Koster

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Koster (disebut [kos.tĕr]; serapan bahasa Belanda meminjam kata Latin custor terbitan custōs[1]) atau sakristan adalah petugas yang bertanggungjawab mengurus dan menjaga segala harta dan barangan milik pihak sesebuah gereja termasuk sakristi. Penjawat ini ditugaskan menyelenggarakan barangan sembahyang yang digunakan untuk upacara dan manfaat jemaat gereja termasuk pengendalian air dan minyak suci, barangan perjamuan misa dan liturgi serta persalinan sesuai acara keagamaan diadakan.[2]

Peranan ini sering diberikan dalam kalangan paderi di gereja-gereja katedral.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "koster". EtymologieBank., memetik:
    • van der Sijs, Nicoline (2010). "koster". Nederlandse woorden wereldwijd. Den Haag: SDU Uitgevers. ISBN 9789012582148.
    • M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "koster". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  2. ^ Paus Gregorius IX. lib. I, tit. xxvi, "De officio sacristæ"
Sumber utama