Misa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kardinal Rainer Woelki (tengah) mengetuai suatu upacara misa bersama paderi-paderi dalam sebuah katedral di Köln, Jerman.

Misa ([mi-sa], daripada Bahasa Portugis: missa) merujuk kepada upacara keagamaan dalam agama Kristian di mana Perjamuan Tuhan dilaksanakan oleh paderi yang mengendalikan ia.

Amalan mengikut mazhab gereja[sunting | sunting sumber]

Katolik Rom[sunting | sunting sumber]

Upacara ini dilihat sebagai "sumber dan kemuncak kehidupan beragama" di mana sakramen-sakramen lain ditumpukan kepadanya.[1] Mazhab gereja ini percaya bahawa ia merupakan pengorbanan sama yang dilakukan Yesus Kristus semasa beliau disalib di Golgotha.

Orang yang mengendalikan upacara ini - sama ada ketua paderi atau uskup - dilihat melakukan perbuatan ini in persona Christi, yakni mengikuti kata-kata dan perilaku sama Yesus ketika Santapan Terakhir beliau bersama hawari-hawarinya. Terdapat dua bahan yang disediakan dalam upacara ini iaitu:

Beberapa kata disebut paderi akan berlakunya suatu "perubahan sifat" (transubstantiation / transsubstantiatio) melalui perantara Roh Kudus yang dipercayai dalam gereja, di mana wain "ditukar sifat" kepada darah suci Yesus manakala roti yang khusus itu "dijadikan" tubuh suci beliau.

Anglikan[sunting | sunting sumber]

Upacara yang dilaksanakan mazhab Anglikanisme (dikenali dengan nama Holy Communion, Holy Eucharist, Lord's Supper atau Divine Liturgy[2]) cenderung berbeza mengikut musim dan kawasan setempat, namun adanya beberapa ciri utama yang kekal dan sama:[3]

  • Gathering ("Pertemuan") - pengucapan yang menyambut kehadiran Tritunggal ("Blessed be God: Father, Son and Holy spirit. And Blessed be his kingdom, now and forever. Amen").[4] Ia diikuti oleh suatu pengadaan upacara pengakuan dan penebusan dosa. Bahagian ini ditamatkan dengan suatu bacaan doa (collect) harian.
  • Proclaiming and Hearing the Word ("Pengucapan dan Pendengaran Aayat Suci") - Pembacaan dua hingga tiga daripada Kitab Injil terutamanya daripada Gospel, serta suatu bacaan psalm sebagai selingan. Ia diikuti suatu khutbah khusus
  • The Prayers of the People ("Doa Jemaah")
  • The Peace ("Beraman") - jemaah gereja berdiri dan saling bersalaman.
  • The Celebration of the Eucharist ("Keraian Perjamuan") - Roti dan wain diberikan serta juga hadiah lain termasuk sumbangan wang dan makanan dituruti dengan bacaan doa berkaitan Perjamuan. Suatu bacaan doa kesyukuran ("The Great Thanksgiving") turut diberikan. Perjamuan dimulakan dengan bacaan doa Pater Noster sebelum bahan-bahan sembahyang dipecahkan dan diagihkan kepada jemaah gereja.
  • Dismissal ("Penyuraian") - Suatu doa kesyukuran dan peringatan kepada Tritunggal diucapkan sebelum majlis bersurai.

Luteran[sunting | sunting sumber]

Metodis[sunting | sunting sumber]

Upacara misa dalam gereja Metodisme (dikenali dengan nama Service of the Table - "Upacara Meja") ialah berdasarkan kandungan dalam kitab 1662 Book of Common Prayer nukilan John Wesley yang dikemaskini tahun 1784 bertajuk The Sunday Service ("Upacara Ahad").[5] Orang yang bertanggungjawab menguruskan Perjamuan ini mesti mempunyai pentauliahan kepaderian yang sahp[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Catechism of the Catholic Church, 1324
  2. ^ "The Catechism (1979 Book of Common Prayer): The Holy Eucharist". Dicapai 19 November 2011. 
  3. ^ Seddon, Philip (1996). Bunting, Ian, penyunting. Word and Sacrament. Celebrating the Anglican Way. London: Hodder & Stoughton. m/s. 107,8. 
  4. ^ Book of Common Prayer p. 355 Holy Eucharist Rite II
  5. ^ Wainwright, Geoffrey (2006). The Oxford History of Christian Worship (dalam bahasa enh). Oxford University Press. m/s. 602. ISBN 9780195138863. 
  6. ^ Beckwith, R.T. Methodism and the Mass (dalam bahasa Inggeris). Church Society. m/s. 116. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Doktrin Katolik Rom

Doktrin Luteran