Kruiser berperisai
Kapal kruiser berperisai adalah sejenis kapal perang pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Ia direka seperti penjajap lain yang beroperasi sebagai kapal perang jarak jauh, bebas, berkemampuan mengalahkan mana-mana kapal selain daripada kapal tempur dan cukup pantas untuk mengejar mana-mana kapal tempur yang ditemui. Saiz yang berbagai, ia dibezakan dari jenis kruiser yang lain dengan perisai keliling—besi tebal (atau kemudian keluli) di sadur pada sebahagian besar badan kapal untuk melindunginya daripada bedilan meriam yang sama seperti yang ada pada kapal tempur. Kruiser berperisai pertama, iaitu General-Admiral dari Tentera Laut Imperial Rusia, telah dilancarkan pada tahun 1873 dan menggabungkan pendorong layar dan wap. Menjelang 1890an kruiser ini telah membuang layar dan membuat satu penampilan moden.
Selama beberapa dekad teknologi tentera laut belum cukup maju untuk para pereka menghasilkan sebuah kruiser yang menggabungkan perisai keliling dengan kemampuan jarak jauh dan kelajuan tinggi yang diperlukan untuk memenuhi misinya; atas sebab ini, banyak tentera laut memilih untuk membina kruiser berpelindung pada tahun 1880an dan awal 1890an. Selalunya untuk membina kruiser yang lebih pantas dan lebih baik sepanjang menggunakan kapal jenis ini, yang bergantung pada geladak berperisai yang lebih ringan untuk melindungi bahagian-bahagian penting kapal; namun, menjelang akhir tahun 1880an pembangunan meriam tembakan pantas dan peluru letupan kuat membuat penampilan semula perisai tepi menjadi keperluan. Ciptaan perisai pengeras sisi pada pertengahan tahun 1890an menawarkan perlindungan efektif dengan sedikit berat berbanding sebelumnya.
Pada tahun 1908 kruiser berperisai telah digantikan oleh kruiser tempur yang, dengan persenjataan yang setara dengan kapal tempur dreadnought dan enjin turbin stim, lebih laju dan lebih kuat daripada kruiser berperisai. Pada masa yang sama, istilah "kruiser ringan" digunakan untuk penjajap kecil dengan perisai keliling. Walaupun ia kini dianggap kapal kelas kedua, kruiser berperisai digunakan secara meluas dalam Perang Dunia I. Kebanyakan kruiser berperisai yang terselamat dari konflik ini telah dihapuskan dibawah syarat-syarat Perjanjian Tentera Laut Washington tahun 1922, yang mengenakan had ke atas kapal perang dan mendefinasikan kruiser sebagai kapal bersesaran 10,000 tan atau kurang yang boleh membawa meriam berukuran 8-inci kaliber atau kurang—lebih kecil daripada kebanyakan kruiser berperisai besar. Sebilangan kecil terselamat dalam satu bentuk atau bentuk lain sehingga Perang Dunia II.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kruiser berperisai |