Mauritius

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Koordinat: 20°12′S 57°30′E / 20.2°S 57.5°E / -20.2; 57.5

Republik Mauritius
ريڤوبليک مريشس

Republic of Mauritius  (bahasa Inggeris)
République de Maurice  (bahasa Perancis)
Repiblik Moris  (bahasa Morisyen)
Flag of Mauritius
Jata bagi Mauritius
Bendera Jata
Moto: "Stella Clavisque Maris Indici" (bahasa Latin)
bahasa Perancis: L’étoile et la clé de l’océan Indien
"Bintang dan Kunci Lautan Hindi"
Lagu kebangsaan: Motherland (Ibu Pertiwi)
Kepuluan Republik Mauritius (tidak termasuk Kepulauan Chagos dan Pulau Tromelin)
Kepuluan Republik Mauritius (tidak termasuk Kepulauan Chagos dan Pulau Tromelin)
Kepulauan Republik Mauritius dilabel dalam warna hitam; Kepulauan Chagos Archipelago dan Tromelin dituntut oleh Mauritius.
Kepulauan Republik Mauritius dilabel dalam warna hitam; Kepulauan Chagos Archipelago dan Tromelin dituntut oleh Mauritius.
Ibu negara
dan bandar terbesar
Port Louis
20°10′S 57°31′E / 20.167°S 57.517°E / -20.167; 57.517
Bahasa rasmi Tiada [Note 1]
Bahasa kebangsaan bahasa Inggeris dan bahasa Perancis[1][2]
Bahasa-bahasa vernakular a
Kumpulan etnik (2011[3]) Lihat Kumpulan etnik Mauritius
Agama
Kerajaan Republik berparlimen satuan
Ameenah Gurib
Pravind Jugnauth
Perundangan Perhimpunan Kebangsaan
Kemerdekaan daripada United Kingdom
12 Mac 1968
• Republik
12 Mac 1992
Luas
• Jumlah
2,040 km2 (790 bt2) (ke-169)
• Air (%)
0.07
Penduduk
• Anggaran Julai 2016
1,262,132[4] (ke-156)
• Bancian 2011
1,236,817[5]
• Ketumpatan
618.24/km2 (1,601.2/sq mi) (ke-19)
KDNK (PPP) anggr. 2017 
• Jumlah
$23.322 bilion[6]
• Per kapita
AS$19,797[6] (ke-66)
KDNK (nominal) anggr. 2017 
• Jumlah
AS$13.551 bilion[6]
• Per kapita
AS$11,763[7] (ke-68)
Gini (2012) 35.9[8]
sederhana
HDI (2015)  0.781[9]
tinggi · ke-63
Mata wang Rupee Mauritius (MUR)
Zon waktu MUT (UTC+4)
Format tarikh hh/bb/tttt (AD)
Memandu di sebelah kiri
Kod panggilan +230
Internet TLD .mu
  1. Bahasa ibunda orang Mauritius (Banci 2011).[3]

Mauritius adalah sebuah pulau di barat daya Lautan Hindi, lebih kurang 900 km timur Madagaskar. Pulau ini merupakan sebahagian Kepulauan Mascarene, dengan pulau Réunion Perancis 200 km di barat-daya dan pulau Seychelles di barat-laut negara itu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Mauritius

Pulau ini mencapai kemerdekaan pada 1968 daripada British selain penjajah terdahulu iaitu bermula Portugis, Belanda dan Perancis. Pulau ini ditemui oleh pihak Portugis pada 1505 dan dijajah oleh Belanda pada 1638, yang menamakan pulau ini Mauritius untuk menghargai jasa Putera Maurits van Nassau seorang perwira Belanda yang telah memberontak menentang kerajaan Sepanyol . Pada abad ke-18, pihak Perancis telah menawan pulau ini dan menamakannya Ile de France iaiatu bahasa Perancis untuk Kepulauan Perancis. Pulau ini diambilalih oleh pihak British pada 1814 dan kembali kepada nama asalnya.

Negara ini mencapai kemerdekaan pada 1968, dan menjadi republik pada 1992. Mauritius merupakan sebuah negara demokrasi yang stabil dengan pilihan raya bebas serta rekod hak asasi manusia yang baik berbanding dengan kepulauan yang lain. Ia juga telah menarik minat ramai pelabur asing dan merupakan negara Afrika yang mempunyai pendapatan per kapita yang tertinggi di benua ini.

Politik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Politik Mauritius

Ketua Negara Mauritius ialah presiden, yang dilantik setiap lima tahun oleh National Assembly, parlimen unikameral di kepulauan ini. Dari 66 ahli National Assembly, 62 diplih secara undi popular, manakala 4 dilantik sebagai wakil kaum etnik minoriti di sini, bergantung kepada keputusan pilihan raya. Parlimen pula diterajui oleh Perdana Menteri dan majlis menteri-menteri.

Daerah dan tanggungan[sunting | sunting sumber]

Kepulauan Mauritius terbahagi kepada 9 daerah:

Tiga gugusan juga dimiliki oleh Mauritius adalah "tanggungan":

Geografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Geografi Mauritius
Peta Mauritius

Bersama dengan Réunion and Rodrigues, Mauritius adalah sebahagian daripada Kepulauan Mascarene. Kepulauan-kepulauan yang kecil ini terhasil sejak berjuta-juta tahun yang lalu akibat daripada letupan gunung berapi bawah tanah. Pulau Mauritius terletak di atas tanah tinggi, puncak tertingginya, Piton de la Riviere Noire terletak di barat daya dengan ketinggian 828 m. Di sekitar tanah tinggi ini, kawah gunung berapi yang asal masih dapat dibezakan daripada beberapa gunung yang lain.

