Kumbang rusa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kumbang rusa
Golden stag beetle.jpg
Lamprima aurata jantan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Infraorder:
Superkeluarga:
Keluarga:
Lucanidae

Latreille, 1804
Subfamili

Aesalinae
Lampriminae
Lucaninae
Syndesinae

Kumbang rusa (bahasa Inggeris:Stag beetle) ialah kumbang dalam famili Lucanidae dengan 1,200 spesies sekarang ini dikelaskan kepada empat subfamili[1] Sebahagian spesies membesar sehingga lebih 12 cm (4.8 in), namun kebanyakannya adalah kira-kira 5 cm (2 in).

Kumbang rusa sedang terbang

Nama Inggeris diambil dari mandible yang besar dan menonjol yang terdapat pada kumbang jantan kebanyakan spesies, yang menyerupai tanduk rusa jantan.

Spesies yang dikenali ramai di Europah adalah Lucanus cervus, dirujuk di United Kingdom sebagai kumbang rusa (ia merupakan kumbang darat terbesar di UK). Plinius yang Tua mencatatkan bahawa Nigidius mengelar kumbang rusa sebagai lucanus sempena kawasan Lucania di Itali di mana ia digunakan sebagai azimat. Nama saintifik Lucanus cervus adalah perkataan ini, ditambah cervus, rusa.

Kumbang rusa menggunakan rahangnya bagi mergusti sesama sendiri bagi tapak mengawan yang baik dalam cara yang serupa seperti rusa jantan bertarung bagi mendapatkan rusa betina. Pertarungan juga mungkin bagi merebut makanan, seperti getah pokok dan buah reput. Walaupun memiliki paras yang menakutkan ia biasanya tidak agresif pada manusia.

Kumbang rusa betina biasanya lebih kecil berbanding jantan, dengan mandibal lebih kecil. Semasa larva, betina boleh dibezakan dari jantan melalui kehadiran ovari gemuk, bewarna kream kelihatan melalui kulit sekitar 2/3 ke bawah belakang larva.

Larva makan selama beberapa tahun memakan kayu desiduous reput melalui tiga tahap larva sehingga akhirnya berubah menjadi pupa dalam sel pupa dibina dari serpihan kayu sekeliling dan tanah. Dalam tahap larva terakhir, "L3", pupa spesies lebih besar, seperti Prosopocoilus giraffa, mungkin bersaiz jari manusia.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Masakini satu-satunya cara mengenal pasti spesies dunia adalah teks bergambar baik oleh Mizumuma, T. and S. Nagai. 1994. The Lucanid Beetles of the World. Mushi-sha, Tokyo. 337 pp. berdasarkan karya yang masih berguna Catalogue illustré des lucanides du globe dalam Encyclopédie Entomologique (series A 27: 1-223) oleh Robert Didier dan Eugene Seguy.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Smith, A.B.T. (2006) A review of the family-group names for the superfamily Scarabaeoidea (Coleoptera) with corrections to nomenclature and a current classification. The Coleopterists Bulletin 60:144–204.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Flickr Images
  • Stag beetle helpline Research site containing lots of information on the stag beetle as well as a monitoring form and information on current conservation schemes.
  • M.J. Paulsen. "Annotated Checklist of the New World Lucanidae". Checklist of New World stag beetles with links to pages with additional information and images.
  • Taiwanese picture gallery
  • Toma Libich. "Goliathus.com: gallery of Lucanidae".
  • "Gallery of Lucanidae".
  • J M Maes. "Biodiversity: section on Lucanidae with a world catalogue and a world bibliography".
  • Asahinet Stag beetles on postage stamps and species illustrations.
  • Lucanes du Monde Image rich French blog
  • Images (portal)
  • TOL
  • The Lucanid (Stag) Beetles of the World Extra detailed specimen photobook 2009
  • UNL Generic Guide to New World Scarabs- Lucanidae,