Kompleks Bukit Jambul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kompleks Bukit Jambul
BJ
BJpenang.jpg
LokasiBukit Jambul, Pulau Pinang
Tarikh pembukaan1997
PengurusanKompleks Bukit Jambul Management Sdn. Bhd.
Bil. gedung dan perkhidmatan413
Bil. penyewa utama5 (Mydin,Kamdar,LFS Cinemas,INTER BOX karoeke,COSMIC FAMILY ENTERTAINMENT CENTRE)[1]
Keluasan lantai peruncitan1.1.million kaki persegi
Bil. tingkat9
Laman webLawan Web Kompleks BJ

Kompleks Bukit Jambul, juga dikenali sebagai Kompleks BJ, merupakan pusat membeli-belah utama di Bukit Jambul, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia. Terletak di Jalan Rembia Off Jalan Tun Dr Awang, ia mempunyai tujuh tingkat ruang perniagaan termasuk tingkat bawah tanah yang dipenuhi oleh Pasaraya Mydin. Kompleks Bukit Jambul dibina dengan kos RM350 juta pada tahun 1997 dan ketika itu pusat membeli-belah terbesar di Wilayah Utara dengan jumlah keseluruhan binaan seluas 1.1.million sg kaki.Kompleks ini mempunyai Futsal Court di roof-top dan pusat bowling 40 lorong.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Apabila Kompleks Bukit Jambul dibuka pada pertengahan 90-an, ia meletakkan dirinya sebagai pusat membeli-belah kelas atasan. Antara penyewa utama asalnya termasuk Pasaraya Looking Good dan Co Smart Hypermarket dengan penyewa lain yang Reject Shop, Toys R Us, Kedai Buku Popular dan Pavilion Mega. Krisis Kewangan Asia 2008 memberi tamparan hebat kepada perdagangan runcit di Malaysia, termasuk kepada Pasaraya Looking Good. Penutupan Looking Good mempunyai kesan menjejaskan ke atas Kompleks Bukit Jambul, yang menghadapi kesukaran mendapat satu lagi penyewa utama. Dari masa ke masa, banyak kedai-kedai terpaksa berhenti operasi di kompleks ini, termasuk Toys R Us, Cosmart, Dave Deli, Delifrance dan Coffee Bean. Pembinaan Sunshine Square dan pembukaan Queensbay Mall menambah keparahan kepada kompleks ini.

Kini[sunting | sunting sumber]

Kini ia menarik pelangan dari kelas pertengahan kerana banyak barangan tiruan dan CD cetak rompak senang didapati dalam Kompleks ini.Pada thaun 2009, Kompleks Bukit Jambul memulakan perubahan wajah 2. Sejak itu, ia telah berjaya menarik Kamdar sebagai Penyewa utama. Ini diikuti oleh pengendali pasar raya besar Mydin. Dengan kedua-dua penyewa utama, BJ Kompleks berjaya memanfaatkan semula segmen yang berbeza pasaran membeli-belah daripada yang sebelumnya.

Senarai Penyewa[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah sebilangan kecil penyewa dalam Kompleks Bukit Jambul.

Panduan ke Kompleks Bukit Jambul[sunting | sunting sumber]

Kompleks Bukit Jambul terletak di Jalan Rumbia, satu sisi jalan ke Jalan Tun Dr Awang. Bas Rapid Pulau Pinang 301, 302, 303, 304, 305, 306, 307 dan 308 melalui Jalan Tun Dr Awang di hadapan kompleks.