Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
ICERD
International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination[1]
Ditandatanganidi New York[2]
Berkuat kuasa4 Januari 1969[2]
Syarat27 pengesahan[3]
Penandatangan88[2]
Pihak179[2]
Pemegang simpananSetiausaha Agung PBB[4]
[1]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Membership of the Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination
Keanggotaan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum:
  •      Mengakui kecekapan di bawah Perkara 14
  •      Tidak mengakui kecekapan di bawah Perkara 14
  •      Ditandatangani tetapi tidak disahkan
  •      Tidak ditandatangani ataupun disahkan
  • Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD, akronim bahasa Inggeris: International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination) ialah sebuah konvensyen (perjanjian) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sebagai sebuah hak asasi manusia generasi ketiga, Konvensyen tersebut meminta anggotanya untuk menghapuskan diskriminasi terhadap kaum dan menggalakkan kesefahaman di antara semua kaum.[5] Namun, Konvensyen ini juga menghendaki ahli anggota untuk mengharamkan ucapan benci (hate speech) dan menjenayahkan penyertaan dalam organisasi perkauman.[6]

    Konvensyen ini juga mengandungi sebuah mekanisme aduan berindividu, menjadikannya dapat dikuatkuasakan terhadap anggotanya dengan berkesan. Ini telah menyebabkan pembangunan perundangan terhad terhadap tafsiran dan pelaksanaan Konvensyen ini.

    Konvensyen ini telah diterima pakai dan dibuka untuk ditandatangani oleh Perhimpunan Agung PBB pada 21 Disember 1965,[7] dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969. Pada Januari 2018, ia mempunyai 88 penandatangan dan 179 anggota.[2]

    Konvensyen ini dipantau oleh Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Kaum (CERD).

    Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Kaum[sunting | sunting sumber]

    Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Kaum ialah sebuah badan pakar hak asasi manusia yang ditugaskan untuk memantau pelaksanaan Konvensyen. Ia terdiri daripada 18 orang pakar hak asasi manusia bebas, dipilih selama empat tahun, dengan separuh daripada anggota tersebut dipilih semula setiap dua tahun. Anggota dipilih dengan sebuah undian rahsia, dan setiap anggota dibenarkan untuk mencalonkan salah seorang warganya kepada Jawatankuasa.[8]

    Semua anggota dikehendaki untuk mengemukakan laporan berkala kepada Jawatankuasa yang menggariskan tindakan legislatif, kehakiman, polisi dan langkah-langkah lain yang telah diambil untuk menguatkuasakan Konvensyen tersebut. Laporan pertama perlu diberi dalam tempoh satu tahun setelah Konvensyen itu berkuat kuasa dalam negara itu; selepas itu, laporan perlu diberi dalam tempoh setiap dua tahun atau apabila diminta oleh Jawatankuasa.[9] Jawatankuasa memeriksa setiap laporan dan mengemukakan apa-apa kebimbangan dan cadangannya kepada negara itu dalam bentuk "pemerhatian kesimpulan".

    Jawatankuasa biasanya bersidang setiap bulan Mac dan Ogos di Geneva.[10] Keahlian Jawatankuasa semasa (sehingga April 2018) ialah:[11]

    Nama Negara Tarikh luput penggal
    Silvio José Albuquerque e Silva  Brazil 2022
    Noureddine Amir (pengerusi)  Algeria 2022
    Alexei S. Avtonomov  Rusia 2020
    Marc Bossuyt  Belgium 2022
    Jose Francisco Cali Tzay  Guatemala 2020
    Chung Chinsung  Korea Selatan 2022
    Fatimata-Binta Victoire Dah  Burkina Faso 2020
    Bakari Sidiki Diaby  Côte d'Ivoire 2022
    Rita Izsák-Ndiaye (pelapor)  Hungary 2022
    Keiko Kō  Jepun 2022
    Gün Kut  Turki 2022
    Li Yanduan (naib pengerusi)  China 2020
    Nicolás Marugán  Sepanyol 2020
    Gay McDougall (naib pengerusi)  Amerika Syarikat 2020
    Yemhelhe Mint Mohamed  Mauritania 2020
    Pastor Elias Murillo Martinez (naib pengerusi)  Colombia 2020
    Verene Albertha Shepherd  Jamaica 2020
    Yeung Kam John Yeung Sik Yuen  Mauritius 2022

    Lihat juga[sunting | sunting sumber]

    Rujukan[sunting | sunting sumber]

    1. ^ "International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD)". Office opf The High Commissioner for Human Rights. UN. Dicapai 28 Julai 2014. 
    2. ^ a b c d e "Parties to the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination". United Nations Treaty Collection. 
    3. ^ ICERD, Article 19.
    4. ^ ICERD, Article 18.
    5. ^ ICERD, Article 2.1
    6. ^ ICERD, Article 4.
    7. ^ United Nations General Assembly Resolution 2106 (XX), 21 December 1965.
    8. ^ ICERD, Article 8.
    9. ^ ICERD, Article 9.
    10. ^ "Committee on the Elimination of Racial Discrimination – Sessions". UN OHCHR. Diarkibkan daripada asal pada 17 May 2008. Dicapai 2008-06-03. 
    11. ^ "Committee on the Elimination of Racial Discrimination – Members". UN OHCHR.