ditambah) | |
2000 | 1 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih 2 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih 3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih |
4 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih 5 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih |
6 Bawah Sains A & B 6 Atas Sains A & B |
Data tidak/mungkin tepat, perlu diperbaharui |
2001 | 1 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih 2 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih 3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih |
4 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih 5 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih |
6 Bawah Sains A & B 6 Atas Sains A & B |
1 Gigih (Bahasa Arab) dibuka Data tidak/mungkin tepat, perlu diperbaharui |
2002 | 1 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih 2 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih 3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih |
4 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih 5 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih |
6 Bawah Sains A & B 6 Atas Sains A & B |
Data tidak/mungkin tepat, perlu diperbaharui |
2003 | 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih 2 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih 3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih |
4 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih 5 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih |
6 Bawah Sains A & B 6 Atas Sains A & B |
Data tidak/mungkin tepat, perlu diperbaharui |
2004 | 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih 2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih 3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih |
4 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih 5 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih |
6 Bawah Sains A & B 6 Atas Sains A & B |
Data tidak/mungkin tepat, perlu diperbaharui |
2005 | 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih 2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih 3 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih |
4 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih 5 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih |
6 Bawah Sains A & B 6 Atas Sains A & B |
|
2006 | 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih 2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih 3 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih |
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih 5 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih |
6 Bawah Sains A & B 6 Atas Sains |
6 Atas Sains digabungkan |
2007 | 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih 2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih 3 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih |
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih 5 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih |
6 Bawah Sains 6 Atas Sains |
|
2008 | 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih 2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih 3 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih |
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih 5 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih |
6 Bawah Sains 6 Atas Sains |
|
2009 | 1 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih 2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih 3 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih |
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih 5 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih |
6 Bawah Sains 6 Atas Sains |
1 Amal dimansuhkan kerana kurang pelajar |
2010 | 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam 2 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih 3 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih |
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih 5 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih |
6 Bawah Kemanusiaan, Sains 6 Atas Sains |
1 Iltizam (Bahasa Jepun) & Amal dibuka bagi menampung penambahan pelajar 6 Bawah Kelas Kemanusiaan - Diwujudkan kembali |
2011 | 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam, Lestari 2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam 3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih |
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam 5 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih |
6 Bawah Kemanusiaan, Sains 6 Atas Kemanusiaan, Sains |
1 Lestari dibuka bagi menampung penambahan pelajar, 3 Gigih kelas sepenuhnya Bahasa Arab terakhir. |
2012 | Data perlu ditambah | |||
2013 | Data perlu ditambah | |||
2014 | Data perlu ditambah | |||
2015 | Data perlu ditambah | |||
2016 | Data perlu ditambah | |||
2017 | Data perlu ditambah | |||
2018 | Data perlu ditambah |
Asrama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Asrama Putera | Asrama Puteri | Nota |
---|---|---|---|
1950'an - 1999 | Tiada data, perlu dikemaskini | Tiada data, perlu dikemaskini | |
2000 | Tiada data, perlu dikemaskini | Tiada data, perlu dikemaskini | |
