Kuih talam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Foodlogo.svg  Kandungan rencana ini berkait dengan makanan.
Kuih Seri Muka.

Kuih talam bukanlah jenis kuih yang khusus, tetapi biasanya merujuk kepada cara pembuatan jenis kuih yang dibuat di dalam bekas talam. Ia merangkumi beberapa jenis kuih seperti Bengkang ubi, kuih lapis, Kuih Seri Muka dan pelbagai lagi.

Biasanya kuih talam ini tidak memiliki bentuk khusus kerana ia mengikuti bentuk talam, samaada bulat, segi empat sama atau segi empat tepat. Selepas kuih masak, barulah ia dipotong mengikut saiz hidangan. Secara kasarnya, saiz hidangan bergantung pada yang memotongnya.

Kuih lapis dipotong berbentuk segi empat sama dan segi empat tepat
Kuih lapis dipotong berbentuk segi tiga dan bulat.

Sekiranya ia dibuat untuk dihidangkan seperti dihotel-hotel, ia dipotong kecil saiz sesuap mulut. Ini bagi memudahkan ia dimakan. Sekiranya ia untuk dijual dikedai, ia mungkin bersaiz lebih besar sedikit bagi menarik minat pembeli yang mungkin akan memilik gerai pesaing sekiranya saiz jualan lebih kecil berbanding kuih pesaing.