Kumpulan LG

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
LG Corporation
LG 법인
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagaiKSE: 003550
ISINKR7003551009 Sunting ini di Wikidata
IndustriKonglomerat
Ditubuhkan5 Januari 1947; 77 tahun yang lalu (1947-01-05)
PengasasKoo In-hwoi Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatSeoul, Korea Selatan
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingKoo Kwang-Mo
(Pengerusi & CEO)
Yu Sig Kang
(Naib Pengerusi & CEO Bersama)
Juno Cho (EVP & COO)
KeluaranElektronik, kini, telekomunikasi, kejuruteraan
HasilSouth Korean ₩ 142 trilion (2011)[1]
Bilangan kakitangan210,000(2011)[1]
Anak syarikatLG Electronics
LG Display
LG Telecom
LG Chem
Tapak webwww.lgcorp.com
Facebook: LGtalks Twitter: LGtalks Youtube: LGETaiwan Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

LG atau LG Corporation merupakan sebuah syarikat konglomerat ketiga terbesar di Korea Selatan. Mereka menumpukan kepada penghasilan barangan-barangan elektronik, telefon bimbit dan bahan-bahan petrokimia. Kumpulan LG beroperasi di lebih 80 buah negara serta mempunyai banyak anak syarikat, antaranya termasuklah LG Electronics.

Nama LG bermaksud "Bintang Emas Bertuah" (Lucky GoldStar). Lucky GoldStar juga merupakan nama syarikat sehingga tahun 1995.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pengasas LG Group, Koo In Hwoi menubuhkan Lak Hui Chemical Industrial Corp. pada tahun 1947.[2] Pada tahun 1952, Lak Hui (kini LG Chemical) menjadi syarikat Korea pertama yang menceburi industri pengeluaran plastik. Sementara perniagaan plastiknya berkembang, ia menubuhkan GoldStar Co., Ltd., (kini LG Electronics Inc.) pada tahun 1958.

Pada tahun 1959, Goldstar menghasilkan radio pertama buatan Korea. Kebanyakan peralatan elektronik pengguna dijual dengan menggunakan jenama GoldStar, sementara beberapa peralatan lain (tidak didapati di luar Korea Selatan) menggunakan jenama Lucky. Jenama Lucky lebih dikenali kerana barisan produk kebersihannya seperti sabun dan detergen.

Pada tahun 1995, ia dinamakan semula sebagai "LG", kependekan bagi "Bintang Emas Bertuah" (Lucky GoldStar). Terkini, syarikat ini sering dikenali dengan slogan "Life's Good", yang menggunakan huruf LG. Pada Januari 2009 LG berjaya membeli nama domain LG.com - ia kini merupakan antara syarikat besar yang menggunakan nama domain dua huruf.[3]. Jumlah transaksi bagi pembelian nama domain berkenaan masih dirahsiakan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "LG overview". .lgcorp.com. Dicapai pada 2012-11-27.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-19. Dicapai pada 2009-03-08.
  3. ^ List of Large Corporations that own their Acronym as a Two Letter Domain

Pautan luar[sunting | sunting sumber]