Menteri Besar Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Menteri Besar Terengganu
Coat of arms of Terengganu.svg
Penyandang
Ahmad Samsuri Mokhtar

sejak 10 Mei 2018 (2018-05-10)
Kerajaan Negeri Terengganu
Gelaran Yang Amat Berhormat
Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu
Lapor kepada Dewan Undangan Negeri Terengganu
Kediaman Seri Iman, Jalan Batu Buruk, Kampung Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Pejabat Tingkat 16, Wisma Darul Iman, 20502 Kuala Terengganu, Terengganu
Pelantik Sultan Mizan Zainal Abidin
Sultan Terengganu
Tempoh Selagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu
Pilihan raya negeri diadakan lima tahun sekali atau lebih awal
Pemegang sulung Ngah Muhamad bin Yusof
Pembentukan 21 April 1925 (1925-04-21) (93 tahun yang lalu)
Laman web pmb.terengganu.gov.my

Menteri Besar Terengganu ialah jawatan ketua kerajaan bagi negeri Terengganu. Semasa Terengganu di bawah pemerintahan mutlak, Menteri Besar dilantik oleh Sultan Terengganu. Semenjak pengisytiharan kemerdekaan Malaysia (ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu) dan pilihan raya pertama, Menteri Besar merupakan ahli Dewan Undangan Negeri.

Senarai Menteri Besar Terengganu[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai Menteri Besar Terengganu semenjak 1925.

Mula Tamat Menteri Besar[1] Parti
21 April 1925 Jun 1940 Dato' Seri Amar Diraja Ngah Muhamad bin Yusof BEBAS
Jun 1940 Mei 1942 Tengku Seri Setia Raja Tengku Omar bin Othman
Mei 1942 Disember 1945 Dato' Jaya Perkasa Da Omar bin Mahmud
Disember 1945 Disember 1949 YTM Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad Ibni Sultan Ahmad
Disember 1949 Jun 1959 Dato' Perdana Menteri Diraja Dato' Seri Setia Raja Kamaruddin bin Idris
Jun 1959 November 1961 Mohd Daud bin Abdul Samad PAS *
November 1961 September 1970 Tan Sri Ibrahim Fikri bin Mohammad Barisan Nasional-UMNO
September 1970 September 1971 Dato' Mahmood bin Sulaiman
September 1971 Ogos 1974 Dato' Nik Hassan bin Wan Abdul Rahman
September 1974 Disember 1999 Tan Sri Dato Seri Amar Diraja Wan Mokhtar bin Haji Wan Ahmad
Disember 1999 Mac 2004 Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang PAS
Mac 2004 Mac 2008 Dato' Seri Haji Idris bin Haji Jusoh Barisan Nasional-UMNO
Mac 2008 Mei 2014 Dato' Seri Haji Ahmad bin Said
Mei 2014 09 Mei 2018 Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Haji Abdul Rahman
10 Mei 2018 kini Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar Gagasan Sejahtera-PAS

Nota :* - Kerajaan Negeri Terengganu ditubuhkan oleh PAS selepas Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959. 2 ahli Parti Negara di Terengganu telah melompat menyertai UMNO pada Oktober 1961. Kemudian Perikatan telah membentuk kerajaan negeri pada November 1961 di bawah Menteri Besar yang baru, Tan Sri Ibrahim Fikri bin Mohammad.[2]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Kontroversi berlaku apabila Dato' Seri Haji Ahmad bin Said dikatakan akan ditamatkan perkhidmatannya oleh Kerajaan Persekutuan selepas kontrak sebagai Menteri Besar selama 2 tahun telah tamat. Sebelum ini, Ahmad Said enggan mengulas mengenai perkara tersebut[3], tetapi pada 12 Mei 2014, rakyat negeri Terengganu dikejutkan dengan berita Ahmad Said meletak jawatan sebagai Menteri Besar sekaligus menghantar surat keluar parti kepada Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor bersama-sama dengan ADUN Ajil, Ghazali bin Taib berkuatkuasa serta merta.[4], [5]

Perkara tersebut menyebabkan kerusi yang dipegang oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menjadi sama iaitu masing-masing 15 kerusi dan 2 lagi dipegang oleh ADUN Bebas.

Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru pada malam 12 Mei 2014. Dan pada 10 Mei 2018, Ahmad Samsuri Mokhtartelah menggantikan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]