Pulau ini mempunyai iklim tropika, dan boleh berubah akibat angin tenggara; musim sejuknya adalah di antara bulan Mei hingga November dan musim panasnya adalah di antara bulan November hingga Mei. Pulau ini dilanda puting beliung pada bulan November-April.

Ibu negara pulau ini, yang juga merupakan bandar terbesar ialah Port Louis, yang terletak di barat laut. Lain-lain bandar yang penting termasuklah Curepipe, Rose Hill, Quatre Bornes dan Vacoas.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Ekonomi Mauritius

Sejak kemerdekaan pada tahun 1968, Mauritius telah berkembang daripada ekonomi berasaskan pertanian yang berpendapatan rendah kepada ekonomi yang lebih bercampur dengan perkembangan sektor industri, kewangan, dan pelancongan. Perkembangan tahunan adalah di sekitar 5% hingga 6%. Akibat daripada perkembangan ini, jangka hayat hidup manusia telah meningkat, kematian bayi telah menurun, dan infrastruktur telah banyak dimajukan.

Aktiviti penanaman tebu merangkumi 90% daripada jumlah aktiviti pertanian dan menyumbang kepada 25% pendapatan daripada eksport. Kemarau pada tahun 1999 telah menyebabkan kerugian teruk dalam sektor ini. Strategi perkembangan kerajaan berpusat pada pelaburan dari luar negara. Mauritius telah menarik minat lebih daripada 9000 pelabur asing, kebanyakannya berarah kepada perdagangan di India and Afrika Selatan, dan pelaburan dalam sektor perbankan telah mencapai lebih daripada 1 bilion dolar Amerika. Pencapaian ekonomi dari tahun 2000 hingga 2004 mengakibatkan perkembangan ekonomi yang pesat dan masalah pengangguran meningkat kepada 10.2% pada 2003.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Demografi Mauritius

Mauritius mempunyai dua bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Bahasa Perancis masih lagi digunakan dengan banyak walaupun kekuasaan Perancis telah hilang sejak 200 tahun yang lalu. Bahasa Creole, yang berasaskan Bahasa Perancis dan dipengaruhi Bahasa Inggeris dan Bahasa Afrika, juga digunakan secara meluas. Bahasa Hindi dan Urdu juga digunakan.

Bahasa Hindi dan Urdu digunakan oleh waris buruh-buruh yang dibawa dari India oleh pihak British. Masyarakat Indo-Mauritia ini merangkumi 70% daripada jumlah penduduk, manakala penduduk yang lain terdiri daripada orang Afrika, orang Perancis, Orang Cina etnik atau keturunan bercampur.

Antara semua agama, masyarakat Hindu merangkumi 50% dan kebanyakan daripada bakinya terdiri daripada masyarakat Kristian dan Islam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Perlembagaan Mauritius tidak menyebut mana-mana bahasa rasmi, sekadar Seksyen 49 menyebut bahawa bahasa rasmi Perhimpunan Kebangsaan ialah bahasa inggeris, sementara bahasa Perancis boleh digunakan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Perkara 49 dalam Perlembagaan Mauritius. ilo.org
  2. ^ "Republic of Mauritius, Government Portal (Mauritius)" [Republik Mauritius, Portal Kerajaan (Mauritius)] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 10 May 2011. 
  3. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 2011census tidak disediakan
  4. ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai 10 September 2017. 
  5. ^ Statistik Mauritius. "Digest of Demographic Statistics 2013" [Ringkasan Statistik Demografi 2013] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Portal Kerajaan Mauritius: 22. Dicapai 28 Januari 2015. 
  6. ^ a b c "Report for Selected Countries and Subjects" [Laporan untuk Negara-negara dan Subjek-subjek Terpilih] (dalam bahasa Inggeris). Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai 25 Julai 2014. 
  7. ^ "GDP per capita, current prices | IMF World Economic Outlook" [KDNK per kapita, harga semasa | Pandangan Ekonomi Dunia IMF] (dalam bahasa Inggeris). EconStats. Dicapai 6 September 2016. 
  8. ^ "World Bank GINI index" [Index GINI Bank Dunia] (dalam bahasa Inggeris). 
  9. ^ "2017 Human Development Report" [Laporan Pembangunan Manusia 2017] (dalam bahasa Inggeris). Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 2017. Dicapai 15 Disember 2015. 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Bahadur, Gaiutra (2014). Coolie Woman: The Odyssey of Indenture [Wanita Kuli: Pengembaraan Indentur yang Penuh Peristiwa] (dalam bahasa Inggeris). The University of Chicago. ISBN 978-0-226-21138-1. 
  • Moree, Perry J. (1998). A Concise History of Dutch Mauritius, 1598–1710: A Fruitful and Healthy Land [Sebuah Sejarah Ringkas lagi Padat Mauritius Belanda, 1598–1710: Sebuah Tanah Subur dan Sihat] (dalam bahasa Inggeris). Routledge. 
  • Vink, Markus (2003). "'The World's Oldest Trade': Dutch Slavery and Slave Trade in the Indian Ocean in the Seventeenth Century" [‘Perdagangan Tertua Dunia': Perhambaan Belanda dan Perdagangan Hamba di Lautan Hindi pada Abad Ketujuh Belas]. Journal of World History (dalam bahasa Inggeris). 14 (2): 131–177. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi

Rujukan

Kerajaan

Geografi

Pelancongan