Bot peluru berpandu
Bot peluru berpandu adalah sejenis kapal kecil yang dilengkapi dengan persenjataan peluru berpandu anti kapal. Disebabkan saiznya yang kecil, bot jenis ini menjadi popular di kalangan negara yang membina armada tentera laut yang kurang mahal. Ideanya adalah serupa dengan bot torpedo semasa Perang Dunia II; sebenrnya, bot peluru berpandu yang pertama merupakan bot torpedo yang telah diubahsuai bagi mengantikan dua atau lebih tiub torpedo dengan peluru berpandu.
Doktrin di belakang penggunaan bot peluru berpandu adalah berdasarkan prinsip mobiliti berbanding pertahanan. Teknologi peluru berpandu dan tindak balas melawan elektronik merealisasikan idea ini, ini di sebabkan kerana peluru berpandu lebih tepat berbanding penggunaan peluru dan boleh menembusi badan kapal yang berperisai tebal. Kapal perang kini mesti direka untuk mengelakkan musuh mereka dan yang pertama mendapatkan kedudukan yang lebih baik.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Bot peluru berpandu pertama kali digunakan oleh kelas Komar milik Mesir yang dibina oleh Soviet. Ia menembak empat buah peluru berpandu SS-N-2 Styx ke atas kapal pembinasa Israel Eilat pada 20 Oktober, 1967, tidak lama selepas Perang Enam Hari meletus, menyebabkan kapal ini karam bersama-sama 47 krewnya.
Pertempuran bot peluru berpandu di laut pertama kali berlaku antara Tentera Laut Israel (menggunakan peluru berpandu Gabriel yang dibina sendiri), dan kapal-kapal milik Syria dan Mesir pada bulan Oktober 1973 (semasa Perang Yom Kippur). Pertempuran ini dikenali sebagai Pertempuran Latakia. Dalam pertempuran ini, kira-kira lima puluh peluru berpandu Gabriel dan sejumlah yang sama peluru berpandu Styx telah dilepaskan, menyebabkan tujuh buah kapal milik negara Arab karam.