2001 | Tiada data, perlu dikemaskini | Tiada data, perlu dikemaskini | |
2002 | Tiada data, perlu dikemaskini | Tiada data, perlu dikemaskini | |
2003 | Kenari Rajawali |
Merbuk Merak Nuri Merpati |
|
2004 | Kenari Rajawali |
Merbuk Merak Nuri Merpati |
|
2005 | Kenari Rajawali |
Merbuk Merak Nuri Merpati Cenderawasih |
|
2006 | Kenari Rajawali |
Merbuk Merak Nuri Merpati |
Asrama Cenderawasih ditutup |
2007 | Kenari Rajawali |
Merbuk Merak Nuri Merpati |
|
2008 | Kenari --> Asrama Berek (Sementara) Rajawali |
Merbuk Merak Nuri Merpati |
Asrama Kenari ditutup untuk kerja pembinaan semula, penghuni berpindah ke berek Pertengahan Semester II, semua penghuni berhijrah ke blok asrama baru |
2009 | Putera | Puteri | Asrama Putera - Penggunaan blok baru secara rasmi pada sesi persekolahan 2009, wujud nama tidak rasmi; Kenari Baru atau Kenari sahaja (Menengah Rendah) & Rajawali Baru atau Rajawali sahaja (Menengah Atas) |
2010 | Putera | Puteri | Asrama Putera - Nama tidak rasmi masih digunakan; Kenari Baru atau Kenari sahaja (Menengah Rendah) & Rajawali Baru atau Rajawali sahaja (Menengah Atas) |
2011 | Putera Zamrud | Puteri Delima | Nama Zamrud dan Delima diberikan pada pertengahan tahun secara rasmi |
2012 - Sekarang | Putera Zamrud | Puteri Delima |
Bekas/Alumni Warga Kolej (Ex-Kolej)[sunting | sunting sumber]
Lain-lain[sunting | sunting sumber]
Sejarah Pahit[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 1971, apabila penukaran nama sekolah daripada Tanjong Lobang College ke namanya yang digunapakai sekarang, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, bersempena dengan nama Tuan Yang Terutama Gabenor Sarawak pada masa itu,Tun Datu Tuanku Haji Bujang, sekumpulan pelajar sekolah berkenaan telah mengadakan tunjuk perasaan untuk membangkang penukaran nama sekolah yang telah diketuai oleh seorang pelajar yang berdiri di atas bumbung bangunan sekolah. Jabatan Pelajaran daerah telah mengisytiharkan darurat ke atas sekolah ini yang mengakibatkan sekolah terpaksa ditutup selama sehari. Perkara tersebut disifatkan sebagai tidak memerlukan campurtangan pihak berkuasa dan pada masa yang sama, Pengetua Encik William Hsu Chang Nang telahpun dipindahkan atas sebab yang tidak diketahui. Walaubagaimanapun, tiada seorang pelajar dan kakitangan sekolah pun yang tercedera ataupun disabitkan pertuduhan jenayah ke atas peristiwa tersebut. Sehingga ke hari ini, identiti pelajar yang mengetuai tunjuk perasaan tersebut masih tidak diketahui.
Pada bulan Februari 2008 semasa cuti seminggu Tahun Baharu Cina, sekumpulan pelajar kolej telah pergi menyertai aktiviti ilmiah anjuran sebuah persatuan pelajar di sekolah tersebut di Taman Negara Similajau, Bintulu. Semasa bersantai di Pantai Penyu setelah hampir meredah hutan menuju ke destinasi, menjelang tengahari, beberapa orang pelajar yang sedang bermandi-manda dikejutkan dengan jeritan meminta tolong. 2 orang pelajar sekolah tersebut telah dihanyutkan ombak dan meragut nyawa mereka disebabkan cuaca yang disangkakan cerah pada mulanya bertukar buruk, ditambah lagi dengan lautan yang pada mulanya tenang berubah sekelip mata menjadi bergelora. Seorang daripada rakan pelajar tersebut cuba menolong 2 orang rakan mereka yang lemas itu tetapi beliau sendiri pun hampir lemas dan hanya diselamatkan dengan berpaut pada kayu balak yang dihanyutkan oleh pelajar yang panik di tepi pantai. Pasukan pencari dan penyelamat mencari kedua-dua pelajar berkenaan dan jenazah mereka ditemukan pada hari yang berbeza, dibawa pulang ke Miri dan kedua-duanya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Baong, Miri oleh waris mereka. Semua warga kolej amat berdukacita dengan berita berkenaan di atas tragedi tersebut. [3][4][5][6][7][8]
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
- Jalan Bunga Tanjong 2, Tanjung Lobang
- 98009, Miri
- Sarawak, Malaysia
- No.Telefon = 6085411795
- No.Faks = 6085411805
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Laman Sesawang (Website)
- KolejTDTHBujang:Laman sesawang KTDTHB - Tidak dikemaskini lagi Diarkibkan 2014-05-13 di Wayback Machine
- Laman sesawang KTDTHB - Tidak dikemaskini lagi
- Tanjong Lobang - Tidak dikemaskini lagi
- Tanjong-Lobang - Pangkalan data yang berkaitan Diarkibkan 2014-05-13 di Wayback Machine
- Gigih Planet - 5 Gigih 2006 Diarkibkan 2014-05-13 di Wayback Machine
Laman Blog
Laman Galeri
- Sambutan Jubli Emas KTDTHB Diarkibkan 2014-05-13 di Wayback Machine
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-27. Dicapai pada 2018-09-26.
- ^ Mengiring para atlet Kerajaan Sarawak ke Sukan Komanwel dan Empayar British 1958 pada 18 hingga 26 bulan Julai 1958 di Cardiff,Wales.
- ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0205&pub=utusan_malaysia&sec=sabah_%26_sarawak&pg=wb_05.htm&arc=hive
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-19. Dicapai pada 2008-04-19.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-11. Dicapai pada 2008-04-11.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-09. Dicapai pada 2008-04-09.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-19. Dicapai pada 2008-04-19.
- ^ https://muhtarsuhaili.wordpress.com/2008/02/04/musibah-dan-muhasabah-kenapa-kita-diuji/