Komputer Rakyat 1Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Komputer Rakyat 1Malaysia dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak di Sibu, Sarawak pada 12 Mei 2010. Pelancaran itu sempena pilihan raya kecil Sibu 2010.

1,000 unit komputer akan diedarkan untuk anak-anak sekolah, pemimpin masyarakat luar bandar, penduduk rumah panjang. Ia selaras dengan inisiatif Jalur Lebar Negara dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB). [1]

Sebelum ini kerajaan negeri Terengganu memberi 23,077 komputer riba kepada murid Tahun 5, hasil wang ihsan. Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said mengumumkan kilang pemasangan komputer riba bernilai RM8.5 juta akan dibina di kawasan Perindustrian Gong Badak. Kos sebuah komputer ialah RM1300.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]