Mydin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mydin Mohamed Holdings Berhad
Awam
IndustriPemborong Dan Peruncitan
Ditubuhkan1957; 63 tahun yang lalu (1957) di Kelantan, Malaysia
PengasasMydin Mohamed
Ibu pejabatSubang Jaya, Selangor, Malaysia
Bilangan kawasan
68 outlet[1] (2020)
Perancang utama
Mydin Mohamed
Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin (Pengarah Urusan)
PemilikMydin Mohamed Holdings Berhad
Laman web rasmiwww.mydin.com.my

Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) merupakan sebuah rangkaian pemborong dan peruncit tempatan halal terbesar di Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pasar raya Mydin di Ayer Keroh, Melaka.

MYDIN telah diasaskan pada Ogos 1957 oleh Pengasas Allahyarham Tuan Mydin Mohamed di Kota Bharu, Kelantan.[2] .Beliau membuka kedai pertamanya yang merupakan kedai papan kecil bernama Syarikat Mydin Mohamed di Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan dengan menjual barangan mainan dan barangan am dengan wang hasil titik peluh sendiri.[3] Dengan bantuan anak-anak beliau, perniagaannya mula berkembang ke Kuala Terengganu pada tahun 1979 dan kemudian membuka cawangan mereka di Lembah Klang di Jalan Masjid India pada tahun 1989. Sejak itu MYDIN telah berkembang dengan maju dan berjaya. Dengan visi untuk menjadi pengedar terkemuka di dunia yang memberi perkhidmatan yang kompetitif dan Halal di Malaysia, ia kini dikenali sebagai Mydin Mohamed Holdings Berhad.

Pada Julai 2013, MYDIN menceburi peruncitan premium dengan pembukaan outlet SAM'S Groceria yang membawa makna Saya Anak Malaysia di Pulau Pinang.

Menjelang September 2020, kini MYDIN mempunyai 68 cawangan di seluruh negara termasuk 26 Pasar Raya Besar MYDIN, 17 MYDIN Emporium, 3 MYDIN Bazaar, 4 francais MYDIN Mart, 8 kedai serbaneka yang beroperasi sebagai MyMart dan 8 supermarket MYDIN serta 2 kedai premium dikenali sebagai SAM Groceria.[1][2]

Lembaga Pengarah[sunting | sunting sumber]

  • Mydin Mohamed (Pengasas & Pengerusi)
  • Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin (Pengarah Urusan)
  • Dato' Murad Ali (Pengarah Eksekutif)
  • Ahimmat Mydin (Pengarah Eksekutif)
  • Salim Mydin (Pengarah Eksekutif)
  • Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa (Pengarah)
  • Mumtaz (Pengarah)
  • Nadiya (Pengarah)
  • Malik Murad Ali (Pengarah IT)
  • Mirza Murad Ali (Pengarah Operasi)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Mydin (RM3bil turnover) eyes Sabah next". Daily Express. 12 March 2020. Diarkib daripada yang asal pada 18 April 2016. Dicapai pada 18 April 2016.
  2. ^ a b Nevash Nair (29 July 2013). "Mydin's SAM's Groceria all ready to capture high-end segment". The Star. Dicapai pada 29 July 2013.
  3. ^ "Mydin mahu buka 7 lagi cawangan baru" (PDF) (dalam bahasa Malay). Penang State Government Secretary Office. 19 August 2013. Dicapai pada 18 April 2016.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]