Konflik Ogaden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
2007 Ogaden War

Ethiopian Somali region
TarikhApril 24, 2007 - Oktober 13, 2010
Lokasi
Keputusan Conflict ongoing
Pihak yang terlibat
Military of Ethiopia Ogaden National Liberation Front
Kerugian dan korban
Undisclosed 502 killed (Ethiopian claim[1][2])
Civilian casualties:
At least 38 Ogadeni killed[3]
65 Ethiopian killed
9 Chinese killed

Kemuncak Konflik Ogaden 24 April 2007 tercetus berikutan tentera Ethiopia menentang pemberontakan Barisan Pembebasan Kebangsaan Ogaden (ONLF) .Bagi membendung pemberontakan , tentera Ethiopia telah membunuh 75 orang yang cuba menyerang medan ekplorasi petroleum yang diusahakan oleh syarikat dari China.Zhongyuan Petroleum Exploration Biro di bawah China Petroleum & Chemical Corporation (Sinopec) telah mendapat kontrak konsesi cagigali petroleum di Lembah Ogaden . Kebanyakan penduduk bandar Abole , Ogaden terdiri dari puak Ogaden yang menyokong ONLF.

Abole terletak 30 km dari Degehabur , wilayah Somali, Ethiopia . Tentera Ethiopia telah melancarkan operasi pembersihan di Dhagahbur, Qabridahare, Wardheer dan Shilaabo di Ogaden, sebahagian dari wilayah Somali, Ethiopia.


Punca[sunting | sunting sumber]

Punca mereka memberontak kerana dasar-dasar kerajaan terhadap kaum nomad Ogadeni itu. Sebelum ini ONLF telah memberi amaran berkali-kali terhadap kepada syarikat antarabangsa agar jangan menandatangani sebarang perjanjian dengan kerajaan Ethiopia berhubung eksplorasi di Lembah Ogaden.

Serangan ONLF[sunting | sunting sumber]

  • Pada 24 April 2007 Seramai 200 pemberontak bersenjata telah menyerang medan petroleum itu. 9 pekerja China terbunuh, 7 pekerja China telah diculik, 65 pekerja Ethiopia turut terbunuh termasuk kanak-kanak 3 tahun. Mereka berjaya menguasai medan itu selama sejam sebelum dirampas semula oleh tentera Ethiopia.
  • Pada 27 April 2007, pemberontak telah membunuh satu keluarga dalam majlis pengkebumian yang terbunuh dalam serangan sebelum ini.
  • Pada 29 April 2007, 7 pekerja China telah diculik oleh pemberontak dan hanya dibebaskan kemudian kepada Palang Merah. Seorang Somalia dan seorang pekerja Ethiopia turut dibebaskan.
  • Pada 28 Mei 2007, pejuang ONLF telah menyerang perhimpunan ramai di Jigjiga dan Dhagahbur dengan bom grenad. 17 orang terbunuh dan berbelas lagi cedera.
  • Pada 18 jun 2007, tentera Ethiopia telah membunuh 21 orang di Kampung Labiga ketika tentera cuba merampas ternakan mereka.

Sejarah ONLF[sunting | sunting sumber]

Pemimpin puak Ogadeni tinggal di negeri Somali, Ethiopia. Dia mahu semua agen ONLF keluar dari Lembah Ogaden . Pengasas ONLF ialah Sulub Ali Abas . Pemimpin lain ialah Sultan Aden Yusuf Tani. Kem tentera di Eritrea dibina bagi melatih pejuang gerila ONLF . Oromo Liberation Front dan Al-Itihaad al-Islamiya (UIC) turut terlibat sebagai proxy. Mereka mahu mengganggu-gugat keamanan di hujung tanduk Afrika itu.

ONLF telah ditubuhkan pada 1984 berikutan dari kegagalan penyokong Somalia menentang pembntukan Ethiopia pada 1970-an. Mereka ingin membentuk 'Greater Somalia' atau mendapatkan kuasa autonomi bersama Ethiopia.

ONLF berjuang menentang Derg, tentera diktator yang dipimpin oleh Mengistu Haile Mariam. Ketika itu Barisan Pembebasan Rakyat Tigrayan]] (TPLF), dipimpin oleh Perdana Menteri Ethiopia sekarang, Meles Senawi. Pada 1992, selepas Perang saudara Ethiopia , ONLF berjaya menguasai kerajaan Ethiopia yang baru dibentuk di wilayah Somali.

Reaksi kerajaan Ethiopia[sunting | sunting sumber]

  • Pada Julai 2007, kerajaan Ethiopia memberi masa 7 hari kepada Palang Merah untuk keluar dari Ogaden. Mereka membawa air dan projek sanitasi.
  • Agensi bantuan antarabangsa, Medecins Sans Frontiers diminta keluar pada 1 September 2007.

Kaitan dengan Somalia[sunting | sunting sumber]

Kempen ini berkait dengan operasi tentera di Somalia. Mereka cuba memutuskan hubungan antara Kesatuan Mahkamah Islam ( UIC) dengan ONLF. Ini termasuklah memutuskan bantuan senjata dan logistik dari Eritrea dan Somalia kepada ONLF. Pada pakar berkata, ONLF bergerak aktif di ibu negara Mogadishu , Somalia pada 2006 lagi. Mereka berjaya menguasai Kesatuan Mahkamah Islam . Tujuan murni mereka adalah melaksanakan undang-undang Islam.